Friday, May 30, 2008
Aku yang teringin
Thursday, May 29, 2008
Kedemaman lagik
Thursday, May 22, 2008
Mengidam ke hutan
Nih gambar kat air terjun Sg Chilling, Kuala Kubu, Selangor - dari kiri, adik lelaki no. 7, Abby, adik pompuan no.6, Mamoru & Aku
Wednesday, May 21, 2008
Trip Sarawak
Lepas habis meeting (read as: borak sambil makan-makan dalam boardroom) tadi, aku call Mulu Park. Saja nak double confirm dgn derang pasal xpdc bulan depan. Last aku bercakap dgn orang kat Mulu masa buat booking hujung tahun lepas. Cuak gak kekalau dah sampai sana, nama takde dalam list pulak.
Oh, sebelum tu nak iklan jap.. Tadi kan, masa meeting ada orang puji dressing aku tau.. hehehe. Lawa katanya. Pada hal, dia tataw aku pakai sebat je baju kurung aperntah (style cheongsam), pastu pakai seluar panjang. Ntahapehaper punya pesen - Kes malas nak gosok kemeja.. kuikuikui. Tapi, dah orang kata lawa kann.. maknanya taste aku tader lah ke laut sangat (sekali lagi pepandailah korang guna imaginasi – aku tadok gambar nak upload)
Ok, sambung balik:
Bercakap dgn petugas kat Mulu Park nih sebenarnya satu hal gak. Ntah lah, walaupun aku & petugas tu sesama orang Me'sia, hakikatnya (cewahh bahasa) aku rasa macam bercakap dgn orang dari lelain negara pulak. Payah betul derang nak paham apa yang aku nak. Cakap melayu salah.. cakap omputeh susah.. iskk..
Sudahnya, lepas dekat setengah jam memasing tergeliat lidah, baru lah derang pass phone tu kat superior derang. Aduss.. aper lah susah sangat. Kalau pass call aku awal-awal kan senang. Takde lah aku sesusah payah nak ber "kamik kitak" dgn petugas memula tadi.
Alhamdullilah, semua dah ready. Tinggal nak bertolak je. Tapi yang tak best tu, ada few trip yg dah naik harga. Gereemm aku. Makin lama, makin mahal pulak ek costing nak mendaki gunung nih.
Oh part yg best nanti, masa hari last kami kat Sarawak, team xpdc kami mungkin akan bertembung dgn team Sham Castello. Tapi taim tu derang baru sampai sedangkan kami dah nak balik.
Ekceli, aku tergerak nak buat xpdc ke gunung Mulu & gunung Api nih berpunca dari Sham Castello arr. Dia yang cabar aku buat trip nih.. hehehe.. Aku plak, pantang orang cabar-cabar . Kan aku dah buktikan.. tu pasal lah aku pilih tarikh xpdc seminggu awal dari dia. Biar kami bertembung kat sana.. boleh aku sengeh-sengeh bangga-riak-sumbung-bongkak depan dia nanti.. huhuhuhu.
Selain dari menyahut cabaran, main point aku buat trip nih, sebab nak tau costing sebenar keseluruhan trip. Setakat nih, costing yg aku buat agak murah kalau compare dgn trip orang lain yg aku dengar. Tapi tataw lah kan.. nak tau detail pasal costing, kena tunggu aku balik dari sana lah.
Next pulak.. meeting dgn team xpdc pulak. InsyaAllah, sebelum hujung bulan nih aku nak jumpa derang semua. Tak ramai pun.. 5 orang je termasuk aku & Mamoru.. hehehe. Dann aku sorang je pompuan. Takpelah, Mamoru kan ada.
Buat kak Yati & kak Melati, apa kess naik gunung bawak khemah. Tido satu sleeping bag je lah. Apadehal.. halal & toyibbah gituuuu.. muahahaha.
Tuesday, May 20, 2008
Teman Mamoru keje
Kuning tu tempat duduk "King" (kata Dania)
Monday, May 19, 2008
Saturday, May 17, 2008
Ayuni
Layan gambar je lah. Dah tengah malam dah nih.. aku penattt dan ngantukkk sesangattt.
