Wednesday, January 31, 2007

XPDC Gunung Siku & Swettenham

*credit to Somphob (Sc) for these photos*


at mount Siku's peak with Sc and the rest



on the way to the next peak



at mount Swettenham's peak

with half of the hikers

p/s: log will coming soon (byk sgt xpdc sampai terlupa nk apdet log trip nih)

Tuesday, January 30, 2007

malasnya

last wiken, pegi mendaki gunung Siku & gunung Swettenham kat area Cameron. menarik. hampir semua pendaki satu M'sia berkampung kat gunung-gunung area Cameron rituh. ada yang pegi buat trek baru ke gng Charlie Pondok, ada yg naik gng Brinchang, ada yg buat trans Jerging. meriahh.

mlm tadi jumpa UJ. sedih ada, hepi pun ada. janji nk jumpa lagi khamis nih. maybe pegi BBQ kat sg. congkak. lama tak spend masa dgn dia.. lama sangat... insyaAllah, aku akan buat yg terbaik utk dia lepas nih.

called nazry. ada berita baik utk amir katanya. alhamdullilah. semoga semuanya berjalan lancar.

Thursday, January 25, 2007

XPDC Bukit Kutu



*credit to Petai for diz photos*

Jumaat, 19 Jan 2007

Hari tu aku terlebih ayu kaedahnya.. berkebaya sakan. almaklum, hari Jumaat. Tapi, dressing je la ayu. Perangai cenggitu gak. Ngalahkan bebudak.

Jumpa Chua, Wan, Zaha & Fuzzy kat Care4 Sri Petaling – shopping rations. Plan nak buat BBQ masa kat puncak nnt.

Note: diz is my second time shopping with guys (which I don’t really enjoy it coz laju giler. Its like we’re competing with other customer and try to be the first group who can fill the cart and get to the finishing line).. terkial-kial aku lari sambil kepit kain. Menci tau.

Malam tu, aku ditugaskan utk marinate ayam. Aku sukerr.


Sabtu, 20 Jan 2007

Hm, kalau tak kelam kabut, mmg tak sah. Aku terlewat bangun. Janji ngan Chua nak jumpa kul 7.00 pagi.. sekali, 7.05 pg, aku baru celik mata.. huhuhu.. haru ~ ya ampun..

Berkumpul kat umah Wecko. Kat sini jumpa Sany, Petai, Zaid & Mat Wei (M.A.L.A.S). Agih rations, pastu gerakkkk.

On the way tu, hujan sekejap-sekejap dilaporkan dibeberapa kawasan yang sewaktu dgn Kuala Kubu Baru. Hai la nasib.. tak sempat nak baik demam aku kali nih.

Kat kawasan dem, jumpa ngan Adlin, Isa, Ada & team KAR (Zin, Talha dgn Adiknya Talha & Olin)

Tak ingat kul brp start trekking. Semua kelam kabut angkut beg dlm hujan..

Starting trek, mmg clear. Layan jalan 4wd utk 20 minit pertama. Kalau tak silap, kena cross 7 sungai / anak sungai. Best gak arr.. port mandi di mana-mana.

Hajat nak jadi orang last dgn Mat Wei & Adlin tak kesampaian. Faktor cuaca, pacat & trek yg licin menyebabkan aku terpaksa membuat pilihan (cewahh ayattt) untuk meninggalkan Mat Wei & Adlin kat belakang dan shoot sengsorang sampai ke kawasan batu besar. Gilerr mental layan bukit nih dalam hujan.

Kat kawasan batu besar, team depan dah start masak air & makan nasik lemak. Pheww.. nasib baik derang tak gerak ke puncak lagi. Kalau tak, nangis akak trekking sengsorang tau.

Trek lepas batu besar nih still pacak lagi.. tapi diselang-selikan dgn trek yg landai (apa punyer ayattt daa).

By time kami sampai puncak Bukit Kutu, hujan turun ngan lebatnya. While memasing sibuk pasang fly, aku pegi mandi air perigi (cum mandi hujan) yg ada kat puncak nih. bila bercakap ttg air perigi, ramai yg tanya; “ada jentik-jentik @ berudu tak kat dalam tu” or “ada sampah tak?”..
For info: Ader 2 buah perigi kat puncak Bukit Kutu. Satu dah terkambus. Perigi-perigi nih digali oleh pihak British masa zaman 1900 dulu utk kegunaan askar yang berkawal kat puncak. Hampir 95% bangunan pentadbiran British kat puncak nih dimusnahkan oleh pihak British sendiri untuk mengelakkan dari dirampas oleh tentera Jepun masa perang dunia dulu. Yang tinggal sekarang juz tapak bangunan yang terbiar & tertutup dgn semak samun (huuu ayatt skema).

Kira haibat jugak lah port nih dedulu ek? Berbalik pada perigi tadi, air perigi nih mmg jernih & boleh diminum. Kebersihan mmg tip top. Coz bahagian dalam perigi nih bersimen. Mekasih pada moyang-moyang kita yg bersusah payah gali perigi nih. Jimat tenaga nak pikul air. View kat puncak plak mmg clear. Kata org, boleh nampak Genting Highlands (tapi taim tu aku tak nmpk la coz kabus manjang)

Satu yang tak best tido kat puncak nih, BANJIR.. jangan ingat taim hujan nih juz Johor je yg di landa banjir. Atas bukit Kutu pun boleh kena oke! Pakai 3 layer ground pun tak lepas. Apalagas, menimba air atas ground laaa.. sumer buat muka pekat. Ada yang sengal tu, sampai main kapal kertas dalam air. Tu dah tensi tahap dewata raya la tuuu.

