Monday, February 26, 2007

mahal kita!

take note, by time aku menaip entry nih, senyum aku sampai ke telinga. sukernyaaa!

tadi masa discussion, DO tetap nak suruh aku pi Nilai hari rabu nih. amarah aku trus jadi tak terkawal nih. aku berkeras nak amik cuti gak (dasattt btul penangan outdoor nih). lagipun, aku tak nampak apa masalah yg timbul..

..nak brochure, aku dah siapkan.. dah dapat approval pun pagi tadi.

..meeting kat Nilai plak, kan dah ckp, tayah pi pun takpe. pegi setakat nak angguk-angguk kepala utk 15 menet. membazir duit minyak, tol, masa je.

setelah aku bertukar menjadi gaban bersepuluh, barulah DO konpem kan cuti aku.. err ekceli, aku mintak bebaik arr. keje beres kalu, boss pun sure senang hati nak bagi cuti kan? bermula esok, aku akan cuti 3 hari - sampai Khamis nih.

ok, tu satu..

kedua plak, semlm aku dpt bykkk gift dari Sc (plus gift sempena valentine yg dia tak sempat bagi rituh). sukernyaa!! ekceli, dia baru balik dari Manila. kata Sc, dia terkilan aku tak dapat pegi.. hm, jgn kata dia, aku nihhhh lebih laa lagi. dia ada ajak pi backpack ke Indochina plak June nnt.. insyaAllah. aku tanak kecewakan dia lagi.

sabtu rituh, aku pegi survey trek ke Gng Kutu & Sg. Chilling. masa pegi dgn Chua dulu, aku manader perati trek. jadi, macam ingat-ingat lupa lah jugak trek ke sana. pergi berdua je. ada lah dua tiga kali kami tersesat. sesat yg first, sib baik la terserempak dgn org asli. mamat asli tu baru balik cari petai dlm hutan. dia la yg bagitau kami dh tersilap trek. kalau tak.. huuu ntah kemana-mana hutan la aku redah. lepas ikut direction yg mamat asli tu bagi, punnn tersilap pilih trek lagik. tapi taim nih, aku ada six sense sendiri. so, patah balik cari trek asal.. lasttttt baru jumpa gak trek ke sana. alhamdullilah. legaaaa. baru la konpiden nak guide 60 pegawai PTD esok!

sempena hati yg berlagu ceria nih, aku nak nyanyi-nyanyi lah.. 3, 4

Seri Langkat Kuala Tungkal, amboi
Padi pulut enak rasanya, sayang
Kalaulah kail, kalaulah kail panjang sejengkal
Janganlah laut hendak diduga

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Dayunglah sampan menuju pulau, amboi
Bila sampainya daku tak tahu, sayang
Ombak dan badai, ombak dan badai takkan kuhirau
Asalkan sampai tempat kutuju

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Buahlah betik dalam perahu, amboi
Enak dimakan di hari petang, sayang
Hidup di dunia, hidup di dunia kalau berilmu
Jadi sanjungan setiap orang

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Seri Langkat lagunya ini, amboi
Bunga melati di dalam hidup, sayang
Bagaikan sifat, bagaikan sifat si batang padi
Makin berisi tambah merunduk

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat

p/s: sebenarnya, aku rindukan dia...

Friday, February 23, 2007

menggeletis nak ke hutan

semlm, inform DO tentang pertukaran cuti aku. memula, dia cam tader masalah. tapi bila pikir pasal golf tourney hujung minggu depan dgn ads & brochure utk ogos program yg tak siap lagi, terus dia jadi kalut.

kata dia, aku kena pegi Nilai rabu depan. discuss tentang event kat sana. part ni aku tak risau sgt. kak Bunga (staff baru) kan ada. nih la masanya nak train dia. lagipun, bagi aku la, kalau tak pegi Nilai pun takpe. Mender boleh settle thru phone. simple. bila aku dah berdolak dalik pasal Nilai, dia bukak citer pasal advertisement & brochure plak. hm, cam susah jugak aku nak bercuti kali nih..

sudahnya, malam tadi aku terpaksa bersengkang mata siapkan draft brochure & advertisement utk paper The Star & NST. gedebak gedebuk sumer.. dekat kul 4.00 pagi baru siap. mata dah pedih tahap dewata bersepuluh. layan tido sekejap. kul 6.00 pagi bangun, mandi bersiap bagai.. gerak gi opis.

