Monday, August 20, 2007

Nazry, selamat pengantin baru!

Mencabar betul wiken kali nih. sampai tegang urat kaki dibuatnya.

Sabtu rituh kul 6.30 pagi aku dah keluar umah. Bersemangat sarung 'uniform' hutan. Siap dgn waterbag sumer. Plan nak buat day-pack dgn Mamoru~kun dari pejabat renjer kat hutan area Pangsun sampai ke Kem Lolo area Gunung Nuang. (aku punyer idea la nih). Kul 7.00 pagi kami sampai daerah Hulu Langat. Sebelum tu duk menyinggah 7E jap beli kudap-kudap, singgah Petrol stesen isi minyak & singgah kedai mamak tapau nasi lemak.

Kami sampai serentak dgn satu group veteran cina. Derang tengah training nak naik Kinabalu bulan Oktober nanti. Sempat lah beborak dgn derang. Orang-orang outdoor nih mmg peramah sumernya. Derang start trekking lebih awal. Aku lambat sikit sebab taim tu lah baru terhegeh-hegeh nak sarung stokin, sarung kasut getah, pakai sarung tangan belang-belang, itu ini sumer. Biasalah aku. Masuk hutan kena pakai cemacam protection. Orang lasak cam aku nih pun reti nak menjaga kulit gak haper.

Rasanya baru 6 bulan lepas aku mendaki Gunung Nuang nih. Tak sangka dah ada memacam perubahan. Antaranya, kena bayar singgit sorang kat pejabat renjer sebelum masuk ke kawasan kaki gunung. Pacik renjer kat situ ckp, bayaran tu utk keje-keje pembersihan hutan. Bagus lah. Setakat singgit apa lah sangat kan. Lain lah macam Gunung Ledang. Kalau tader RM dua tiga ratus jangan harap boleh masuk. Cekik darah sungguh. Tapi tahap kebersihan camtu-camtu jugak.

Lepas beborak sikit lebih kurang dgn Pacik renjer & 2 org hiker dari Bangi, kami start trekking. Taim tu jam dah kul 8.00 tepat.

Nyaman rasa udara dlm hutan. Bersemangat kaki nak melangkah. Trek jalan balak dah tak mencabar cam dedulu. Jalan dah rata. Semak samun sumer clear. Kena tolak dgn jengkaut. Senang nak berjalan. Baru terang nak tengok view kiri kanan. Gaung kat lereng-lereng bukit pun jelas nampak. Buat kecut perut je. Sekerat jalan kami terserempak dgn jengkaut yg ditinggalkan kat tepi trek. Keje pembersihan baru siap setengah jalan. Maybe taim aku tulis nih derang dah siap sepenuhnya kut. Tapi tak kira camner clear trek derang buat, aku tetap amik masa lebih satu jam nak turun naik bukit kat trek balak nih. Menyengattt.

9.15 pagi kami sampai kat sungai pertama. Ada dalam 20 orang hikers dari Tanjung Karang camping kat sini. To our suprise, derang tu ex-opis mate Mamoru~kun.

Sepatutnya ekspidisi kami tamat kat situ je. Nak mendaki sampai puncak takut tak sempat sebab kami nak rushing ke Melaka - attend wedding Nazry. Sekalikkk tukar plan pulak. Tataw naper Mamoru~kun terlebih eksaited nak teruskan pendakian ke puncak gunung. Maybe sebab masa tu dia dapat tau ada 2 group dalam perjalanan ke puncak, maknanya kami masih boleh catch up dgn derang.

Lepas beborak & sarapan nasi lemak, kami teruskan pendakian. Terserempak dgn sorang mamat asli yg tengah kandar sebakul besar durian hutan. Kagum aku tengok org asli tu. Bukan sikit buah durian yg dia pikul. Mau lebih 30 biji! Terer.. terer..

Trek dari Kem Lolo ke Kem Pacat agak lembab. Musim hujan katakan. Pacat durjana pulak mula la bermahajalela. Tapi sekor pun tak berjaya mencacatkan betis aku yg cute ini. Ada lah caranya (Nak petua elak pacat? Kontek akak nahh) Hik. Kami berjaya pintas group scout dari Taman Conought sebelum sampai Kem Pacat. Kesian tgk derang nih. Bekalan air tak cukup. Aku offer air dari water bag. Tapi berapa byk la sangat pun. Waterbag yg aku bawak boleh contain 1.5 liter air je. Nama pun day-pack. Lain lah kalau aku bwk deuter 50 liter.

Pewai jugak la nak melayan trek pacak gunung nih. Al-maklum, dah lebih 4 bulan aku tak join memana xpdc. Kaki dah tak keras cam dulu. Kalau dulu boleh lah berdesup desap aku panjat tebing / akar-akar kayu. Sekarang, tak bley arr. Lutut nak pakai lama dik oiii.

Tak silap aku ada lah dua jam lebih kami amik masa nak sampai puncak Gunung Nuang. Mamoru, dari rajin bercakap sampai tak tercakap apa-apa bila sampai atas nun. Letih sey. Kami sampai awal 5 minit dari 2 orang hiker dari Bangi. Bentang ground bawah beirut, beborak sesambil buat sesi suai kenal, soru pastu zZzz.. Derang berdua tengah training utk naik Gunung Yong Yap. Kecik je dunia outdoor nih. Pusing sana sini, jumpa orang yg kita kenal jugak. Tak pun, kawan kepada org yg kita kenal.