Plan BBQ tetap berjalan. Even dalam air. Sampai sakit pinggang la chef-chef yg bertugas mlm tu sbb mencangkung dlm air / lecak. Camnerpun alhamdullah.. menjadi jugak BBQ kita ek?

Oh yer, lupa nk habaq. Ada satu lagi team dari KLIA yg tido kat puncak. Derang terselamat dari banjir coz sumer tido ala sojar - guna hammock (huhhh jeleesssss!)


Ahad, 21 Jan 2007
Cuaca cerah ari nih. yer lah, semalam dah kaw-kaw hujan. Lepas snappy & packing barang, aku mat wei & adlin gerak turun lebih awal. Best tau taim nak turun nih. anda dinasihatkan agar membawa papan luncur skali. Boleh main gelongsor.. hari nih jugak, ramai yg mempraktikkan kehandalan "memasing menangkap biawak".. aku dapat "sekor."... *hehe*

Lepas acara tiruk, memasing blah balik umah. Dah abbess…



Note: Ketinggian Bukit Kutu 1035m (layak dipanggil gunung). Masa trekking kepuncak antara 3-4 jam (utk beginner antara 5-6 jam)

Wednesday, January 24, 2007

a lil sumthing

Happy Birthday by Stevie Wonder

You know it doesn't make much sense
There ought to be a law against
Anyone who takes offense
At a day in your celebration
‘Cause we all know in our minds
That there ought to be a time
That we can set aside
To show just how much we love you
And I'm sure you would agree
It couldn't fit more perfectly
Than to have a world party on the day you came to be

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday

I just never understood
How a man who died for good
Could not have a day that would
Be set aside for his recognition
Because it should never be
Just because some cannot see
The dream as clear as hethat they should make it become an illusion
And we all know everything
That he stood for time will bring
For in peace our hearts will sing
Thanks to Martin Luther King

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday

Why has there never been a holiday
Where peace is celebrated all throughout the world
The time is overdue
For people like me and you
Who know the way to truth
Is love and unity to all God's children
It should never be a great event
And the whole day should be spent
In full remembrance
Of those who lived and died for the oneness of all people
So let us all begin
We know that love can win
Let it out don't hold it in
Sing it loud as you can


We know the key to unify all people
Is in the dream that you had so long ago
That lives in all of the hearts of people
That believe in unityWe'll make the dream become a reality
I know we willBecause our hearts tell us so

p/s: diz one for u Chua.. hepi birthday.

Tuesday, January 23, 2007

apology

diz is for nai:

truly sory for last nite. janji nk join futsal tp tak dpt. aD try call, silap no pulak. rasanya tersilap tulis semlm. maaf sesangat.

Monday, January 22, 2007

mellow

Aku sedih mlm nih. Sedih bila As & Yanie marahkan aku sbb terlalu menyebelahi Ain. Yanie marah sampai nak ambil barang depan aku pun sengaja dihentak-hentak. Tanda protes la tu. Apa patut aku buat? Serba salah dibuatnya.. tiga-tiga adik aku.. tiga-tiga aku sayang.. *pening*

Kul 12.30 mlm, aku kejut Ain. Kesian dia kena bangun tetengah mlm buta semata- mata nak di ‘ceramah’ kan. aku tak sampai hati nak marah-marah. Tapi terpaksa.. bila As dah start nangis. Sebak jadinya. Tak boleh tak, aku kena buat ‘conference’. Settle bebaik. Alhamdullilah, semua settled jugak.

Wiken semlm, aku gi Kuala Kubu. Join team EAT panjat Bukit Kutu. Nantilah aku tulis log. Mood tak berapa ok.

Problem hati pun satu hal. Sedih ah.. rasa mcm.. tataw mcm mana nak describe. Kadang-kadang, aku rasa mcm terlebih berharap pada sesuatu yg tak pasti. Rasanya, aku dah tunjukkan rasa hati nih seadanya. Segalanya terpulang. Takkan nak paksa org sukakan kita. Malu lah. Dlm hati ni, aku minta sgt.. kalau ditakdirkan dia untuk aku, permudahkan lah.. tapi, kalau bukan, jauhkan lah dia dari aku.. selamanya.

