KENGKAWAN

Wednesday, May 22, 2013

Camping kat Sg Pauh Cameron Highland

Nih xtvt nak cepat.. huhuhu. Ekceli, aku ada job Makeupfreak kat Tapah. So, lajak kan ke Cameron. Dah alang-alang kan. 

Plan nak ber-BBQ kat kemsait sungai Pauh pastu buat daypack naik gunung Irau esoknya. Tapi Ariff demam panas dari KL lagi. Aku decide nak stay kemsait je dengan adik lelaki no.8. Tak sedap hati nak tinggalkan Ariff yang tengah demam kat kemsait. Walaupun adik lelaki no.8 tu medical student. Aku tetttaapppp tak sanggup nak tinggalkan Ariff. Even untuk trip daypack.

So, tinggal lah aku dengan adik no.8 jaga kemsait. Yang lelain gi memanjat gunung Irau.

Turn up, Ariff sembuh dari demam tengahari tu. Alhamdullilah. Bila tengok anak dah sembuh di bawah jagaan sendiri, rasa puas hati sangat. Jauh lebih puas dari perasaan bila dapat conquer memana puncak gunung :)


Team aku asal camping makanan memang tanak kalah.

Aku bajet, bila aku tak bawak Ipad, bebudak nih akan hepi menghayati alam sekeliling. Sekalik adik no.6 pegi bawak Ipad dia pulak.. hohohoho... abis semua duk berkerumun menghadap Ipad. Bebudak jaman sekarang.. apa pun tak boley..

Port camping kitaorang atas bukit.. Dapat lah tengok view keseluruhan kemsait

Team memasak, memanggang. Macam-macam ada malam tu: Stimbot, Kamben panggang, Jagung bakaq, Keledek rebuih, Stawberi cicah madu.. peh.

Stimbot in the making :)

Deco pun tanak kalah kan...

Proses santap menyantap

Abang-abang taff

Aisya dengan keledek rebusnya

Deco tu wajibbbbbbb

Budak demam dalam kheman main Ipad

Amarr yang dah tewas

Adam (kembar sejam Amarr) tpun tewas dengan mummynya

Mamoru tidoq bawah fly sebelah khemah kami. Ekceli muat ja two-men-tent tu kalau sumbat kami berempat tapi sebab Ariff demam kan. Mamoru tanak kacau bebudak ni tidur. 

View khemah bebudak UITM depan kemsait kitaorg

Ariff sangat selesa tidur beralaskan sleeping bag dan selimut dari rumah :)

Celik mata pegang Ipad.. haih

Kembar sejam. Nasib baik la bateri Ipad kaput pagi tu. Kalau tak sure sampai balik tanak berenggang dengan mender alah tu kan...

Pagi di kemsait sungai Pauh

Lepak, makan, main Ipad.. hishhhh.. terbantut usaha aku nak bawak bebudak kecik nih explore kemsait

View khemah dan fly kemsait kitaorg

Berguna kelambu ni untuk elak serangga dan habuk / daun/ ranting kecil yang jatuh

Budak comot. Baru nak bagi perhatian bila bateri Ipad dah kaputtt

Comot jugakk Adam ni.. 

Amarr, Ariff & Adam

View kemsait kami dari sisi lain

View taim petang bila semua student UITM dan balik hihihihi.. luas kan kemsait ni

Bosan takde keje bila the kids tido petang. Layan je lah gambar syok sendiri sambil tunggu team xpdc balik ke kemsait

View pokok yang syantek

Apesal gambar ni sesat kat bawah.. ah, lantak ler

2 comments:

atty's said...

terliur nengok strawberry gemuk2,,

faza said...

kak boleh tak share resepi kuah untuk steamboat tu... teringin sangat nak buat.. terliur tengok... steamboat tu rebus guna air biasa je ke???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...