Cepat penat lah sekarang nih. Baru buat keje sikit je dah penat.. :(
Wiken aritu bz pindah rumah. Selagi belum beli rumah nih.. berpindah randah lah kejenya. Tak jauh pun aku pindah. Blok sebelah je (huhuhu).
Rumah sekarang nih masih duduk lagi. Tapi tinggal adik no.3, SIL Sue & adik lelaki no.5 je lah. Rumah baru pula, aku & Mamoru bawa adik pompuan no.6 dan adik lelaki no.7 duduk sekali. Alhamdullilah, suka sangat tengok adik-adik aku hepi dapat bilik sendiri. Semua dah berangan nak hias bilik sendiri. Pasnih nak kena beli perabut untuk bilik derang pulak - lengkap dengan meja study! (semoga Tuhan murahkan lagi rezeki kami.. aminn)
Ikutkan aku tak sampai hati nak duduk berpisah-pisah dengan adik-beradik nih. Sedih. Tapi nak buat macam mana. Memasing makin besar, takkan nak biarkan derang tidur berlonggok-longgok kat ruang tamu. Nak tanak, terpaksalah sewa sebuah rumah lagi. Nasib baik rumah baru nih dekat dgn rumah lama. Kut kalau risau sangat, aku masak lah hehari pastu hantar ke blok sebelah.
Terima kasih kat Mamoru sebab sangat memahami tanggungjawab aku sebagai anak sulung & sanggup duduk serumah dengan adik-beradik aku yg memacam karenah nih. Memang aku bersyukur sangat dapat suami macam Mamoru. Prihatin sangat. Sanggup Mamoru tolak tepi kepentingan sendiri demi untuk tengok aku hepi dannn demi masa depan adik-adik aku terjamin. Baik kan dia? *sayanggggg sangat.
Sebut tentang adik-adik, alhamdullilah banyak berita baik yang aku terima sekarang nih. Adik no.5 dah tamat belajar. InsyaAllah bulan Januari nih dia grad (alhamdullilah). Murah rezeki adik-adik aku. Adik no.6 pulak dapat offer masuk UniKL - amik degree IT aperntah.. security system? Camtu lah kut. Mamoru cakap, course yg dia dapat tu mencabar tapi peluang keje bagus. InsyaAllah, kalau dia masuk situ, ringan sikit bab financial aku sebab kat situ ada loan MARA. Kemungkinan adik aku akan dapat elaun RM 600 tetiap bulan dari MARA. Wah.. banyak tuuu. Camtu, tak payah lah aku bagi duit poket lagi kan? Boleh kosentret untuk adik-adik yg lain pula. Mamoru dah berura-ura nak belikan laptop untuk adik no.6 bila dia dah masuk first semester nanti (Adik no.6, sila bersemangat & belajar rerajin ok)
Adik no.7 pulak, ada lagi setahun untuk habiskan SKM Tahap 3. Habis je Tahap 3 nanti, aku nak dia sambung sampai Tahap 4 (diploma) . Adik no.8, tengah amik STPM. Dia nih bercita-cita nak jadi doktor (aminnnnnn). Dia exam pertengahan bulan November nih. InsyaAllah, habis je exam dia akan duduk dengan aku. Nak keje part time kat KL sementara tunggu result keluar katanya. Baru-baru nih dia dapat surat temuduga dari SPA untuk jadi Pembantu Perubatan Pelatih. Syukur alhamdullilah. Aku yang daftarkan aritu. Back-up plan untuk STPM dia. Mana lah tau kut-kut lulus, at least dia ada banyak choice yg menjurus ke arah bidang perubatan kan?
Ok, stop dulu cerita tentang adik-adik - sambung cerita pindah rumah..
Tak banyak yang dapat aku tolong masa proses mengangkat barang aritu. Mamoru suruh duduk dendiam je (tapi aku curi-curi juga angkat barang sampai kena marah ok.. tsskk). Terima kasih kat Wan (bf adik aku) & semua adik-adik aku. Rajin derang angkut barang. Sampai kena clamped keta Wan sebab tak registar as visitor masa masuk kawasan umah kami. Guard kat sini adalah sangat strict - silap sikit clamped je jawabnya (tapi bagus jugak, takde lah orang berani curi parking).
Untuk pertama kalinya kat rumah baru nih aku buka kotak-kotak hadiah yang aku dapat masa wedding dulu. Esp, kotak yg berisi set pinggan mangkuk, mug /cawan, set periuk belanga, peralatan elektrik.. Wahh.. tak sangka ok, cantik-cantik design semuanya. Senang lah keje aku - tak payah sesusah nak berangkut segala keperluan memasak dari rumah lama. Hadiah wedding tu dah lebih dari lengkap untuk keperluan rumah baru kami! Cuma satu je lah yang kena beli - gas memasak. Naper lahhh takde orang nak hadiahkan gas memasak kat aku kan? Hehehehehe.. *over lak.
Tu je lah cerita tentang rumah baru kami. Gambar tiada sebab aku lupa bawak kamera hari nih. Nenanti lah ek (kalau rajin).

6 comments:
terharu sy baca entry nih.
akk mmg rapat eyh dgn adik2?
kiteorg ni adik badik bertekak gado je.
kt umah tu tak aman.
hahaha!
sib baik akk dpt hubby yg sgt memahami.
ssh nk dpt hubby cam tuh kan.
mesti la dia nk privacy kan.
tp dia x kisah pon kan.
beruntung akk..
=)
Tumpang happy dengan kejayaan adik2. Sebagai kakak itulah yang selalu kita harapkan...kan?
Semoga happy dengan rumah baru nanti...
:)
wahhh rezeki baby namanya tu ad... jaga diri bebaik ok..
ad.. cik sue nk minta ajo ni.. kiter baru2 jer berjinak dgn blog ni.. ajo ekkk
http://life-way-destiny.blogspot.com/
wawa_nadwa: kengkadang tu gado jugak (biasalah, akak nih suka gak bebel-bebel hehehe), tapi tak lama arr. tak sampai hati nak marah lelebih.. sayangggg adik mah :)
apa pun, memang bersyukur sgt dpt suami mcm incik mamoru tu.. syukur sesangat *wink*
eedany: terima kasih! rumah baru nih rasa luas sangat (sebab dah kurang orang hehe). eh, sayang sgt saya tak dapat gi KK April depan.. kalau tak, sure boleh jumpa kan?
sue: bolehhhh saja.. nak tolong apa tu?
senang hati dpt adik2 yg camtu.... btw jgn curi2 angkat bende berat kang sendiri yg ssh tau.....
elyn, terima kasih atas nasihat. insyaAllah, sekarang nih pun tengah berhati-hati sangat. takut dengar pasal miscariage nih. mintak jauhhh sesangat. teringin sangat kat baby nih.. makin teringin bila duk baca tentang orang yg dapat baby baru *wink*
Post a Comment