Tengok tu.. dia buat muka nakal. Gambar nih di amik baru jap tadi - kul 11.30 malam. Dari petang Ayuni tadi tanak tido. Bagi susu pun tanak tido jugak.. Asyik nak berkepit dgn aku je sampai aku terpaksa masak sambil dukung si comel nih. Suruh Mamoru dukung bawak pi ruang tamu pun dia tanak.. duk menangis sampai merah-merah muka. Terpaksa lah Mamoru terpacak kat dapur sesama dia tengok aku memasak.
Pelik aku.. suka sangat main kat punggung Mamoru.
Penat aku pangku.. kemain besar mata dia. Tak ngantuk ke Ayuni??
Taim nih da 11.45 malam. Baru nampak mata dia kuyu.. Dekat kul doblas baru terlelap.. Aduss, ngantuknyaa aku. Harap dia lena sampai subuh nanti.
Lets call it a day then.. zZzzz
Friday, May 16, 2008
Virtual Makeover
Ok, tanpa membuang masa, jom kita layan gambau yg aku dah tacap kat bawah nih.
Hahh.. nih pulak selepas aku tepekkan foundation, concealer, blusher, lipstik, maskara, eyeshadow & contact lens.. Macam REAL kan???
Opss.. dah jadi rupa Anita Sarawak laaa pulakkk.. Ohh yg nih bukan aku yg tacap oke.. Nih hasil kerja Mamoru.. Yerrr jangan tak caya. Dia pun sibukkkkk nak menyelit mekapkan aku sama hehehe.. Boleh tahan gak ek hasil keje dia. Ada bakat jadi mekap artis suami aku nih.. huhuhuhu
Bagi korang yg tak reti mekap secara live.. boleh lah belajar mekap diri sendiri kat sini dulu.. Konpem terus pandai pasnih.. hehe
Jadi nanny sekejap
Thursday, May 15, 2008
Malam Gala GO
Wednesday, May 14, 2008
Tukar layout gambar
Tuesday, May 13, 2008
Koleksi baju
Hari Ibu
Minggu lepas Mamoru pun ada wish mender yg sama.. hehehe. Tataw lah dia saja bergurau atau memang dia maksudkan.
Tapi, tuu lah, aku cam takde perasaan. Tak feel sangat pun. Mungkin sebab aku belum pregnant kut dan tataw apa sebenarnya rasa semangat keibuan nih. Jadi, bila orang wish, dengar macam tak dengar je lah. Mungkin kena tunggu aku ada baby baru paham.
Nak selebret dgn mak sendiri atau mak mentua pulak.. dedua dah takde. Arwah mak aku meninggal masa umur aku 17 tahun. Arwah mak Mamoru pulak meninggal masa umur dia 6 tahun. Kira kami nih anak-anak yatim la masa kekecik dulu. Tapi Mamoru lebih lagi.. dia yatim piatu.. cedih..
Tak banyak yang aku tahu tau tentang arwah mak mentua aku. Maklumlah, masa dia meninggal, Mamoru kecik lagi. Apa je lah yang Mamoru ingat taim tu. Walaupun Mamoru jarang cerita secara langsung tentang life dia masa kekecik dulu, aku rasa tentu hidup dia tough sangat. Tak dapat aku bayangkan hidup takde mak ayah nih. Sedih ok. Aku nih kira bertuah gak lah.. dapat gak kenal & merasa kasih sayang arwah mak.
Arwah mak lahir pada hari Merdeka.. 31 Ogos 1957. Tarikh yang paling senang nak ingat. Tayah sesusah nak pikir berapa umur arwah mak. Setiap kali Me'sia sambut merdeka, setiap kali tu lah ulang tahun hari kelahiran arwah mak disambut. Nama arwah mak pun di amik sempena nama negara kita masa tu.. Noor Malaya.. unik kan nama tu. Aku gerenti, konpem susah nak cari orang dgn nama yg sama macam arwah mak aku.. hehe.
Tak banyak yg aku tau tentang zaman kanak-kanak arwah mak. Tak sempat nak tanya maa. Yang aku tau, arwah mak selalu pindah randah serata semenanjung sampai ke singapura. maklum lah arwah datuk aku keje askar. Banyak kali kena transfer. Lepas arwah nenek meninggal, arwah datuk kahwin dgn nenek tiri aku & menetap kat kampung *** kat Masjid Tanah.
