Thursday, July 12, 2007

tak sabar nih

semlm dari pagi sampai tengahari aku kosentret kat keje. pening-pening sampai aku tunduk pegang kepala sekejap. keje sumer takde problem. cuma penat je lah. pastu, tengahari Mamoru kidnap aku dari opis. gi tengok citer Harry Potter! hahaha cam jahat je kan. ponteng keje tengok movie. ekceli dah berapa hari aku try book tiket citer nih (thru internet & phone) tapi cam ampeh. fully booked katanya. memula tu kami gi Mid Valley. sekalikk amik kauu. panjang gila org berbaris. maybe sbb semlm kan hari rabu. tiket separuh harga. nak elak Q punya pasal, kami gi Summit USJ. ponnnn panjang Q-nya. takde choice so, beratur je lah. at least Q kat Summit tak la sepanjang kat Mid Valley nun.

tapi kan.. bagi aku lah. citer Harry Potter kali nih cam tak best la. takde suprise. banyak sangat kekurangannya. first half an hour tu aku rasa sungguh laaa boring. cam blur-blur gitu (maybe sebab aku masuk 10 minit lewat dlm cine kut). bab Harry kiss awek cina dia tu pun takde feel. konon lerr scene tu diulang sampai 30 kali masa shooting supaya bebtul berkesan. well, mungkin citer nih utk bebudak, jadi adegan kiss tu dibuat biasa-biasa je. tapi byk jugak lah scene yg suppose memberikan kesan langsung tak berkesan kat emosi aku nih. mcm part Harry meraung masa Sirius Black mati - emm tak sedih pon. pastu ending plak tak diceritakan langsung tentang kesudahan awek cina yg Harry pinggirkan sbb betray derang tho derang akhirnya tau awek cina tu tak salah sbb diberi ubat magik utk menceritakan xtvt sulit derang.. cam ampeh kan?

minggu lepas lagi best. aku gi tengok citer Transformer. bersemangat nihh. dah seminggu lebih dari citer nih keluar tiket asyik la fully booked. so bila dapat peluang, haper lagi bergegas aku dgn Mamoru pegi. kami beli tiket kul 9.00 malam rasanya. sebelum tu, kami gi lawat H kat HUKM. part yg tak best tu, aku tertido sampai sekerat citer tu ditayangkan.. haha. ngantuk sey. terjaga masa robot-robot tu dah start lawan-lawan. sedih gak aku mmg nak sangat tgk citer nih. tapi boleh tertido plak. Mamoru lagikkk best. macam amik turn pi tido setengah jam sebelum citer tu habis. padan lah sangat kami nih. sudahnya, dia kena citer kat aku starting movie tu aku plak citer part ending.. ntahapehape kan?

minggu-minggu yg berlalu nih mmg memenatkan dan dalam masa yg sama sangat memuaskan. aku balik awal lately nih. asal abis keje je trus cabut gi HUKM. rutin sementara selagi H ditahan kat dalam tu. Mamoru lah org yg paling rajin teman aku. suka sangat dia borak dgn Mak H. dia tu mmg peramah & kelakar. letak kat mana pun boleh survive. aku suka! hm, tentang H, aku pun tataw nk ckp camner. badan still lemah. dua hari kebelakangan nih dia tak boleh bercakap langsung coz dua hari berturut dia kena operate. kesan ubat pelali kuat sangat sampai dia mamai je bila org bercakap dgn dia. kekejap kang dia tertidur. tapi setakat nih alhamdullilah dia dah tak kena masuk darah lagi.

mlm tadi lepas lawat H, terus balik umah tak sempat salin baju terus doze off. tido depan tibi lagi. subuh tadi alarm aku berbunyik. aku ter-sett kul 3.45 pagi. gila apa bangun pepagi buta camtu. kacau betul. tutup alarm terus masuk bilik. sambung tido lagi. letih woo.

ahh ada banyak mender yg aku tak sabar nak buat..

tak sabar nak tunggu bulan depan - kurang sikit beban keje aku
tak sabar nak tunggu bulan Rejab - nak ganti puasa (hehe)
tak sabar nak tunggu hujung bulan depan - nak gi mendaki gunung
tak sabar nak tunggu hujung tahun - err.. yg nih rahsia! hik.

buat peminat outdoor yg nk join xtvt gunung. kalau pree, marilah 'ke-luar-pintu':

xpdc Gunung Tahan. tarikh 20 - 23 July 2007 (4 hari 3 mlm). masuk ikut Merapoh keluar pun ikut Merapoh. bayaran murah gila RM 30 inggit (guide shj). ration & transpotation kira tong-tong je. berminat call incik Dugong 012-9084984. limited seat beb!

xpdc Transtiwangsa V1 (merentasi banjaran Titiwangsa - mendaki Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar, Gunung Charlie & Gunung Three Boundaries) tarikh dari 29 Ogos - 2 Sept 2007 (5 hari 4 mlm). masuk ikut Ipoh keluar kat Blue Valley, Cameron. trip hard core tapi kompem best. bayaran RM 175 inggit (guide + ration + transportation). berminat call Muzs 013-5011471.

xpdc Gunung Bubu kat Kuala Kangsar, Perak. tarikh 28 - 29 July 2007. bayaran RM 50 inggit (ration + tranport + guide). berminat call Putri Abbaleza 012-7059747.

xpdc Gunung Rabung kat Gua Musang. tarikh 4 - 5 Ogos 2007. bayaran to be announced later. berminat call Mat Saiko 012-3875897.

pehhh... banyakk gila trip gunung. kalau lah aku tak keje, kompem aku join sumer sekali! taper, sabar aD.. sabar..

8 comments:

Anonymous said...

aii ad..sihat?
erm..tanya sikittt ehh..
'H' kawan awak tu sakit ape ehhh?
cam serius je dengar...
semoga dia cepat sembuh...

Anonymous said...

can i guess?
hujung tahun tu maw tie the knot ya? hahaha :)
kalau betul, bak cni tiket heri potter 2 okei.

Anonymous said...

aah laa dian..
ai pun rase nak direnjis2 jugak ujung tahun nih,,,
betulkah cik aD???
hehehe

Anonymous said...

meow2, maaf ek.. tak boleh gitau kt sini. tp, insyaAllah takde apa yg serious =)

dian & eid, cewah.. lum smp situ lagi. baru nk risik & mungkin enggage. doakan ey ;)

Anonymous said...

wahhh,, congratz aD!!!

Anonymous said...

eid, iskk.. lum lagi arr..

Anonymous said...

wah..tahniah in advance la kalau begitu. harap uols betul2 determine

Anonymous said...

dian, think i'm ready for it. anyway, thanks ey!