entry sempena visit Malaysia 2007 (sempat lagi nahh? hik)
arinih aku cam rindu sikit kat kampung halaman. maybe sebab bulan puasa dah semakin dekat kut maka feeling nak balik-balik kampung nih semakit kuat.. hehe.
ekceli, aku selalu terbaca tentang org-org yg nak cari short-gateway dgn kos seminimum boleh. yelah, selalunya kalau search kat internet nih, just tempat-tempat yg fofular je derang advertise. kos nak pegi tetempat camtu pulak mmg melemahkan jantung dan poket kita. atas dasar perihatin aku nak share seberapa info tentang port-port yg menarik & best yg penah aku pegi. so, hari nih meh aku kenalkan dgn tempat kelahiran aku..
Masjid Tanah (MT) nih terletak dalam daerah Alor Gajah. kalau dari KL amik masa dalam 2 jam nak sampai sini. dari Melaka Sentral plak, amik masa dalam sejam laa. kalau dari tempat lain aku tataw.. hehe. ada byk public transport yg akan hantar korang direct ke perhentian bas MT nih. tambang plak murahhh & menjimatkan. kat sini aku juz state tambang dari KL & Melaka Sentral je lah ek. dari KL tambang RM 9.40 dan dari Melaka Sentral dalam RM 2.00 - 3.00. bila korang dah sampai perhentian bas MT, korang boleh amik bas ke mana-mana destinasi yg korang nak lawat. tak kira sama ada korang guna bas / teksi, tambang mmg murahh.. kalau nak datang naik keta sendiri pun lagik digalakkan. lagi convenient lah.
antara destinasi pelancongan yg cuNn kat sekitar MT..
Pantai Pengkalan Balak (PB): aku berani gerenti port nih mmg apa org ckp.. satisfying, superb. kawasan pantai nih terletak berdekatan dgn rumah org kampung. ada byk chalet yg comel (seriyes banyakkk) dan lengkap dgn dewan serbaguna, port BBQ & kawasan yg luas utk buat family day/gathering. sewa chalet start dari serendah RM 50.00 - RM 200.00. tapi kalau pegi on budget, korang amik chalet yg RM 50 inggit tu pun dah lebih dari memuaskan. port makan kat sini pun mmg bykkk la sesangat. dari gerai kraftangan, gerai makanan sampai lah restoran seafood. harga pun murahh & sedapppp. night life kat sini pun meriah dgn restoran yg dibuka sampai pagi. kawasan pantai pulak mmg cantik dan bersih. kalau jalan sepanjang pesisir pantai, korang akan jumpa pusat penetasan penyu dan pokok-pokok rendang hingga mencecah gigi air (pehh cam tak sangka aku karang ayat yg bombastik nih). bagi yg suka camping plak, dont be khuatir. anda boleh mendirikan khemah di sini. boleh buat BBQ. boleh pasang unggun. tp jgn buat sepah lerr. kang kena luku dek pacik nelayan kat situ.
Pantai Tanjung Bidara (TB): dulu port nih mmg mengancam tak hingatt. tapi sekarang dah kurang org datang sini. dunno why org lebih prefer gi PB dari TG. kat sini, pantai dia lebih luas dari PB. dikelilingi dgn pokok rhu dan batu-batu besar. view mmg cuNn lah. kalau duduk bersantai dalam hammock mmg layannn. kat sini takde chalet murah cam kat PB tapi ada resort yg siap dgn swimming pool. kalau rasa budget terlebih tu boleh la tido kat sini. takde lah mahal sgt pun. harga bilik start dari RM 80 ke atas. depend on what day you come lah kan. kalau peak day tu harus lah kopak. gerai makanan & kraftangan pun banyak kat sini.
Pantai Telok Gong (TG): korang musti tertanya naper byk sangat pantai kat MT nih.. toksah duk pikir lah. ekceli kawasan pantai ni sumer bersambung & dekat-dekat. kalau naik keta tu amik masa antara 15 - 20 minit nak pegi antara pantai nih. ok, back to de stori. pantai sepanjang TG nih pun comei. boleh nampak laut kalau drive sepanjang jalan. view mmg cantik lah dihiasi dgn pepokok nyiur melambai. ramai org pi sini utk mandi, lelepak, pancing ikan, camping etc. chalet utk disewa pun banykkk & murahh cik Ton.. kalau jalan depan sikit, korang akan jumpa 2 buah pulau kecik. biasanya kat sini, ramai org datang carik remis (remis tu apa? lebih kurang suku sakat lala jugak arr. err.. lala tu apa? isk yg mcm kepah tu lahh. hishh). kalau korang rajin & kena plak pada musimnya, korang boleh dapat sebaldi remis dalam masa sejam. cara carik dia? korek je pasir tu sure jumpa. cara memasak dia plak tak susah. bersihkan remis dan rebus dalam periuk. masukkan garam sikit dan serai yg dititik. remis nih akan terbukak kulit dia kalau dah masak. sedappp kauuu (aik jadi entry resipi plak). for info, pulau-pulau kecik kat sini takde penghuni. jarak dia dalam 100 meter dari pantai. kalau nai pi pusing pulau nih boleh. tapi kena tunggu air surut baru lah beting pasir yg menghala ke pulau nih kelihatan. kalau tak, berenang la korang ke sana..
ok tu bab pulau.. kalau nak buat xtvt lain pun boleh. antaranya, kalau korang minat tgk bangunan-bangunan lama, kat pekan MT nih ada bykkk. sumer bangunan dibina awal tahun 1900an. ada satu masjid tua berbumbung hijau yg penuh sejarah. masjid nih dibina menggunakan tanah liat dan dinamakan Masjid Tanah. yep, nama pekan nih diambil sempena pembinaan masjid nih. separuh dari struktur masjid nih pernah rosak masa di-bom oleh Jepun dulu. selain tu jugak, korang boleh lah buat lawatan dari kampung ke kampung kalau nak tengok rekabentuk rumah & tangga batu lambang kebanggan negeri Melaka (try Kampung Tanjung yg terletak dekat dgn perhentian bas MT). lawa beb. salah satu impian aku nak bina rumah tradisional camnih.
apa lagi ek? rasanya tu je lah setakat nih yg aku boleh cerita. nih just salah satu tempat yg menarik dlam negeri Melaka.. ikutkan ada banyakk lagi. tapi utk trip wiken.. diz is the best i can suggest.. tempat aku ni beb, aku gerenti korang kompem puas hati.
4 comments:
pantai pengkalan balak...
tempat lepak kitorg bila ke melaka... yea!!!
nak tambah sket bley...
dia ade 2 site.. 1 crowded, 1 privacy sket
so kalo ala2 honeymun leh tempat privacy tuh... tapi tak nampak org sangat laa... kalo nak happening.. pegilaa ke tempat crowded itu... ;)
*eid penah tengok penyu bertelur kat situ lam kul 3-4 am... best!!! superb experience... ;)
eid, indeed. kalau dtg melaka inform la. boleh aD host kan =)
hhehe.. buleh sajork!!! ;)
*aD, nape ym asyik off saje???
ai just love m.t :)
Post a Comment