sempoi giler dressing aku pagi nih. juz pakai tank top, sweater & seluar besar lusuh. rambut main ikat ponytail je. simple tapi aku suker. ada org cakap aku nampak cam budak skolah pakai acamtu. sesekali feel muder belia remaja (prasannyaaaa).. *hiks*

ops, back to de stori.. hm, still takde keputusan yg muktamad tentang cuti aku utk minggu depan nih. hish, apa lagi laa yg dia riso kan. draft brochure & ads dah siap.. tinggal nak tunggu approval dari TS je.. tulunglaaa.. tulunglaaa lepaskan aku masuk hutannnn.

risau aku nih. dah laaa aku sorang je yg tau trek ke gunung tu. kalau aku tader, acamner??? saper yg boleh diharap jadi guide bawak bebudak PTD tu nanti?? hallaaa.. peningnyaa..

Thursday, February 22, 2007

bukan rezeki

tensi..

sedih tahap dewata raya bila terlepas flight ke Manila pagi 17 Feb rituh. dengan Fazi tersilap hantar aku ke KLIA (sebab aku tertido taim tu) padahal flight aku kat LCCT. by time aku sampai LCCT, gate dah closed. try called Somphob (Sc), tp hp dia off. aku still tak putus asa. try book tiket lain, tapi akak kaunter ckp, tu je la satu-satunya flight ke Manila utk hari tu. try gak book tiket utk esoknya, tapiiii fully book la pulak. yang ada juz flight utk hari Isnin. nak book pun terpaksa pikir pat lima kali sebab masa hari Isnin tu nnt, team yg ada kat Manila akan bertolak naik local flight ke utara Luzon.. *sighs*

...sayu je hati nih tgk flight kami berlepas pagi tu.

aku rasa Sc still marahkan aku. dari malam seblm kami bertolak lagi dia dah ingatkan suruh sampai awal kat airport. hm, nk buat mcm mana.. aku dah try sehabis boleh utk sampai awal. bukan aku tanak ikut dia gi berkampung kat airport mlm tu. aku ada tanggungjawab kat sini. dgn keje.. adik-adik aku lagi.. byk hati yg nk dijaga. lagipun, haper ingat aku sesaja membazir duit beli return tiket flight semata-mata sengaja tanak naik??

...kalau dia rasa mender nih boleh effect relation aku dgn dia, biarlah.. sukatilah! I didnt do this on purpose. I really want to go there with him.. *sigh*

ikutkan, hari nih aku still bercuti. tapi semlm, ada group PTD yg tengah treneng kat INTAN request nak buat trip naik Gunung Ulu Semangkuk dgn air terjun Sg Chiling. trip yg derang nak organize nih katanya sebagai salah satu modul ntahapekebende (tak ingat laa) dalam latihan PTD derang. ada 60 peserta yg kompem join (30 lelaki + 30 pompuan).. ramai gilerr. masakkkk aku nak handle gegamai camnih.

sebenarnya, masa derang duk tercari-cari tempat nak buat trip, aku yg cadangkan pegi tempat tu. first, sebab kebanyakkan peserta yg join sumernya beginner. rasanya tader masalah kut kalau bawak derang mendaki gunung camtu. second, lepas pepenat naik gunung, derang buleh layan air terjun yg cuNnnn! based on apa yg kami discuss dgn salah seorg pelatih PTD semlm, sumer mcm ok je. tapi, kalau derang request mender yg lebih mencabar, aku buleh tambah satu port lagi.. layann mendaki Gunung Kutu.. *hehehe*.. (ada berani panjat 2 gunung dlm masa satu hari?)

tarikh program nih dah kompem dari selasa - 27 feb sampai khamis - 1 mac (3 hari 2 malam). disebabkan aku yg pepandai bagi cadangan tempat, maka nama aku masuk dalam senarai yg akan jadi guide. dannnn disebabkan tu jugakkk aku terpaksa amik cuti lagiiii.. dan disebabkan nak maintain tahap ke-profesional-an keje, maka cuti yg aku amik sekarang nih terpaksa dikanselkan dan ditukar pada minggu depan (sesuka hati aku jer kan nak tukar cuti.. cam aku ada syer je dlm opis nih). 4 org guide diperlukan utk trip nih. fuzzy & aku dah kompemkan nama.. tinggal 2 lagi.. hmm, saper lagi memember gunung yg ebelebel minggu depan ek??