Hijrah tahun baru:

Nak jaga solat
Nak bykkan baca Quran
Nak banyakkan sedekah & amal jariah
Nak patuh pada janji
Nak jaga adik-adik
Nak jaga ayah
Nak jaga hubungan dgn Aunt Shi & adik-adik tiri
Nak jaga hubungan sesama kawan
… dan nak selarikan kerja dgn minat outdoor yg semakin tak terkawal

*amin*


p/s: pagi nih aku received 'suprise' tu.. to sender, thanks a lot.. * big hugs*

Friday, January 19, 2007

eyeshadow hijau

hari nih aku buang tebiat. pakai kebaya pi opis. kaler hijau pucuk pisang plak tu. hijrah tahun baru kah? ntah lah.

hari nih jugak, ada suprise utk aku. mender? ntah.. kalau aku tau, bukan suprise lagi la kan. so, kena sabar. tunggu je lah posmen datang hantar 'suprise' tu nanti. isk.. risau nih. bom ke?

met my old fren d other day at s/alam. she invited me to join her to Cherating for a holiday. hm, sounds good. tp, my schedule for this year are fully occupied with gunung xtvts. camno tu?

had a meeting with my gunung's friend last nite. discussed abt rations for our trip. gonna meet them again tonite. beli barang pulak. everything have to be prepared before we depart to Kuala Kubu tomorrow. cant wait!

Mood : Ceria..

Wajah Kesayangan Hamba - Hail Amir

Ingin ku milik kasih.. ayu jelita
Wajah cantik berseri.. sinar cahaya
Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa.. sungguh mulia

Rambut panjang terurai.. bagai sutera
Hias bunga sekuntum.. tambah jelita
Bibir merah delima.. merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara.. rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan.. datang padaku
Lukisan wajah kasih.. di ruangan mata
Kalung dirimu sayang.. dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba.. kini ku jumpa


Thursday, January 18, 2007

1428 Hijrah

orkid hutan @ gunung Yong Belar. Credit to Somphob @ Bargading for this photo. This one is about him.

awal muharram dah dekat. sambut tahun baru lagi.. tahun baru Islam. maal hijrah. lagi dua minggu, sambut tahun baru Cina plak.. hm, meriah meriah.

baca paper pagi tadi. banjir kat selatan dah start surut. alhamdullilah. pelik banjir kali nih. biasa tu, dengar kat Ganu je. kali nih, Johor yg 'gah' tu pun boleh tewas. kuasa Tuhan, "kun-fayakun". ada hikmah tu. sabar je lah.

lately, aku byk fikir ttg hati & perasaan. jiwang tul. eiyyyy, aku tak suka laa.. ikutkan, aku nak hidup hepi hepi.. tanak terikat sana sini.. tanak luka kan hati sesiapa.. tanak bercinta ngan sesaper.. tanak tanak tanak.. aku tanak jadi minah kuntum.

tp, tak kira tinggi mana gunung aku daki.. aku still tak boleh lari dari masalah camnih. susah tau kalau org dah bagi harapan nih. mula lah hati aku berbunga wangi. mengharap miracle boleh terjadi (perghh.. ayattt tak hingattt). Tapi in reality, I know he's not willing to convert to Muslim. I knew he loves me but he also love his Religion. So, whats the point of cinta yang dia bagi?

penin arr. aku tak suka penin-penin acamnih. nak kata problem tu sebesar alam, tidak lah. penyelesaian dia pun seciput je. cuma effect / impact result tu je yg agak besar. tp, still.. boleh dikontrol. 

I've once talked to him about this, kalau hendak, biar seribu daya.. kalau tak lupakan je.. 

tp, tulah.. nk tunggu keputusan dia. lama mana, tataw. one thing for sure, aku tak suka tunggu lama-lama. jgn di dera perasaan nih.

Awal Muharram - semoga ada penghijrahan dalam dirinya. Semoga Tuhan buka hati dia untuk terima Islam.. *amin*


Tuesday, January 16, 2007

Datuk lagi..



nih dah masuk minggu ke dua diri aku di-demam-kan. patutnya, wiken rituh dah cured. tapi, biasalah.. aku yg degil nih.. still nak panjat gunung gak..

jumaat rituh masa on d way ke Pudu, aku gaduh dgn taxi driver. mmg salah pacik driver tu jugak. aku dah cakap nak benti kat mana. dia plak, bentikan aku kat tempat lain. pastu tanak tolerate. naik tempreture aku skejap. marah la aku. siap bertegang urat saraf kat situ. aku paksa dia benti kat tempat yg aku nak (garangnya aku nih). sib baik aku sempat sampai on taim kat Pudu. kalau tak sure terlepas bas ke Segamat.


ekceli, aku ada trip ke Gunung Cabang Tiga & Gunung Besar kat Labis. tapi, disebabkan hujan & banjir kat Johor, team kami terkandas kat bas stand Segamat. tensi nyer pasal, derang buat trip naik Gunung Datuk kat negeri sembilan. memula tu aku mmg tanak polow. dah siap naik bas nak balik KL. tapi tewas gak ngan pujuk rayu Somphob, Zam, Eita & the geng... *wink*

camnerpun, trip ke Datuk mmg enjoy (dalam demam). dapat kenal dgn orang-orang Johor.. member baru.. plus.. dapat kenal dgn lebih mesra lagi dgn memember lama. tader log utk kali nih coz nih bukan kali pertama aku gi Datuk.