Aku tak pasti cemana bapak boleh bercinta dgn arwah mak. Mungkin sebab jarak rumah bapak selang dua rumah dari rumah arwah mak menyebabkan derang selalu berjumpa & jatuh cinta kut. Arwah mak cakap, masa derang kekecik dulu, derang tak ngam - selalu gaduh. Bapak penah baling arwah mak dgn batu masa arwah mak panjat pokok manggis. Dasatt gak derang nih ek.. main baling-baling pulak.. ehem.. tapi baling-baling manja lah.. kut baling bebetul, mau benjol kepala arwah mak aku nanti.
Masa arwah mak kahwin dgn bapak, umur dia 22 tahun. Aku saspek, perkahwinan bapak dgn arwah mak tak dapat restu sepenuhnya dari family sebelah bapak. Kira arwah mak nih bukan menantu peberet nenek lah kan. Dipendekkan cerita, akibat masalah keluarga, arwah mak terpaksa bercerai dgn bapak. Taim tu umur aku 10 tahun. Sedih ok.. tak payah lah aku cerita detail tentang susah payah hazab hidup kami. Tanak lah aib kan keluarga belah bapak / arwah mak.. sebab sekarang nih hubungan kami dgn nenek-nenek semua alhamdulillah.. mungkin nenek-nenek kami dah sedar & berubah.
6 tahun ok arwah mak terpisah dgn bapak. Memasing tak kahwin lagi. Mungkin sebab cinta tu kuat lagi. Yelah, derang terpisah pun sebab orang luar. Bukan sebab cinta.
Paling best masa bapak rujuk semula dgn arwah mak (masa aku 16 tahun). Aku dgn adik-adik memainkan peranan penting masa nih tau. Boleh dikatakan aku lah 'posmen tak bergaji' untuk hantar pesanan & surat cinta bapak pada arwah mak. Aku penah curi-curi baca surat bapak taim tu.. syahduuu.. Bukan apa, aku nak make sure ayat kat dalam tu tak menyakitkan hati arwah mak. Kalau ada surat yg boleh buat arwah mak kecik hati.. gerenti aku buang dalam semak.(hehehe jahat kan?).
Ekceli dari umur aku 10 tahun lagi aku dah jadi tukang posto untuk bapak & arwah mak. Masa tu aku marah sangat dgn bapak sebab ceraikan arwah mak. So, aku protes dgn membuang semua surat-surat yg bapak suruh hantar pada arwah mak. Bagi aku semua surat tu akan buat arwah mak lebih sedih, jadi baik jangan sampaikan. Sebab setiap kali arwah mak baca, dia mesti menangis. Aku tak suka tengok arwah mak nangis. Aku nak dia hepi.
Tapi sekarang nih, bila pikir balik rasa cam menyesal pun ada sebab buang surat-surat tu. Kalau aku tau lebih awal surat-surat bapak boleh perbaiki hubungan derang, konpem aku sampaikan pada arwah mak. Aku kan bengap lagi masa tu..apa sangat lah yang budak 10 tahun cam aku boleh pikir taim tu.
Masa bapak & arwah mak rujuk semula, aku rasa hepi gila. Seronok sangat ok. Dapat duduk serumah sesama, dapat makan masakan arwah mak, dapat gedik-gedik manja dgn dia.. cemacamlah. Tapi sayang, kebahagiaan kami tak lama.. tak sampai dua tahun duduk bersama, arwah mak meninggal dunia. huhuhuh.. cedih lagi.
Tu je lah kenangan antara aku & arwah mak. Tak banyak cerita suka.. semuanya sedih-sedih belaka. Banyak impian arwah mak yg tak tercapai. Terkilan sungguh aku. Tapi insyaAllah, permintaan dia untuk aku jaga semua adik-adik tetap aku pegang sampai sekarang.
Monday, May 12, 2008
Belajar buat karipap
Semalam tataw camner boleh timbul idea nak buat karipap dalam kepala aku nih. Eksaited sangat nak buat, padahal aku memang tataw (dan tak pernah) langsung buat kuih karipap nih.
Memandangkan encik Mamoru beriya cakap nak tolong sama, kami pun pegi lah beli lah bebahan buat kuih dengan semangat yakin boleh-nya. Balik je umah, memasing terus terjah laptop, cari resepi buat karipap kat internet. Advance kan? Tayah sesusah bukak buku resipi ok. Informasi di hujung jari katanya.. hehe.
