Hampir setiap hari ada je mender baru berlaku. Kalau tak kat aku, kat orang sekeliling aku. Seronok tgk org lain hepi-hepi nih. Lebih seronok kalau kita sendiri yg hepi.
Petang semlm, gi Jalan Tunku Abdul Rahman. Kali nih tader survey-survey lagi - beli teruss. Penat gak lah turun naik semua bangunan yg jual kain kat Jalan TAR & Masjid India. Beli kain dari tempat lain.. baju pulak kat tempat lain. Susah btul nak cari padanan yg sama (esp kalau orang yg membelinya cerewet cam aku ni hah) Sabtu nih kena pi sana lagi. Beli kain utk adik-adik pulak.
Aku dah belikan buku STPM utk adik lelaki yg no.8 tu. Baru jumpa 3 bijik buku. Mahal ek buku bebudak sekolah menengah nih. 3 buku je dah RM seratus lebih. Ada lagik 3 buku belum dibeli - Bio, Math, P.Am. Semlm cari tak jumpa. Tangguh sabtu nih jugak lak nampaknya. Nih baru buku. Belum kira yuran sekolah dia lagi. Tak silap, rituh adik aku cakap yuran dia RM 119.00. Kena bayar awal bulan depan. Byk laa belanja aku bulan nih. Nih baru sorang, tak termasuk adik-adik yg lain.. *tarik napas jap*
Dalam berbelanja utk adik-adik nih, aku dah jarang pikirkan keperluan sendiri. Kalau dulu, sebulan sekali musti ada bebarang yg aku beli untuk diri sendiri. Sekarang jangan harap. Dah dekat setahun, selai baju baru pun tak terbeli. Tetiap bulan, asal tiba je taim gaji, otak nih dah berkira-kira nak asingkan utk adik-adik yang kat sini, adik yg kat sana, adik yg kat situ, kat sinun.. tu tak termasuk sewa umah, utiliti bills, duit dapur, etc. Semua nih aku bayar sengsorang (aku tak suka charge adik sendiri - bagi aku, mender-mender nih tanggungjawab aku). Lagipun nak harap adik aku yg baru grad tu, tak boleh lah. Dia pun baru bertatih kat KL nih. Kalau ikut perkiraan sebenar, purata untuk keperluan adik-adik je aku perlukan tak kurang RM dua ribu sebulan. Sewa umah + belanja dapur + bills, another RM seribu lagi.. *usap dada*.. Selalu tu bila dah tolak itu ini, yang tinggal berapa lah sangat, cukup-cukup untuk belanja aku je.
Aku kalau bab-bab duit dgn adik-bradik nih mmg tak penah berkira. Selagi ada aku bagi, kalau takde dulukan lah memana dulu, nanti aku back up lah balik. Apa lah sangat nilai duit yg ada sekarang kalau nak compare dengan masa depan derang. Bagi aku, kalau cerah masa depan derang, bahagia hidup aku. Kalau sebaliknya, tak ke aku yg merana nanti. Kakak mana yg sanggup tgk darah daging sendiri hidup susah??
Aku bersyukur sangat, walaupun gaji aku tak lah setinggi mcm certain 'orang-orang tu', setakat hari nih aku belum lagi berdepan dgn masalah kewangan yg besar-besar. Setiap kali saving aku dah sampai ke paras 'hidung', Tuhan sentiasa buka kan jalan, limpahkan rezeki. Mcm yg penah Mamoru cakap, "dalam nak menyelesaikan satu masalah, kadang-kadang masalah selesaikan masalah".
Term 'mewah' dalam life aku sekarang belum ada lagi. Nak merasa mewah, tunggu adik-adik aku tamatkan pelajaran derang dulu. Bila derang boleh berdiri atas kaki sendiri, hah, taim tu baru lah aku boleh enjoy duit gaji sendiri. Nak beli umah ke.. keta sampai dua bijik pun boleh (keta buatan me'sia laa hehehe). InsyaAllah. Maybe rezeki yg aku dapat sekarang bukan untuk aku sepenuhnya. Maybe tu sumer rezeki adik-adik, Tuhan sampaikan untuk aku berikan pada derang. Ada masa berlebih, ada masa cukup-cukup.. takkk cukuppp pun ada kenkadang tu.
Bila sekali-sekala berdepan dgn problem camnih, tak banyak yg boleh aku buat selain doa & tawakkal je lah. Mohon bebanyak pada Allah. Mintak dia permudahkan segalanya. Ye lah apa lagi yg boleh dibuat, takkan nak merompak bank. Nak pinjam pada bapak? Oh tidakkk.. dari zaman aku menjejakkan kaki kat universiti lagi aku tak penah memintak-mintak duit dari bapak. Family aku bukan orang senang. Sebagai anak sulung, aku mmg maklum sangat situasi bapak. Tanggunjawab dia lagi besar. Lagipun baper sen lah sangat upah yg dia dapat dari keje-keje kampung. Kalau dapat siapkan wiring kat umah orang, ada lah upah dia. Kalau dapat jenis orang yg tanak bayar upah atau bayar kurang dari kos wiring (biasa berlaku dikalangan sesama saudara), alamat bocor lah poket bapak utk bulan tu. Dari dulu aku pikir, kalau aku cakap aku tader duit kat bapak, tentu dia susah hati. Konpem dia akan cuba sehabis mungkin utk tolong aku. Habis adik-adik aku yg masih dibawah jagaan dia apa citer pulak kan?? Atas sebab tu lah sampai sekarang aku prefer selesaikan masalah sendiri tanpa libatkan bapak.
Ada juga sesekali aku terfikir nak cari keje lain. Kata org better work, better pay. Tapi tu lah, kaki nih mcm dah di-glued kat kompeni nih. 6 tahun aku kat sini. Bila nak keluar dari kepompong Harvard nih rasa cam katak bawah tempurung pulak (eh apa kaitan kepompong dgn katak?). Aku doa-doa jugak rezeki datang bergolek kat kaki (tho mender tu mmg mustahil jadi). Tapi saper tau kann, tetiba one of diz big-big shot nak amik aku jadi GM kat kompeni derang ke (ceh berangan je la kauu). Alah, berangan je.. apa salahnya ye tak? Korang pun dedoakanlah. Hik
Apa pun InsyaAllah, aku percaya pada rezeki Tuhan. Selagi ada impian, ada usaha, saper tau kan?
Petang nih nak order cheese cake. Ekceli aku tataw camner rupa cheese cake sebenarnya. Aku bukan minat makan cheese-cheese nih (tu pasal pizza hut buat iklan camnerpun aku tak tergoda). Cheese cake nih rupa dia mcm kek biasa ke? Ada decor-decor atas dia? Boleh ke tulis nama?
Imaginasi aku membayangkan cheese cake nih macam sumi jeli-jeli.. haha.
No comments:
Post a Comment