Monday, January 15, 2007

wishlist

PDA Phone with GPS Map : Dopod P800w
Price : RM 2,999

Specifications

Basics
- OS: Microsoft Windows Mobile 5.0
- Frequency: GSM Quadband (850/900/1800/1900)
- FM Radio Tuning Range: 87.5 MHz ~ 108.5 MHz
- Processor: TI OMAP 850
- Memory: 128MB ROM, 64MB RAM (persistent storage)
- Size: 108 x 58 x 16.8 mm
- Weight: 128 grams w/battery
- Standby time: up to 200 hours
- GPS Use / Talk Time: up to 5 hours
- Colour: Iron Grey

Ergonomics
- 360° scroll wheel
- 8-way track pointer
- MapKing shortcut key
- 2 soft keys
- Others

Interface/messaging
- Messages: SMS; MMS (English)
- Email support: Outlook, multiple POP3, Hotmail, Gmail, Yahoo mail (total up to 6 email accounts including Outlook)
- Push mail: Microsoft DirectPush (in conjunction with Exchange Server 2003 SP2)
- Recording: Unlimited (up to memory/storage card capacity)
- Voice tags: Yes
- Hands free: Yes

Data Communications
- Wide area connectivity: GPRS/EDGE
- WiFi: Yes, 802.11b/g
- Bluetooth: Yes, v2.0 with A2DP and AVRCP
- USB: Yes (Sync and charge)

Screen
- Display: 2.8" 240 x 320 resolution (QVGA)
- Color depth : 65536 colors TFT screen (effective)

Multimedia
- Supported ring tones: Polyphonic, MP3, WMA, WAV, AAC, AMR
- JAVA: Yes
- Multimedia player: Windows Media Player 10 Mobile (music / video)
- Picture and Video viewer

Camera
- Primary: 2.0 megapixel CMOS
- Video Recording: Yes
- Expansion slot: MicroSD

Others
- Microsoft Office Mobile (Word, Excel, Powerpoint)
- Adobe PDF Viewer
- Audio Manager
- FM Radio
- Sprite Backup
- RSS News Reader (available in future via web download)


Nota kaki pisang : Jarang aku berminat dgn gadget elektronik yg sopistikated dan komplikated camnih.. ekceli, ada satu mender yg menarik perhatian aku kat henpon nih.. GPS system guna satelite! mmg canggih.. tapiiii.. aku ada satu problemo.. takut sangat kalau aku ter "hilangkan" henpon lagik.. termasuk hari jumaat lepas, genap 5 kali aku kehilangan henpon dalam tempoh 1 tahun 1 bulan..!!!!!!! cuba bayangkan kalau aku hilang henpon canggih acamnih?? mauuu botakkkk kepalaa beb!!... hm, nak beli ke tanak?

Wednesday, January 10, 2007

syuk - syukur

aku hampir gila malam tadi. penat menaip proposed events utk sepjg tahun, tetiba komputer aku mabuk todi. penat aku tekan-tekan keyboard nih.. dah la aku tak berapa pakar IT. trusss aku shutdown kan ajer.. hasilnyaa.. hancur punah ranah hati nih bila sumer dokumen yg ditaip hilang camtu je. takde auto recovery.. *matila*.. esok ada Exco meeting. jam plak dah pukul 9.50 malam? camner? mabuk aku skejap.. *nangis*..

huhhh.. nasib baik sabar aku sedalam lautan pasifik. sambil bebel sengsorang marahkan pc, aku gagahkan jugak taip semula semuanya. kul 2.30 pagi baru abes. harus aku dapat award pekerja cemerlang tahun nih.

balik umah kul 3.45 pagi. ingat nk bebaring jap.. sekali hanyutt. syiok layan mimpi makan limau mandarin sampai tak sedar hari dah siang. gelabah mak nenek dibuatnya. sib baik meeting kul doblas tengahari.

lama giler meeting kali nih. start kul doblas, abes kul 3 ptg. sumer seriyes je. selalu tu, sambil meeting boleh kunyah karipap. kali nih, nak teguk kopi pun cam tersekat-sekat. perut lak laju je buat lagu poco-poco.

camnerpun, alhamdullilah.. bebaloi rasanya bersengkang mata utk mlm tadi. dats it. harap nih taun last aku kat sini. nk try tempat baru.. environment baru.. management baru. cukup-cukup la pengalaman 5 tahun lebih kat sini. umur makin lanjut, takkan dah kerepot baru nak buat perubahan.. selagi tenaga & idea yg dianugerahkan nih masih laku di pasaran, ini la masanya nak demand.

*bersyukur atas rezeki yg dikurniakan*


Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu

...Ramli Sarip - Perjalanan Hidup.

Monday, January 08, 2007

pening

sungguh rasa tak larat. dari bangun pagi td sampai sekarang kepala pening giler. tadi masa berdiri depan DO, rasa nak tumbang. berdiri pun terpaksa sandar kat kerusi / meja / dinding..

kenapa boleh jd mcm ni? kenapa mesti hari ni?

DO tegur, byk sgt mistake dlm budget yg aku proposed tadi. sampai mender simple pun boleh silap. proposed date pun tak betul.. *pening*..

sekejap lagi, Awana ppl dtg - habis lah.. mcm mana nk teruskan meeting kalau kepala aku mamai camnih.

kenapa pening sgt ni.. *sighs*


Friday, January 05, 2007

my sis's pet

esok.. hmm, tak gi mana kut. lepaks kat umah.
wan & mat wei ada ajak panjat bukit tabuh.. tgk lah camner.

kat umah skrg nih, dah ada tikus.. 2 ekor lak tu. geli aku tgk menatang tu merayap atas karpet. ada sekali tu, adik aku letak tikus tu atas paha aku masa tengah syiok layan tibi.. ampehh.. terkejut beruk dibuatnya.

nak marah kang, tak sampai ati.. sabar je lah.

