malam tadi aku hepi-hepi. kemain lagik memborong buah-buahan & segala macam makanan. ada durian, manggis, rambutan, nasik ayam, otak-otak, satay, etc. konon nak makan beramai-ramai dgn adik-adik kat umah.. sekali derang tido la pulak. padahal jam baru tunjuk kul 9.45 mlm. ish ish ish.. awal btul derang tidur. penat sangat agaknya. takper lah.
lepas hantar bebarang makan kat umah, aku keluar dgn Mamoru. makan berdua kat kedai mamak area umah aku tu. siap kupas sebiji durian lagik. sedap sungguh durian tu. tebal isi dia. sebiji harga dia dah doblas ringgit. mana tak sedap ye tak? aku makan tak sampai seulas. dulu taim kekecik boleh lah aku bedal sampai tiga pat biji sekaligus. sekarang nih tak boleh lah. asal makan lebih seulas je aku start rasa pening-pening lalat tataw naper. takperlah, dapat amik bau pun jadi lah. kesian Mamoru kena habiskan sebiji durian besar tu sengsorang.. sampai muak katanya. hik.
hari ni nk buat final checking dgn DA utk major project. aku tak risau apa pun, semua keje dah siap. in fact, aku dah ready 99.9% utk projek nih. tunggu masa je. Isnin depan maybe tak masuk opis. seharian spend kat Genting - meeting. harap semuanya under control.. *pray*.
lepas nih maybe seminggu (or dua minggu) aku tak jumpa Mamoru. sesama bz. rituh dia cakap kena outstation ke Melaka. adat lah. programmer mcm dia bukan buat keje statik. lelabih lagi kalau ditempatkan kat pejabat goverment yg sungguh lah bz. tetiap hari ada je mender yg dia kena buat. tu tak termasuk meeting yg pelbagai. semlm Mamoru inform dia dapat offer keje dgn Sarawak Hidro. boleh tahan jugak lah offer dari kompeni nih. tapi sebelum tu ada projek yg dia kena buat. hm.. aku takde masalah kalau dia nak tukar keje dari goverment ke private. ikut dia lah. janji dia selesa. cuma kat tempat baru nanti for sure beban keje dia akan bertambah. aku rasa kalau dia terima offer tu, confirm sesekali dia akan ke Sarawak (tho the offer was based in KL). bila aku timbul kan isu Sarawak, Mamoru cakap not to worry sangat. kalau kena pi pun, bukan selalu plus kami (aku & dia) dapat peluang mendaki gunung-gunung kat Sarawak nanti.. wahh, aku dah mula terbayangkan Gunung Mulu & Murud.. best jugak kan? apa pun still, it is up to Mamoru~kun to decide (sayang, I will support you no matter what ok).
malam nih aku depart ke Melaka. balik kampung. adik aku cakap, bapak dah berapa kali duk tanya bila aku nak balik. rindu kat aku lah tu (aku pun rindu jugak!).
dats abt it. back to work then (enjoy ur wiken ppl)
4 comments:
wahh.. lamenye cik aD tak menulis... rindu tau!!! hehehe take care!
wah eid kan main lagik
hihihihi
wah..new header a?
inspired by whom?
eid, tingin nk tulih hehari.. keje byk plus akak demam dik non.. eh, selalu gi BKH tak?
dian inspaiyed by tadok sapo pong.. hehe. lawo dak?
lawa lagi ai le
bole stetmen cemtuh?
hehehehe....
mendalah yang di pakai di tangan kiri tu menarik sekali..rainbow !! wuhuuuu
Post a Comment