Group chinese scout sampai puncak sejam lepas tu. Kesian tengok muka memasing. Lesu tak bermaya. Lebih kesian bila tengok derang makan megi mentah-mentah. Tader air nak masak.

Kali nih aku lepak lama kat puncak Nuang. Dekat dua jam tuuu. Selalunya tak sampai setengah jam aku dah bising nak turun - Tak tahan sejuk. Naper tah kali nih ok je. Kami turun lebih dulu dari group scout. Langit taim tu dah start gelap. Nasib baik hujan turun masa kami dah nak sampai Kem Lolo. Trek mmg licin sangat - curam lak tu. Dah jadi cam laluan air. Silap langkah boleh jatuh tersungkur. Aku tak dapat bayang kan cemana bebudak scout tu turun. Nak tunggu lama pun tak boleh. Rushing nak ke Melaka. Rasanya derang takde masalah kut. Lagipun derang buat kemsait kat Kem Lolo bukannya nak keluar hutan cecepat cam kami.

Almost Magrib baru sampai kat pejabat renjer. Bersihkan badan, siap-siap sumer. Kul 9.30 malam gak baru sampai KL. Letih toksah cakap lah. Dinner pun tak lalu dah. Sudahnya plan nak ke Melaka malam tu postponed ke pagi esoknya. Penat punyer pasal.

Ahad, badan still letih. Ngengkang nak turun tangga tingkat tiga umah aku. Mamoru duk usik-usik. Kata dia, len kali kalau nak jalan jauh buat lah plan pelik-pelik - naik gunung tetinggi lagi ke. Geremm aku dengar.

Ngam-ngam kenduri start, kami sampai umah Nazry kat Masjid Tanah, Melaka. Taim tu hujan mula lebat. Berpayung-payungan aku dgn Mamoru jalan depan rumah pengantin. Sopan je jalan sambil kepit kain. Kain cheong-rung akak belahnya sampai ke peha dik nonn (cheongsam + baju kurung).. *ops*

Naik je atas umah, aku terus cari Nazry. Usik dia naper tak baling seluar dalam atas bumbung.. kan dah hujan. Tergelak-gelak dibuatnya. Masa tengah tunggu pengantin tukar baju, aku nampak gambar masa kami konvokesyen dulu. Rasa cam syahdu pulak. Macam sekejap je masa berlalu sampai ada few important things yg jadi dlm hidup kita masa dulu, kita boleh terlupa.. took for granted kata mat saleh. Apa pun aku hepi utk apa yg berlaku sekarang.

Nazry dari minggu lepas dah sound aku. Ada ke dia suruh aku tepung tawar dia taim dia sanding. Hish.. mengarut je permintaan dia nih. Bukan keje tu untuk orang-orang tua je ke? Koser aku buat sumer tu. Masa pengantin tengah sanding atas pelamin, Nazry dah jeling-jeling. Adui lah. Aku try nyuruk belakang Mamoru, tapi kena panggil jugak. Pacik pengantin cum jurukamera & mak Nazry duk pointed aku. Tak boleh lari dah. Terpaksa ke depan jugak bila sumer mata dah memandang. Tapi aku tader lah nak tabur bunga rampai or renjis air mawar ke haper.. just salam & wish utk pengantin je lah pastu amik bunga telur. Jadi lah ye tak. Kalau dah tua sikit sok, nak suruh aku tabur apa pun boleh, siap ulik mayang aku boleh buat nnt. Hik.

One thing lah. Aku rasa cam sedih.. No, bukan sedih. Camner ek nak cakap.. ada sebak sikit kut masa salam Nazry sampai ucapan tahniah tu antara dengar tak dengar dari mulut aku. Maybe sbb kami rapat sangat kut. Mcm adik-beradik. Tu yg emo sikit. Honestly, aku hepi sangat untuk dia. Harap persahabatan kami still kekal tho dia dah berkahwin.

Kat umah pengantin, terserempak dgn bapak, Aunt Shi & Nenek.. Nina yg comel pun ada sama. Suka tengok family aku dtg umah Nazry. Anak angkat bapak lah katakan.

Lepas kenduri umah Nazry, kami singgah umah nenek. Duduk borak dgn family sambil layan keletah Nina. Lewat petang baru balik KL.

Dats it for my wonderful wiken (after long hectic weeks focus kat keje)

Btw, rabu nih aku amik cuti. Ada personal work nak buat kat luar. Malam rabu tu nanti ada Anniversary Dinner. Aku dah slot in nama Mamoru utk duduk semeja dgn aku. Think its about time utk all my bosses know about him.

2 comments:

Anonymous said...

semacam ada yang tak lengkap jer... tak gitu...hehhehe.

Anonymous said...

Mamoru? Naper guna anonymous? As promised, my lips are sealed. Tak boleh cerita lebih-lebih no matter how much I want to state it in here :p~