Friday, February 16, 2007

overseas trip

hah, finally..

i'll be away for nearly 10 days. will spend my holidays in Philiphines.
hepi Chinese new year to those who celebrate it
till i come back home again, end of this month

assalamualaikum

Thursday, February 15, 2007

lamaran yang tak disangka

finally, dapat staff baru. bz la pasnih nak brief, treneng bagai. nampak cam ok je. aku sukerr.

tadi gi lunch dgn memember gunung. nampak gayanya, sumer hikers dalam Me'sia plan nak masuk utan sempena cuti CNY. cam klakar bila pepikir balik.. sumer sojar / renjer nak keluar utan taim cuti.. yang derang terbalik plak, asal cuti jer kelam kabut masuk utan. addicted katanya. ntah la.. aku sendiri pun heran camner aku buleh ada hobi pelik acamnih.

hari ni lunch dengan Mawi (aka kabusgunung), fazi & sorang kawan perempuan dia.

tengah syok makan, tetiba Mawi cakap nak masuk meminang aku. tergamam ok. aku bebuat cool. dia memain je kut. tapi sebelum ni memang dia pernah tanya aku kat forum gunungonline (public ok). siap sebut nama penuh aku tanya "hati aku milik siapa?".. aku tak balas pun. segan sangat.

tapi.. 2 kali lak tu dia mentioned mender yg sama. aku tak suka nak bercintan cintun ni. nak kontrol rasa awkward, aku cakap dalam nada gurau, 'kalau u serious, jumpa father I, ask for my hand'.. 

bunyi macam aku bergurau. tapi i mean it ok. aku tak tolak siapa jodoh aku. cuma aku taknak bercinta tanpa ada security. aku tak ready nak kecewa lagi. hope he gets the message.

eniwei, topik tu habis camtu je. aku potong topik lain.

mlm nih nk tgk movie.. Ghost Rider.. dgr citer cam best jer.


Wednesday, February 14, 2007

bekeje la kiter sekuatnya

valentine? apa tuh? haha.. nuthing much different from last year's V.. tader selebret-selebret.. tader munga-munga.. tader fine dining and tader prezen dari secret lover cam dulu (dah tua.. tak laku dah.. *sob sob*)

semlm, ada sesi jejak kasih dgn "class of 96" (masa form 5 dulu). member aku nih lelaki. keje kat Karangkraf. tak sangka rupernya dia la yg akan jadi mak handam utk wedding adik lelaki aku nnt. menarik nih.. sure kecoh & kepoh mejelis kenduri tu.

hm, dah lambat nih. nak gi HQ sat. oh yer, passport dah renew baru. now, I'm ready to flyyyyy..

Tuesday, February 13, 2007

planning for backpack

its gonna be a very tiring day today. lotsa.. LOTSA thing to do ler. kompem penat! sat gi nak gi imigresen. renew pasport. 

Somphob (Sc) dah naik risau. takut sangat pasport aku tak sempat siap on taim (this is going to be my first backpakers trip with Somphob). 

jangan risau ok. skrg zaman teknologi. kalau dulu amik masa berminggu or berbulan nak siapkan pasport, skrg 2 jam je dah cukup. canggih kan?

mlm tadi baru nak buat checklist. byk lagi barang yg tader. hish, jgn buat pasal. trip gi Sabah dulu buleh la main packing last minit. Trip nih kalu, sangkut kat tempat orang.. babai la jawapnya.

for info, trip nih backpackers style. selalunya, org gi backpack kat Indo, Thai, Cambodia, Vietnam etc.. jarang aku dgr org pilih Filipin. tapi taper, dari info yg aku dapat thru internet, Filipin mmg menarik (err.. despite the political conflict or gangstarism problem). menurut member online aku yg ada kat sana, ada byk tempat menarik kat Manila e.g., kawasan perkampungan asli, sawah bertingkat cam kat Indon, historical places, pantai, pesta bunga or dragon boats.. etc.. even gunung-ganang kat sana pun mmg meletops (of course la kan, byk volcano kat situ hehe).. cant wait to jejakkan kaki kat sana. seems like its gonna be the most adventurous trip ever (buat masa nih la).. *hiks*..

since its gonna be a short trip for me (9 days only - err semilan hari tu short kah?), we,re going to spend our days in Luzon je. basically, here's the plan:

depart from KL to Clark (Manila) --- panjat gunung berapi Pinatubo --- then take a local flight to Laog --- pegi Vigan --- kendian gi Baguio --- pastu gi Sagada plak --- and lastly gi Batad --- head to Clark (Manila) and fly back to KL

...wait de menet, ada satu citer tak best! sebelum aku aku menghilangkan diri dari Me'sia utk jangka masa pendek nih, aku ada 3 hari lagi utk settlekan sumer keje yg pending atas meja nih.. pehhh berasapppp!!.. *kepala jammed*