*tikus tu hamster sebenarnya*

Thursday, January 04, 2007

confident

woke up early diz morning..

hit shower
pick my best dress
put on some foundation (kaber warna kulit yg agak gelap sbb trip bintang rituh)
..rose blusher
..purple eye shadows
..dark eye liner
..clear maskara
..naturale lipstik
and.. 3.5 inch heels to make me looks more sexy..

tadaaa.. there goes a 28 yr old lady ready to start her day..

*aummm*

Wednesday, January 03, 2007

Trans Bintang - full version



Trans Bintang - ekspidisi penamat utk tahun 2006 berjaya dengan cemerlangnya... terima kasih tak terhingga buat Syed aka Labyrinth & Fizi aka Pekatu yg sanggup bagi aD peluang join team korang utk xpdc kali nih.. pada sumer member yg ikut trip nih & pada yg byk bagi semangat.. thanks korang!!.. *big hugs*..


jumaat, 22 Dec 2006

salesman Tearproof : sory arr dik, baru kejap tadi ada customer beli karrimor panther 55+65 tuu.
aku yg kuciwa : aiseyyy, habislahhh.. cuba awak kol outlet lain.. takkan sumer tempat dah abes kut?

lepas tipun sumer 4 outlet Tearproof dlm kl nih, dia pandang aku sambil gegeleng

salesman Tearproof : sory la dik, mmg tader. kalau nak order stok baru pun, tataw bila buleh dapat. lagipun, tu model terbaru.. kompeni juz letak satu beg setiap outlet.
aku yg kuciwa : *iskkkkk*... taper la.. nih nombor saya. kalau model tu ada, inpom la..

sedihh bai.. nak harapkan deuter 40+10 yg aku ada, mmg tak muat laa nak bubuh barang utk trip transpek. aku kan suka bwk bebyk kunang-kunang (dibaca sebagai 'kudap-kudap'). beg aku tu mana muattt.

nmpknya, terpaksa mintak jasa baik chua - pinjam deuter 55+10 dia. hmm, pinjam lagikkk.. taim pegi Trans V2 pun pakai beg dia gak. ekceli ada dua tiga member offer pakai beg derang, tapi ntah naper aku lebih suka pakai beg chua. ada rasa konpiden kat situ. chua bagi syarat kalau nak bawak beg dia.. kena bawak balik buah pala, buah salak dann laksa yg dijual kat tepi sekolah area bukit mertajam kat pulau pinang (huhhh melampauuuu btull permintaan dia nihhh).

tepat kul 10.20 mlm, aku sampai kat platform 19, Puduraya. dari jauh nampak kelibat Syed, kak Yati, Mawi, Adhazira, Fuzzy & cik Leey. bas bertolak kul 10.30 mlm.. and the journey begins..


sabtu, 23 Dec 2006

fuzzy : aD bangun.. dah sampai Kamunting
aku yg mamai : kul baper ek?
fuzzy : 2.30 pagi

awalnya sampai? apa nk buat kat stesen bas sesubuh gaban camnih? lepas kumpulkan beg kat satu tempat, aku polow kak Yati n d`geng lepak kat restoran depan bus-stand. dalam kul 4.00 pagi (kut?), team kedua sampai: fazi, daus, skem & hakim.. pastu, cik pisang plak sampai bawak rations..

sangappp.. bas paling awal ke Selama pukul 6.15 pagi. ada masa lagi beberapa jam. lamanyerrrr nak tunggu..hmm, ikutkan nih kali kedua aku naik bas gi Selama (tapi dulu naik dari Taiping).

6.18 pagi.. ya Allah, kita terlepas bas!!! taper.. taper.. kita tunggu bas seterusnya..

tunggu punyer tunggu punyer tunggu punyer tunggu... astaga.. bas seterusnya dijadualkan pukul 8.15 pagi.. pehh lagi 2 jam??!!!! sadis tul.. perjalanan ke Selama aku rasakan mcm selama-lamanya laahh.

9.15 pagi.. sampai gak kat Selama. still tak berubah pekan kecik nih. jumpa Mail. dia inform tak dapat join sbb ada hal family. pastu jumpa Mali - the legendary guide. nih kali kedua aku jumpa dia. dah ada awek nampakkk.. *hehe*.. sempat gak berkenalan dgn trekkers baru, Gee, Sha, Baby and Abg Lan (sweeper).

dekat kul 11 pagi, sumer dah naik powil (2 powil diguna utk team kami). andddd apalagasss.. yeahhh bebeh, gunung bintangs.. come to mama!

kalau tak silap, lebih 4 jam duduk dlm 4wd. jauh giler starting point nih yer? kalau jalan kaki, mau semputt dibuatnya. tgh syiok layan trek balak, 4wd yg aku naik tu sangkut. tayar terbenam. aiseyymennn.. tolak gegamai pun tak jalan. terpaksa mintak bantuan satu lagi powil - tarikkkkk..

alhamdullilah, lepass! take 5 jap kat tetengah trek. layan nasi lemak daun pisang Selama mariii.. syedapp sey.

