Been listening to Saloma songs the whole day today. Yes, Im an old soul. Love listening to old songs.
Heres one for the my beautiful Monday! My spirit booster 🔥
Tari Tualang Tiga
By Puan Sri Saloma
Menyusun tari ala tari, sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi
Melenggang gaya ala gaya, gerak wanita
Dengan tari ala sayang, tualang tiga
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
Dikenang bangsa ala bangsa, oh sepanjang masa
Langkah serentak ala sajak, sama bergerak
Sigak gaya ala sayang, pendekar puteri
Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani
Tiada gentar ala sayang, hai membela diri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
Note: Lagu ni buat aku rasa nak menari. Did I ever mention that I love traditional dance? I do. ❤️
More info about this song:
Tualang tiga (juga digelar "Tari Tualang Tiga") merupakan lagu rakyat tradisional Melayu yang dinyanyikan oleh sekumpulan wanita Melayu. Tarian dan nyayian ini biasanya akan dilakukan dengan gerakan tangkas dan dan cergas oleh para wanita yang biasanya mempunyai kebolehan bersilat dan seni bela diri yang baik. Ia ditarikan biasanya dalam acara besar, majlis keraian dan di dewan balairong istana pada zaman dahulu.
Lagu Tari Tualang Tiga ini mula dikomersialkan menerusi filem wayang gambar Sumpah Orang Minyakpada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramleedan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Manakala lagu Tari Tualang Tiga ini telah dinyanyikan oleh Saloma dalam sebuah klip tarian juga dalam filem tersebut. (source: wikipedia)
3 penyanyi popular lain yang pernah menyanyikan lagu ni (Sanisah Huri, Aishah & Siti Norhaliza - but I only loveeee Saloma & Sanisah Huri version)
No comments:
Post a Comment