KENGKAWAN

Saturday, August 16, 2008

Kad nikah

Percaya tak kalau aku cakap, aku baru je dapat kad nikah nih?

Yer.. jangan tak percaya, selama 6 bulan nih aku konpiden je berjalan sana sini, tido kat hotel merata tanpa kad nikah! Yang peliknya, sikit pun aku tak rasa takut pon (yelah, dah 'sah' kan)

Ekceli, kad nih siap lama dah. Aku je yg takde masa nak ngamiknya. Sampai lah Imam kampung aku tipun ayah suruh datang amik kat umah dia.. huhuhu. Baik kan Imam tu, siap amik dari pejabat agama AG untuk kami.

Fyi, kad nikah aku special sikit. Sebijik macam mycard (IC). Bezanya, mycard just ada satu gambar, kad nikah nih pulak ada 2 gambar (aku & Mamoru). Pejabat agama bagi dua keping kad nikah (untuk suami & isteri) dan sekeping surat nikah). Yang perlu dibawa bersama just kad nikah je.Surat tu simpan kat umah.

Kalau tak silap aku, kat Malaysia nih, cuma ada certain negeri je (or is it Melaka je?) yg keluar kad nikah style mycard. Kebanyakan negeri lain kad nikahnya sebesar kertas A4 (lebih besar dari tu pun ada). Contohnya kad nikah negeri Kedah. My SIL Ida cakap, kedah tadde kad nikah. Derang bagi surat nikah yg saiznya besar sikit dari A4. Kesian adik aku & SIL Ida tau, derang kalau nak pegi memana, derang kena bawak sekali surat nikah sebesar alam tu sekali!


Pasnih tayah risau lagi.. (eleh, macam lah sebelum nih aku risau ek? hehehehe)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...