Monday, February 12, 2007

Luna

*Luna*

jumpa dia kat tingkat bawah umah. semlm masa turun tangga, aku ternampak kucing nih kat tepi tembok. tak bergerak. try panggil.. tader respon. lama gak aku peratikan dia. pastu pelahan-lahan dia jatuh terjelepuk. berlari-larian aku gi dapatkan dia.

mengucap aku dibuatnya. leher kucing tu dijerut dengan tali tangsi (tali yg orang guna utk kail ikan tu). tali tu plak bersambung dengan joran. astaga. nih musti keje bebudak nakal (or bodoh). kucing dengan ikan pun tak reti nak beza! nasib baik derang tak cucuk ngan mata kail. kalau tak sure innallilah... syian kucing tu, sampai terkencing-kencing dikerjakan. cecepat aku tanggalkan tali tangsi. bawak kucing naik atas umah. bersihkan pastu balut ngan towel.

panik aku sekejap. nak buat apa ek? aku bukan terer bab nak jaga kucing nih. nak bagi susu, err.. umah aku tader susu. friskies? dia boleh ke makan sumer tu? umur dia rasanya sebulan kut (or kurang). sure menyusu lagi. bihtu, camner nak bagi makan ek? gigi dia dah kuat ke nak mengunyah makanan? apa aku nak buat nih??.. *pening*..

aku keluar gi kedai. beli susu ngan friekies. main sebattt je beli. sampai umah, kucing tu refused minum or makan. adeihh.. lagi aku peninggg.

lasttttt, aku give up. tunggu gak kekalau ada tuan punyer kucing tampal advertisement pasal kucing dia. kalau ada, aku dgn gumbiraa nak pulangkan. kalau tader, aku cadang nak bagi pada sesiapa yg suka kucing.

malam, adik-adik aku balik umah. sumer terkejut tgk kucing tu. Syuk eksaited terlebih. duk pujuk-pujuk aku suh bela. on the spot dia bagi nama kucing tu Luna.. *iskk*.. Ain, Yanie & As pun pepakat nak bela dia (sudahhhh). memasing sibuk nak pegang-pegang Luna. aku larang arr. yelah, dia still trauma lagi dgn kejadian siang tadi. lagipun, dia belum makan. kang takut dia pingsan (err.. kucing boleh pingsan ke?)

aku bagi syarat.. kalau tader org claim Luna tu milik dia baru la Syuk boleh bela kucing tu. dan kalau bebtul nak jaga Luna, memasing kena ada sense of responsibility. kena tau apa nak buat. kena bagi sepenuh kasih sayang chenta sumer. dan yg pentingggg, kebersihan kena jaga. laju je derang angguk kepala.

hm, hari nih kalau Luna still refused makan, kena bwk gi klinik nampaknya..

Friday, February 09, 2007

trip cancelled

dats it.. trip to Gua Senyum have to be cancelled.

first, sbb As dah start bersuara. katanya since dia duduk ngan aku, tak penahnya aku lekat kat umah taim wiken. manjang ke "luar pintu". tak hehabis dgn gunung-ganang.

second, pasal mggu depan aku dah fly ke Filipina. kompem hujung bulan baru balik Me'sia. dah sah-sah la aku tak dapat spend wikens dgn derang.

so, sebelum adik-adik aku merajuk (or more worst, mengamuk), baik aku stay kat umah utk wiken nih.

to someone yg mengharap aku join xpdc kali nih, truly sorry, this time its for real.. i really cannot make it. kim salam je la kat memember trip & gua-gua kat sana. have fun nehh.

dan mggu nih, aku akan jadi akak mithali. xtvt aku; kekemas umah.. masak.. pastu.. err.. membuta. sungguh adventurous wiken aku kali nih kan kan kan.. taperlah, demi adik-adik terchenta, ku relakan jua (huuu nih baru permintaan dari adik-bradik suh kurangkan xtvt gunung.. kalau "orang tersayang" yg buat request camnih acamner??? huhhhh rela aku hidup membujang ke akhir hayattt! <<--- ayat tak buleh blahhh)

Thursday, February 08, 2007

tido yang terganggu

sungguh tak keruan hati nih. keruan? aper tuh? ntah la.. sejak mlm tadi kepala nih 'hang'. ekceli, mlm tadi dapat surat dari Mlk. sepatutnya ada meeting on 6 march. sekali derang tukar jadi 3 march.. tarikh tu plak clashed dgn golf tourney kat Nilai.. camner aku nak ada kat 2 tempat dlm satu masa??.. *pening*..

