KENGKAWAN

Thursday, April 19, 2018

Melawat kebun Atuk

Dah alang2 kat Melaka, memang tak sah kalau tak singgah rumah ayah.

Seronok kiddos bila cakap nak pegi rumah Atuk. Nak lawat kebun. Nak tengok pokok yang diaorang tanam dulu, katanya.

Ayah cakap ada orang nak jual tanah dusun. Dah siap ada pokok buah-buahan. Ayah macam bagi hint suruh beli. Menarik juga kan. Boleh suruh kiddos tanam sorang satu pokok buah. Nanti pokok tu membesar sama dengan diaorang. Bila dah berbuah sure masing2 boleh merasa hasil tanaman sendiri.

Kat kampung sekarang musim buah rambutan. Tapi pokok rambutan yang ayah tanam depan rumah habis buahnya dikerjakan monyet.. huhu. Tinggal buah kedondong je monyet tak usik.

Tenkiu kat Pakcik Leman sudi petikkan rambutan kat rumah dia dan hantarkan ke rumah ayah semata tanak aku kempunan. Terharu pula dibuatnya. Pakcik Leman hantar sampai 3 jenis rambutan, rambutan kuning, rambutan gading merah & rambutan merah gula batu. Sedapppp!!! Manih leting.

Sebelum balik KL, ayah siap bekalkan sayur sayuran dari kebun. Takut nauu anak dia tak cukup makan..❤️

Petani cilik. Depa amik cangkul mini atuk pastu ratakan batas yang atuk buat untuk tanam jagung 😂😂😂

Kemain bergaya lagi pakai topi atukk. Gaya petani moden

Atuk & pakcik Leman petik bendi untuk aku bawak balik KL

Petik hasil tanaman. Besar2 peria ayah tanam.

Aleesya kat batas pokok kacang panjang

Kiddos berlari2 kejar atuk

Keje aku bila balik kampung. Cari buah untuk makan dengan colek

Yang dilindungi

My broods

Dapp oii.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...