perjalanan diteruskan lagik. depan sikit je dah sampai bukit Sempadan. terus pacak kemsait.. sumer mcm tak caya! ekceli, kami sepatutnya kena layan trekking trek balak hari tu. tapi dek kerana 4wd buleh bawak kami terus ke kemsait, maka terselamatlaaa kami dari menanggung azabbb hari pertama.. *syukur*.. (note: waterpoint juz 15 minutes away)

santai wong btul hari nih.. cuaca plak cerah.. mcm mengalu-alukan kedatangan kami. tapiii, cam biasalah. tak buleh nak hepi lelebih. esok, cabaran 4 bintang akan bermula.. *gerun*..

menu dinner, sambal udang + petai yg aku beli kat Selama.. gulai pucuk paku & sayur kangkung goreng.. (mekaceh kak Yati & chef-chef yg lain).. sumer lauk peberet aku.. charer!


ahad, 24 dec 2006

rasa nak je aku buat tabik hormat kat fizi coz pilih tarih yg aku anggap perfect utk trip nih. cuaca sepanjang trip cerah dari pagi bawak ke petang. disebabkan cuaca yg terik, aku berjaya menjimatkan penggunaan baygon. buleh dikatakan kebarangkalian untuk seekor pacat hinggap kat kaki dalam sehari langsung tader. alhamdullilah, halangan pertama dapat diatasi dgn mudah.

10 pagi, lepas siap packing, kami tinggalkan beg kat kemsait dan buat daypack ke gunung bintang pertama - Bintang False. kata fizi (selaku kem komanden), sepanjang trek tader waterpoint. so, pepandailah bawak air minum tuk diri sendiri.

kununnya gunung nih dinamakan false sebab kedudukannya yg tak selari dgn gunung bintang yg lain (kata Mali arr). permulaan trek agak biasa. cuma letih nak mengharung semak, duri, buluh, meniti atas balak, etc. view sepanjang trek mmg menarik. kiri kanan dipenuhi dgn pokok kipas gergasi. mcm dalam pilem jurrasic park pun ader.. dari jauh dah nampak puncak bintang false.. sayupnyerr.

dekat kul 3.00 ptg baru kami sampai puncak. view mmg tader. tapi kepuasan mmg jelas tergambar.. yeargghh one down, another three to go.. oh yer, kat puncak false nih, ada kolam. muat utk sekor gajah berendam. warna air agak kekuningan. tak try lak sama ada buleh minum atau tak. tp, rasanya kalau darurat, buleh lah ditelan..

lama jugak lah kami melepak kat atas tu. syok layan berborak tepi kolam dgn phop, fuzzy, kak Yati, syed & mawi. whilst yg lelain, zZzzz.. syian derang penat.

lewat kul 4 ptg, start gerak turun.. memasing laju & konpiden je. tak sedar dah tersasar jauh dari trek asal. mekaceh kat Mawi dan GPS nya.

dari jauh sayup je dengar bunyi mercun tanda kecemasan dari team depan. kompem derang dah sedar kami tersesat. taim tu mali & yap dah patah balik carik kami. nasib baik jumpa balik trek asal.. yg best tu, memasing tak panik (yelah, abg GPS ader). citer tersesat bertukar jadi bahan tuk gelak tawa.

hari semakin gelap. sampai kemsait dalam kul 8.00 mlm. fizi inform, kami kena teruskan perjalanan ke sg sebonton. maybe sampai sana dekat tengah malam. aku ok je. tapi kena alas perut dulu.

lepas acara membedal 3 buku roti beramai-ramai, kami pikul beg menuju destinasi seterusnya. trek agak santai. jalan menurun bukit. dekat dua jam gak arr layan trek balak nih. almost kul doblas baru kami sampai. kawasan kemsait kat sini tak la luas mana. tapi rata. waterpoint plak, sebelah je.

menu mlm nih, ayam kluk-kluk panggang, ginger bread, krismas present!! huhhhhhh berangan laaaa.. ekceli, kami makan tomyam & daging masak kicap.. berselera sungguh aku makan even waktu tu dah jam dah pukul 2 pagi! mekaseh lagi buat barisan chef-chef terkemuka.


isnin, 25 dec 2006

bangun pagi, tgk stoking.. hmm, tadok apa pong. aper laa santa claus nih.. kedekut btul.

mission kami hari nih utk menakluk 2 puncak bintang sekaligus.. memula puncak South pastu puncak Bintang!! kami dijadualkan bermalam di gunung Bintang. hmm, bunyik mmg cam senang..