call office Mlk. engaged.

call lagi.. dapat!

tanya naper tukar tarikh last minit tanpa inform apa per kat aku? skali dia cakap, "sori cik, pls ignore the letter. we will send a new letter to u".. cammm ampehhhh!! tak pepasal tido aku terganggu mlm tadi. huhhh rugi.. rugi.

semlm, masa exco meeting, ada cadangan nak tambah sorang lagi staff baru. mulanya aku cam nak bantah.. tp, bila pepikir balik, cam okeh plak. buleh la aku amik cuti sesuka ati aku.. buleh naik gunung selaluuuuu.. yiihaaa.. *tumbuh tanduk*.. hehehe

wiken nih, ingat nak lepakking kat umah. prepare stuff & renew pastport utk trip ke Manila next week. taapiiiii tak leh gakk.. kuat btul tarikan "keluar pintu" nih. so minggu nih aku kena gak mengejoinkan diri ke Pahang. ada xpdc gi Gua Senyum.. cam menarik gak port nih.

oh yer, tentang keje amal yg aku plan nak buat utk mangsa banjir kat Johor tu tak jadi. derang cakap wat masa nih jgn gi sana dulu sbb ada kes penyakit ler haperkebender lerrr.. syian org Jhr.. sabar je lah

found something interesting juz now.. got it from blogthings.com (a lil sumthing to release the tense while working y'know).. and the question is: Am I Hot?? ..well, here's the answer.. *nyeh nyeh*..


You Are Super Spicy
You're a little bit crazy, a little bit naughty, and a whole lot of sexy! You go beyond hot - you set people's senses on fire!!

owhh really?? so, I am super spicy la nih??.. *hins hins*.. (kembang semangkuk)..

Wednesday, February 07, 2007

kelip-kelip kuala selangor

last wiken, gi tgk kelip-kelip kat kg. kuantan, pahang... opsss... silap. bukan kg. kuantan kat pahang nunnn oke. tapi kat area Kuala Selangor. dekat jer. lebih kurang 45 minit dari bandar Kelumporr. aku pegi dgn Nurul & Fuzzy. ekceli plan asal nak amik LCD Monitor. ntah camner boleh tersangkut kat kawasan kelip-kelip tu aku pun tataw.

memula tu, aku cam pandang rendah gak laa tempat nih. dalam kepala aku duk bayangkan dua tiga ekor kelip-kelip je. taaapppiiii, bila dah sampai kat kawasan jeti, pehhh.. tengok sampan yg tersusun kat tepi sungai tu pun dah buat aku eksaited terlebih.. best giler.. naik sampan tgk kelip-kelip sambil menyusur sungai kuala selangor!!

sebelum naik sampan, sumer tourist, diwajibkan pakai life jacket. ye lahh, bapakk besor sungai tu. cuak seyy. sampan plak, jenis yg dayung sendiri. ala-ala dolu-dolu. feeling abisss! tambang utk sorang, RM 10 inggit. bunyik cam mahal kan? tapi bagi aku mmg berbaloi. haper ingat senang nak dayung sampan tu? masa Kapten Sampan (tukang dayung) bagi aku try dayung sampan tu, aku ingatkan senang cam berkayak.. terkial-kial aku nak angkat dedua pendayung yg beratnya 10kg satu pendayung... dayung punyer dayung, sampan tak bergerak-gerak gak. hanyut ikut arus ada ler. sib baik tak terlangkup aku kejekan. kalau tak sure Kapten Sampan hempuk aku dgn pendayung tu. oh yer, satu sampan boleh muat maksimum 4 org aje tau.

part yg paling best, bila tengok jutaan.. errr .. billion-an.. errr.. zillion-an kelip-kelip yg hinggap kat tetiap pokok kat kiri kanan tebing sungai.. subhanallah. pokok kismes pun tak se-lawa tuuu. kata Kapten Sampan, sepanjang 30 kilometer tebing sungai tu jadi tempat habitat kelip-kelip. kata omputih, port kelip-kelip nih dipanggil.. "where the fairies lives".. mmg lawaaa.. marbeles.

dulu.. aku slalu pikir kat area KL nih tader tempat menarik (esp port lifestyle yg gempakk dan tak kena dgn jiwa outdoor aku). slalu tu, kalau nak gi jenjalan ngan pemily, kekawan or buipren/gelpren, sure terpaksa gi jejauhh. tapi tu dulu arr. sejak dua tiga menjak nih, aku rajin explore tetempat baru. byk mender yg happening kat tetempat yg tak penah kita amik pedulik sebelum nih sebenarnya.