Nih doh separa siap. Tengok tu, comot-comot mangkuk nih. Meja toksah cakap lah.. bersepah tepung merata-rata. Maklum lah ada dua orang yg menguli doh nih.. iaitu encik Mamoru & adik pompuan no.6. First taim menguli karipap, cemacam gaya ada.. hehehe.
Mamoru merajuk?
Plan asal nak balik Kuala Selangor tak menjadi, konon nak tukar dgn plan nak mendaki gunung Datuk.. tapi.. punnnnnn tak jadi jugak. Melepak kat rumah je lah jawabnya.Kesian Wan, punya lah eksaited member tu bila aku & Mamoru sms nak join xpdc dia petang Sabtu aritu. Sekalikk.. shopping punya shopping, pukul 5.00 petang, kami masih ada kat Nilai 3. Barang yg nak dishopping pulak tak abis cari lagik. Terpaksa lah batalkan hasrat nak mendaki gunung.. huhuhu.. cedih ok. Dengar citer, Eyta & the gang pun join trip tu.
Sory lah pada encik Wan. Kitaorang tak boleh nak balik awal. Kehadiran Mamoru amat diperlukan di Nilai 3.. sebab dia pandai tawar harga.. hehehehe. Betul tau, Mamoru sangat pandai tawar-menawar nih. Aku yg pompuan nih pun tak boleh celen. Banyak barang yg kami beli kat sana. Sampai ke malam pun tak habis shopping. Dari Nilai 3 terus straight pegi Sogo (over kan??). Punya lah banyak membeli. Tapi bukan sendiri punya.. untuk adik no.3 & wife dia. Untuk aku, Mamoru belikan sepasang kain untuk dibuat kebaya & kemeja untuk pakai gi keje.
Mamoru nih kan, ada satu perangai yg sangat sensitif. Dia cepat kesian.. hehehe. Contohnya aritu, asal aku belek je satu-satu barang, dia terus sensenyap amik barang tu bubuh dalam troli / bawak gi kaunter. Tau-tau penuh je troli / kaunter dgn bebarang yg kita belek. Heart attack tau. Bila ditanya, dia cakap, tak sampai hati bila tengok aku duk telek-telek barang tapi tak beli. Camtu sekali kan kesiannya dia kat wife dia nih. Comel kan?
Friday, May 09, 2008
Nak jadi isteri solehah
Thursday, May 08, 2008
Surat tawaran
Yang lawaknya, aku dah eksaited gila. Siap-siap kira hari tuu. Kononnya kalau 'menjadi', aku mungkin lahirkan baby pada January tahun depan.. Dah siap plan ok, nak extend aku punya part time study yg bakal bermula July nih untuk satu semester. Pastu siap buat search kat internet lagik pasal pregnancy.. belajar-belajar nak amik makanan camner, nak jaga kesihatan camner, cari tips-tips atau petua yg relevan. Tapi aduss.. takper lah, belum rezeki.
Dalam surat tu, derang suruh datang taklimat 27 June nanti. Oh, tak dapat lah dik nonn.. aku kat Sarawak taim tu - tengah memanjat gunung. Aku datang masa daftar kursus je lah masa 1 July nanti. Kelas aku start seminggu lepas daftar.
p/s: Nak tau tak, semalam kan, aku & Mamoru cuti! Hehehe.. tak pegi mana pun. Saja negengada lepak sesambil kemas rumah (macam kemas la sangat pun heheh)
Tuesday, May 06, 2008
Paintball KREP
Gambar dalam cruise
Kat KTV Lounge. Kat sini ramai melayu
Monday, May 05, 2008
Trip naik Cruise
Kat Kastam. Nih otw balik. Masa nak pegi je Kastam cek. Taim nak balik tak kena apa-apa pun
Departure hall. Pose last sebelum balik
Boleh tahan besar jugak kapal nih. Tapi ada yg lagik besarrrr dari nih. Kagum aku.
Kak Bunga tgh layan breakfast masa aku checkout. Oh, aku checkout awal - rushing ke Kuala Selangor
Babai...
Besar kan?
Terminal starcruise kat Pulau Indah
Sepanjang pelayaran, IC kami disimpan oleh petugas dalam kapal. Derang bagi pegang kad nih je
View kapal masa sebelum depart. Kami sampai lagi beberapa minit sebelum kapal berlayar.. pheww