11 pagi, lepas sarapan mee goreng yg syedapp.. *yummy*.. kami start trekking ke bintang South. perjalanan dimulakan dgn merentas anak sungai (sebelah kemsait) dan mcm biasalah.. diikuti dgn trek yg semak samun, hutan belukar bagai.

trek kali nih mmg menyengat. kata Mawi, kami byk buang masa ikut jalan zig-zag masa nak cari jalan ke puncak. halangan kali nih mmg macam-macam.. duri, resam, buluh, tebing botak yg curam..

lewat ptg, halangan semakin hebat.. puncak batuuu. view kat sini mmg cuNn.. batu kat puncak nih lebih kurang mcm kat gunung Datuk. mungkin lebih besar lagi kut. gayat gak la bila lalu kat tepi-tepi tebing puncak berbatu nih. kata Mali, last dia guna trek nih masa tahun 1994.. pehh..

cabaran tak habis stakat tu. lepas je puncak batu, kami terpaksa jadi cicakman. memanjat tebing curam 85º - 90º.. dah la curam, tanah peroi, berduri plak tu.. dekat kul 6.00 ptg kami sampai kawasan permatang. almost maghrib kami sampai kat last water point. kat sini, fizi decide kami pikul air dan bermalam di puncak South. harapan nak tido kat puncak Bintang terpaksa lupakan. ingatkan dah sampai permatang, jalan semakin senang.. berangan je laa kauu.. trek ke puncak south lunyai dilanyak gajah.. berselut!!!! pewai dibuatnya.

dekat kul 10 mlm kami sampai puncak South. kata Mali, tak pernah ada org tido kat puncak tu. kira kami antara perintis la nih. kawasan kemsait mmg tak rata. view langsung tader.. kawasan puncak penuh buluh. cuaca kat puncak sejuk yg amat + angin bertiup mcm ribut + hujan renyai sepjg mlm.. *brrrrrr*

mekaseh tak terhingga buat barisan chef.. dlm keadaan cuaca yg sejuk menggila, derang bertungkus lumus siapkan dinner.. menu mlm nih, nasik paprik + ayam + papedum.

mood tak ok mlm nih.. sleeping beg basah. serrrrjurrrkkkkk...!!


selasa, 26 dec 2006

hujan dah benti.. tapi anginnnn still mcm ribut. sib baik nih bukan first taim aku layan hutan kat banjaran bintang nih. kalau tau, mau menangis tak berlagu.

mission hari nih, sambung trekking ke puncak Bintang dan bermalam di puncak North.

10 pagi, gerak turun dari puncak South. trek mmg menyengattt.. dalam cuaca sejuk camtu kena plak layan trek buluh.. azabbbbbb!! lepas 2 jam trekking, jumpa last waterpoint. tak ramai yg turun amik air coz bekalan air semlm still byk lagi. yg turun juz mali, yap & abg lan. heran btul aku tgk yap, org duk beku tahan sejuk, dia boleh memandi sengsorang kat waterpoint tu.. dasarr otaiii. kat area nih ada 2 kawasan waterpoint. tempat yap mandi tu yg first. yang kedua plak, sebelum Kem 2 Pagi (mali punyer kemsait emergency dulu)

trek lepas tu mmg mencungapp.. kekejap kang pacakkkk tak hingat. pastu turun plak.. ada lah dalam 7 puncak tipu yg terpaksa diredah.. pewai lagikkk

dekat kul 3 ptg baru kami sampai puncak gunung Bintang. luas giler kawasan dia. ada beirut, tapi dah penyek dilanyak gajah. view boleh tahan la jugak (kalau tader kabus). taim nih aku lapar giler.. memasing bz masak utk lunch. lepas makan, barulah bertenaga sikit.

perjalanan diteruskan.hujan dah start turun renyai-renyai. azab jugak lah nak menebas dalam keadaan camtu. kesian plak aku tgk mali tak benti-benti menebas cari trek. kekejap kang terpaksa benti cek topo & gps dgn mawi. dalam kul 8.00 mlm, baru jumpa last water point. memasing pikul air utk bermalam kat puncak North.

trek lepas waterpoint mmg hazabbb. kena panjat tebing tinggi. perjalanan plak byk kali tergendala disebabkan orang kat belakang susah nak kesan trek dlm gelap. nasib baik team yg pegi nih tak sampai 20 org. kalau gegamai, sure susah nak manage dlm gelap camtu.

sampai je kat satu kawasan tebing yg agak rata, mali arahkan kami kemsait kat situ. taim tu jam belum pun pukul 9.00 mlm. memasing mcm tercengang.. yelah still awal lagi. tapi camnerpun, mali knows the best. katanya, perjalanan ke North agak bahaya kalau diteruskan taim mlm camtu.

apalagi, sting garden la kita.. jenuhlah duk berhimpit kat kemsait kecik tu. kaki kemana.. kepala kemana..hentammm.. huhuhu, kemsait kali nih bebtul kat kawasan laluan angin.. bekuuuuuuu!!

mlm nih, aku duk tolong Mawi & kak Yati masak (tolong tengok hehehe). hujan renyai lagi mlm nih.. *brrr trrr trrrr*


rabu, 27 dec 2006

packing barang dlm keadaan angin yg menggila.. sejuk tataw nak kata. dalam kul 10.30, kami gerak tinggalkan kemsait.

misi seterusnya, sambung balik pendakian ke puncak North dan teruskan perjalanan ke kawasan kampung di Kupang.

trek menuju ke North mmg giler azabbbbb.. 300 meter layan bamboo trail atas puncak aku rasakan mcm 300 kilometer jauhnya.. trek buluh semata!! jalan atas buluh.. merangkak bawah buluh.. lompat atas buluh.. ntah berapa kali aku tengok org depan jatuh terperosok dalam buluh.. *ngeri*.. camnerpun, nasib baik la memember trekking sumer best-best blaka. memasing pakat menyanyi ntahapehape lagu semata-mata nak ceriakan suasana. tader lah mental layan trek yg nauzubillahh...