kalau ada yg still tercarik-carik xtvt utk dibuat wiken nih, try arr pegi Kuala Selangor. bykk woo tempat menarik kat sini.. antaranya:
  • Kelip-kelip (Fireflies) kat Kg. Kuantan Kuala Selangor - apa yg best?? kat sini ada kawasan rekreasi. kemudahan awam byk (public transport pun ada). ada muzium mini yg terangkan tentang habitat kelip-kelip. tapi kalau nak pi sini, taim malam je laa. tengok taim siang apa yg nampak?? tambang sampan juz RM 10 seorg.
  • Bukit Melawati - naik bukit nih boleh guna kereta. tayah bayar. pree jer. kat atas tu ada meriam-meriam lama, rumah api, umah british dedolu, kedai kraftangan etc. ada port utk tgk view.. mmg menarikk.

  • Kuala Selangor Nature Park - dapat tgk cemacam jenis burung dari. esp migrating birds. kat sini gak, bagi yg suka execise tu, buleh la trekking sesikit dlm kawasan rekreasi nih. mmg menarik arr. kat sini ada hotel & hostel yg berpatutan rega nya. murah & selesa.

  • Pantai - ada beberapa kawasan pantai yg menarik kat sini. kalau nak mandi tu, tak digalakkan la. kebanyakkan pantai kat sini a bit berlumpur. view mmg menarik. ada byk port nak makan seafood. rega pun murahhh.. syedapp. kalau gajin masak, pi la visit kampung nelayan kat sini. kompem buleh dapat cemacam jenis ikan, udang, sotong, ketam, kerang, siput, lala, remis, belangkas etc..

  • Sawah padi - kalau nak tgk view sawah.. pon aderrrr.. cun sangat! tapi kena drive dalam 10-20 km dari Kuala Selangor ke Tg Karang. try arr.. mmg berbaloi. alaaa bukan jauh pong. view mmg marbelesss.

nih la sikit sebanyak info yg aku dapat hasil dari pemerhatian & pengalaman sendiri. sesaper yg nak short gateway luar dari KL dgn kos yg seminimum mungkin, port Kuala Selangor nih mmg charer. terpulang sama ada nak buat trip balik hari or nak spend semalaman kat sana.. slamat bercuti-cuti me'sia.

kalau ada port best yg lain, nanti aku "up" kat sini lagi..

Monday, February 05, 2007

fennnatttttt

penat btul wiken kali nih. keje potong kelapa sawet pun tak sepenat camnih. pewai sepewai-pewainyaaa...


xpdc Gunung Nuang

jumaat malam rituh. kunun-kunun nak tido kat puncak gunung Nuang. janji ngan Syam & d'gang nak jumpa kat pejabat renjer kul 9.00 mlm. sekali terlambat la pulakkk. kul 11 lebih baru sampai Pangsun. kelam kabut pikul beg. tak bawak haper pun sebenarnya. rations pun juz snek jer. ground, fly, stove sumer tarakk. assumed Syam bawak memender tu.

sampai pejabat renjer, almost tengah malam. juz aku berdua je dgn Fazi. kami trekking laju giler masa kat jalan balak. serrraamm gak. dah lama tak naik Nuang tetengah malam buta camtuh. ikutkan, sejam je dah sampai kem Lolo. tapi byk sungguh halangannya.. dgn bunyik minatang aper ntah yg buat kami terkejut beruk sampai terpaksa benti agak lama kat tepi trek balak tu. pastu bila sampai kat pondok first, aku buleh lupa trek plak. berpusing-pusing la jugak mencari kesan trek dalam gelap gulita hutan rimba..

sampai kem Lolo dah dekat kul 2.00 pagi. lepak depan khemah team bebudak UPSI. kesian Ijan & kekawan dia yg terbangun disebabkan suara aku yg bising ngalahkan mak nenek nih. tanya Ijan, kut-kut dia ada perasan team yg shoot ke puncak. bila Ijan cakap tader, aku start was-was nak naik ke puncak. yelahhh, naik kang, kena trekking dalam 4 jam (kalau siang 2 jam dah oke). buatnya group Syam tader kat puncak??? tak ke beku aku kat atas gunung tuh.

