KENGKAWAN

Thursday, August 14, 2008

Citer pasal rambut

Rambut aku dah panjang gila. Sikit lagi nak cecah pinggang!!

Aku dah tataw nak buat style camne dah. Balik-balik, aku duk sanggul je bila pegi opis. Nak ikat pesen lain dah tak boleh.. terlalu panjang. Nak buat tocang, kangorang cakap aku budak sekolah. Nak biar lepas pulak, takut orang tak boleh beza antara aku dgn kuntilanak. Kang ada yg histeria nampak aku terpacak pepagi buta dalam opis (maklum, pukul 7.00 pagi aku dah ada dalam opis walaupun opis hour sebenarnya start kul 9.00 - sangat berdedikasi aku nih tau).


Sesekali teringin juga nak potong pendek (bob-style paras bahu), tapi.. tu planning bila aku dah pregnant nanti (berpandangan jauh sungguh kan? hik). Buat masa sekarang, aku nak kekalkan imej berambut panjang. Mungkin just add volume sikit kat rambut nih - kasi perm sikit ke. Biar kerinting-kerinting gitu. Takde lah berkuntau aku nak menyikat rambut pepagi. Rambut kerinting tayah sesusah nak sikat kan? Bangun je tidur, tarik-tarik pakai jari sikit.. daaa siap - boleh pegi keje terus.. muahahaha.



Tengok lah dulu. Nak perm pun kena fikir pat lima kali jugak. Aku tak penah lagi berambut kerinting nih. Kalau jadi rupa Syakira, best la jugak.. buatnya jadi rupa Alleycats kang.. haru!

Minggu depan cuti mid semester seminggu. Tapi ampehhh, tak terasherrrrr macam cuti pun sebab aku ada kelas ganti untuk subjek Account (selasa) dannnn... paling tak best, bila group assingment untuk subjek Econs ajak buat discussion malam rabunya pulak. Aduss.. tak dapat laa aku merasa nikmat cuti yg sebenar. Apa beza kelas ada ngan takde kelas kan? Aku kena gak panjat city campus tu. Takde beza.


Yang lebih buat aku stress, bila fikirkan mid term exam yg bakal menjelma naik dari cuti nanti (dua minggu je lagi beb - minggu first puasa lak tu). Adoiyaii.. mau aku amik cuti keje semata nak fokus kat exam nih.. tskkk.

p/s: Aku ada berura-ura nak ajak Mamoru masuk hutan - buat weekend trip mendaki gunung / bukit / trekking santai wong sambil mandi sungai / air terjun. Tapi.. mengenangkan jemputan kahwin yg tak putus-putus dalam bulan nih.. terpaksalah postpone sampai.. err lepas raya kut? (Minta maaf yer cik J & cik I, kita tunggu trip lepas raya pulak nahh?

2 comments:

anaiz said...

uik,
kuntilanak?? takut gue sih..
saya pun suka rambut yang di'perm'. canteks..!!

salam ziarah. main terjah je kan. hehe..!!

aD said...

anaiz, kalau camtu, makin bersemangat lah saya nak perm rambut nih. terima kasih ye, sudi menjengah ke sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...