kul 2.00 ptg baru kami sampai puncak North.. *takbir*.. akhirnya misi menawan 4 gunung bintang berjaya dgn cemerlangnya.. kat puncak nih tader view yg menarik.. keliling sumer penuh pokok. lepas lelepak skejap, kami gerak turun. serrjurrkk mmg tak buleh blahh.

dalam 2 jam pastu, kami sampai kat waterpoint. lawa giler kawasan nih. air mengalir dari celah-celah batu besar (i do mean 'besar' ok) menuruni tebing-tebing batu mcm air terjun.. lawaaaaa.. kata mali nama kemsait tu Kem Malsin (or was it MASIN? ntah la). kat sini hujan start mencurah.. kata mali lagi, kat area tu byk pacat. tapi, alhamdullilah, maybe bukan musim kut.. susah nk jumpa pacat taim tu.

lewat petang tu kami jumpa gak trek balak lama. dah tak mcm trek balak pun.. rupa hutan dah. hari makin gelap. tapi semangat nak keluar hutan punyer pasal, memasing still bersemangat hayun langkah. almost 13 jam trekking tanpa henti.. sikit lagi nak pecahkan rekod trekking paling lama masa kat V2 rituh.

mlm tu, kami kemsait emergency buat kesekian kalinya.. kesian tengok mali dgn mawi duk lari sini sana cari trek yg hilang. tak per lah.. esok masih ada kan. maceh buat peneroka felda sg kupang yg sanggup buat obertime menebas kemsait.

menu mlm tu cuma, tom yam sayur, papedum (beras dah habis).. memasing makan tanpa byk soal.. tanpa mengungkit.. aku kagum dgn semangat setiakawan dan tolak ansur camnih.

(psssttttt.. wei korang.. hehehehe.. aku jadik bahan pertaruhan mlm tu ek?? saper menang?? kih kih kih.. taper, pjg umur nnt kita jumpa lagik di episod akan datang nahh)


khamis, 28 dec 2006

yeahhh.. bersemangat btul bangun pagi nih. cuaca pagi nih cerah.. terpegun aku skejap tgk sungai sebelah kemsait.. lawaaaa.. (yelah, mlm td tak nmpk - gelap)

pagi nih memasing cam sengaja melewat-lewatkan proses packing barang.. even mali pun duk rilek je. maklumlah, kejap lagi nak keluar hutan.

menu breakfast, bubur cha-cha.. yum yum syedappp (maceh chef)

almost kul 11 pagi baru gerak tinggalkan kemsait. kali nih trek agak santai.. maklum lah, trek balak lama. redup je. menebas pun sesikit je. sepanjang trek ada sungai yg cuNn.. cuma yg tak best, bila kena jalan lebih kurang 12 km (laluan balak lama) utk keluar ke kawasan perkampungan berdekatan. terbakarr rasa tapak kaki nihhh.

kul 6.00 ptg, akhirnya.. tamatlah episod menyondol di trans bintang.. lepak + mandi sebelum naik lori menuju pekan Baling, Kedah.


Barisan Gunung - Gunung Bintang
Gng Bintang False (1529m)
Gng Bintang (1862m)
Gng Bintang South (1560m)
Gng Bintang North (1835m)

Selain barisan gunung Bintang nih, aku dah takluk gunung Ulu Jerneh. Tinggal gunung Inas je Belum

mabuhai 2007

tak semua mender yg kita plan tu akan berjalan ikut plan. mcm rituh, plan asal nk spend the rest of my holidays kat Kedah.. tp, tak jadi atas sebab yg aku malas nk state kat sini.

so, dgn separuh hati, aku celebrate aidiladha kat mlk. boring coz hampir sumer adik-adik tader kat umah. yg ada juz dua tiga kerat je. tu pun bukannya lekat kat umah.

mlm thn baru, keluar dgn nazry. lepak + borak. he's getting marry soon. kalau tak silap, bulan ogos nih jadi tarikh keramat utk dia & lynn.. *congrats*.. dlm borak tu, sempat gak kami bincang psl biznes - projek 2007.. semoga semuanya berjalan lancar.. *amin*..

2007..

H smsed, tanya, apa azam aku tahun baru nih. aku replied, "majukan diri.. kuatkan hati".. hm, ada byk yg tersirat kat situ. terpulang pada dia nk interprete camner.

tahun nih, aku nak focus lebih pada family. sejak adik-adik stay kat kl nih, tanggungjawab aku jadi semakin besar. mana nak jaga kebajikan derang.. makan minum.. yuran universiti.. insyaAllah, walau sesukar mana pun, aku akan laksanakan amanah nih dgn sebaiknya.. aku percaya rezeki Tuhan ada di mana-mana.

hm, basically tu je lah nazam tahun baru.. tader apa utk diri sendiri.

oh yer, tahun nih umur aku 28.. semakin tua. dan tahun nih jugak.. masih tak ada 'cinta'..


p/s: hepi 28th birthday to my beloved friend/brother/biznes partner.. Nazry. semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur & ceria selalu disamping bakal isteri tercinta!!