last-last, pinjam ground Ijan, tido je kat kem Lolo. sempat gak la melayan bebudak tu tangkap ikan kat tepi sungai sampai kul 3.00 pagi.. gilerr ngantukkk. janji ngan Ijan nak naik puncak sesama ngan team dia kul 5.00 pagi tu. skali tido punyer tido, kul 7.00 pagi baru terjaga.. astaga.. team Ijan (10 pompuan & 6 lelaki) dah lama naik ke puncak. taim tu mula laaaa rasa malas je naik teruskan pendakian. for sure team UPSI dah sampai puncak. malasnya laaa nak trekking secara sunyi sepi nih. kalau gegamai meriah sikit.

penat aku bagi motibasi kat diri sendiri.. apa barang panjat gunung tak sampai puncak kan? dalam malas-malas tu aku kemas gak sleeping bag. kemas apa pe patut. gosok gigi pastu sarapan ala kadar, kul 9.00 baru start trekking. huhuhu.. dah sianggg.

trek kat Nuang dah lain macam jadinya. dah besar luas. mcm trek balak plak. tahap kebersihan.. hmm.. camtuh gak. sampah still berlonggok. bukan reti pikul bwk turun derang nih.

sejam trekking, kami sampai kat kem Pacat. tak rehat langsung.. terus shoot ke puncak pengasih. heran gak aku tgk trek yg tadinya kering tetiba jadi lembab & lecak kat area puncak pengasih sampai laa ke puncak Nuang. kabus tebal.. ingatkan hujan..

lagi 20 minit nak sampai puncak, terserempak dgn team UPSI. ada sorang awek injured. syian dia.. syian lagi tgk Ijan yg hampir mental jadi sweeper. 6 jam derang trekking tak sampai puncak! aku bagi awek tu air ribena ngan ubat. sempat gak laa saiko dia. sikit lagi nk sampai puncak.. rugi la kalau tanak teruskan. sib baik awek tu sanggup naik pelan-pelan.. semangat tu pentinggg.

dua jam 20 minit aku sampai puncak Nuang. tak leh pecah rekod lama.. tapi lambat pun sebab tolong awek tadi. kira ok la kan. masa kat puncak, aku perati gak, kut-kut Syam ada pasang fly kat atas tu. ampehhh. tadok pong. sib baik aku tak naik puncak mlm tadi. kalau tak mau bekuuuuu.

lepas lepakking & borakking, kami gerak turun. kat kem Pacat, terserempak dgn Syam & d'geng.. derang sampai lewat rupanya. tak lama kami borak. taim tu dah pukul 3.00 petang kut. rushing nak balik umah. malam sabtu tu plak ada Konsert Rentaq Serantau. lagi skali aku mengkelam-kabutkan diri turun gunung - balik umah - mandi - gerak gi Stadium Melawati Shah Alam.


konsert RentaQ Serantau

hm.. tataw nak habaq camner. ada satu sebab je yg buat aku nak sangat pegi konsert nih - Search! kalau tak, toksah harap.. and special thanks buat Fazi coz sanggup bawak aku ke sini!

part yg spoil, silap beli tiket! ingatkan beli tiket mahal dapat tempat duduk.. rupanya tiket mahal utk berdiri depan pentas.. dah la kaki lenguh baru turun gunung.. hazabbbb!!!.. aku cukup tak gemor terkinja-kinja / berasak-asak acamtuh. dah laa ramai mat-mat hindon kat situ.. plak tu memasing rambut cam hantu.. panjang mengerbang sini sana.. lemasss.. rimasss.. eiyyyyyy nak pingsan!

masa Inul perform atas stage, aku layan tido sekejap. tersengguk-sengguk kepala nih. tak paham aku lagu yg dia nyanyi. yang aku tau, gelek dia mmg power. pastu turn Ella.. dia nih mmg versatile. aku sukerr. tader la over cam Inul. lemah lembut gituh. gedik dia pun gedik kiuttt. kendian. masa Search perform, pehh.. aku sukerr gilerr. suara Amy maintain power. cuma yg tak best tuh, choices of lagu dia.. byk lagu baru yg aku tak penah dengar. so tak dapat nak layan skali. part yg tak best bila sekumpulan mat-mat hindon depan stage duk pulaukan Search. memasing pepakat duduk gegamai. giler arr derang nih. cuba la korang bayangkan crowd depan stage yg sepatutnya berdiri tetiba duduk beramai-ramai. kalau aku jadi Search, mmg terhina rasanyaaa. rasa nak je aku sepuk kepala mat-mat hindon nih. tapi nk wat camner kan. aku pun hampir ngantuk dengar lagu favaurite band aku nih.

lasssssttttt, kumpulan Radja lak perform. mmg full of energy. suka aku tgk vokalis dia terlompat-lompat atas stage. giler bersemangat dia nih. tapi taim tu, mat-mat and minah-minah hindon dah teruja cam org gila. sampai aku & few others penonton depan stage terpaksa melarikan diri jauh dari stage. yang heran tu, bebudak metal / gothic pun layan lagu jiwang Radja nih.. teringat scene filem Rock.. cam hampehh. tak lama aku kat situ. bila tgk keadaan semakin tak terkawal, kami terus keluar dari situ. malas nak tunggu sampai abis konsert. kang tak pepasal jer. takut woo tgk org kat depan stage tu mcm hilang akal je kaedahnya. fanatikk sungguh!

Yap's Bachelor Party

almost kul doblas sampai rumah. packing barang sikit, pastu terus cabut pi Teluk Kemang. by dat time, aku dah mengantuk tahap dewata raya. kesian Fazi kena drive sengsorang. gerak kul 1.00 pagi. tak tahan nyer pasal, berenti R&R Seremban, pulun tido jap.. kul 5.00 pagi baru sampai Teluk Kemang.

kat sana, jumpa Adhazira, Fizi, Sha, Yap & Cik Khalil.. derang dah siapkan BBQ utk kitaorg. terharunyaaa... sempat gak belikan sarapan utk derang.

xtvt pepagi Ahad tu, lepakking kat ruang tamu guesthouse sambil tgk slide show gambar trip Trans Bintang. pastu, turun laut gegamai.. naik banana boat. tiga kali mender alah tu diterbalikkan.. means 3 kali gak kami sumer jatuh dlm air.. best!! pastu main kayak plak... sempat pusing pulau kecik kat Teluk Kemang tu.. pehh. kalau dah outdoor people tu, mmg tak buleh dipisahkan ngan xtvt lasak nih. keseluruhan trip mmg best.. esp, part main polo air kat swimming pool ptg tu. sakit perut tahan gelak.

lewat petang baru balik KL. sampai umah dalam kul 6.30 ptg. tu pun tak leh nak rehat. ada wedding nak kena attend. bla.. bla.. bla.. tengah malam gak baru sampai umah.. ngantuk tahap gaban bersepuluh daa. bateri flat abes.. zZzzz


Friday, February 02, 2007

XPDC Gunung Ulu Semangkuk



*credit to Wan for these photos*

master plan nk gi layan air terjun Sg Chiling semlm. tp, memacam hal lak jadi sampai tak cukup masa nk ke sana. atas kesilapan teknikal, kami terlewat sejam dari group Wan. giler lambat tuu. masa derang dah sampai Bukit Fraser, kami still kat KL lagi.

tepat kul doblas, baru sampai guesthouse bukit fraser (starting point). camnerpun alhamdullilah.. dapat gak kejar group depan. sempat spent lelepak kat puncak gunung Ulu Semangkuk sesama. tapi hazabb la. derang naik santai.. kitaorg setengah nyawa trekking sambil berlari.. *pewai*.. syian U.J tak pepasal dia terjebak dalam trip nih. sure dia kepenatan mlm tadi. masa nak balik tu, U.J ada cakap, dia enjoy dgn trip nih ~ aku hepiiiii.


**************************


ada byk mender buat aku berfikir lately. realiti hidup, mmg memeningkan. aku tak boleh dgr citer-citer sedih. simpati aku kenkadang tu, terlebih-lebih sampai menyusahkan diri sendiri.

aku akur, rezeki yg Tuhan bagi tu, kenkadang bukan utk aku sorang... utk org yg terdekat dgn aku.. utk mereka yg memerlukan. dan aku, tak sampai hati nak biarkan.

rasa tenang pulak bila buat memender baik nih. minggu depan pulak, insyaAllah, nk ke Johor. hulur tulang empat kerat utk mangsa banjir kat sana. jom kita?


**************************


lupa lak, mlm tadi Amir, Syam & fiance (Ida) dia dtg. meriah giler umah aku.

pagi tadi, bangun awal, goreng pisang, pastu hidang roti dgn sosej utk breakfast utk derang sumer. rajin btul aku pagi nih kan?

sat lagi Amir ada interview - nak kena bagi kata-kata semangat kat dia
lepas interview, dia dgn Syam & Ida nk gi Kedah. Shopping souvernirs utk wedding derang
As plak, kena balik Melaka ptg nih. ada PTD interview kat sana
Aku? err.. mlm nih plan nak naik gunung lagi.. hehehe

ok ar. nk balik awal hari nih.