Thursday, November 13, 2008

Adik no.6 yg penakut

Adik pompuan no.6 dilanda masalah susah nak tidur seorang diri - tataw naper. Memula pindah aritu, ok je dia tidur dalam bilik - siap tutup pintu nih. Eksaited dapat bilik sendiri.

Dalam bilik dia, siap ada lilin yg dipasang dalam bekas pasu berisi air wangi (apa nama tu? aromaterapi?). Wangiiiiinyaaalahh..

Tapi sejak dua tiga hari nih aku perasan dia tidur dgn pintu bilik dibuka luas. Pelik pula. Bila aku cuba tutupkan pintu bilik, dia berkeras takkk bagi.. *uik??

Malam tadi lagi menarik. Dia dah start tarik comforter tidur kat ruang tamu pulak.

Dia takde lah bagi reason yg spesifik. Tapi aku dah boleh agak - konpem dia takut. Aku dah masakkkkk dah dengan perangai adik-adik pompuan aku nih. Ada 'gene' penakut dalam kromosom derang agaknya.

Dulu, adik pompuan no.4 pun macam tu jugak. Ingat lagi masa aku duduk bujang dulu. Aku suruh adik aku tidur bilik sebelah. Tapi, asallll tengah malam je, sure aku terbangun sebab dia duk panjat katil aku - menyelinap masuk bawah comforter sambil gigil-gigil.

Bila aku tanya kenapa, dia cakap dia dapat mimpi buruk. Siap nangis-nangis nih. Dia mimpi aku mati katanya. Hisshhhh dia nih kannnn!

Aku peluk dia sambil gegurau, mimpi tu kan mainan tidur. Lagipun, selalu orang cakap, mimpi tu terbalik. Kalau dia mimpi aku mati, maknanyaaa aku panjang umur.. hehehe.

Bukan sekali dua adik no.4 tu melompat naik atas katil aku tetengah malam buta tau. Banyakkkkk kali. Ada sekali tu, dia cakap dia nampak 'sesuatu'.. Wawawawawawa! Ikutkan, aku nih bukan lah berani sangat. Cuma aku kalau boleh memang tak suka nak fikir tentang memender camnih. Esp taim tetengah malam buta. Bila jadi camtu, aku just peluk adik aku kekuat (untuk tenangkan dia - sambil baca ayat Qursi kat telinga dia). Aku suruh dia cerita esokk je. Takde makna aku nak dengar malam tu jugak. Kang tak pepasal dengan aku sekali hilang semangatt - histeria tak tentu pasal.. hehehehehe.

Nota kecik: masa bujang dulu aku duduk apartment. Biasa lah umah bertingkat nih asal malam memang sunyi. Jarum jatuh kat umah sebelah / umah atas pun kita boleh dengar. Aku rasa bunyi-bunyi yg aku aku dengar tu dari rumah-rumah sebelah - disalahtafsir kan la tu.

Oh iklan jap:

Sebut pasal histeria nih kan, aku jadi tergelak bila ramai yang kaitkan histeria dengan makhluk halus. Konon tersampuk lah.. apa lah. Histeria jadi sebab tekanan perasaan bukan disebabkan gangguan jembalang.

Ok.. ok, mungkin akan ada yg pertikaikan apa yg aku tulis nih. Mungkin ada yg dakwa, mereka yg kena histeria nih ada kekuatan yg menakjubkan. E.g., 10 orang punya kekuatan pun tak boleh halang sorang minah yg dilanda histeria. Atau.. seseorang yg kena histeria boleh bertukar suaranya menjadi garau & meracau dalam bahasa yg tak difahami.

Heloo? Berbalik kepada fakta (dan akidah), korang tengok tak siri tv kat astro tentang kekuatan badan manusia bila kita berada dalam keadaan terdesak. Aper ntah tajuk dia.. push the limit? Gitu lah kut. Sebenarnya, dalam keadaan kritikal, kita mampu buat apa sahaja. Kita boleh lompat pagar yg tinggi tanpa guna galah (macam lompat bergalah tu) bila kita ketakutan terserempak dgn harimau ke haper malah, kita jugak mampu menolak batu yg besar (seberat seekor gajah) tanpa kita sedar. Jadi tak heran lah kalau disaat seseorang tu dilanda histeria, dia boleh menolak tenaga 10 lelaki dengan selamba badakk je.

Tentang suara yg berubah pulak, jangan lah anggap pelik sangat. Apa korang tak penah try ubah suara sendiri? Setakat suara garau pastu cakap bahasa yg pelik-pelik.. budak kecik pun boleh buat. Mereka yg dilanda histeria nih sebenarnya antara orang yg suka berkhayal. Suka membiarkan diri mereka hanyut dalam dunia khayalan. Bila mereka membayangkan sesuatu yg menakutkan, maka tak mustahil mereka akan menjadi sesuatu yg mereka takutkan / bayangkan. Kalau mereka bayangkan mereka jadi harimau, mengaum lah mereka kat situ. Kalau mereka bayangkan mereka diganggu roh nenek tua, roh siam atau roh penari stripper.. itulah yg akan mereka jadi.

Jangan ikut perasaan. Fikir logik. Fikir kenapa histeria nih hanya menyerang orang melayu? Penah ke dengar orang cina / india kena histeria (kalau ada pun, takde lah sampai nak berubah-ubah suara - paling tak, histeria mereka membawa mereka ke bangunan yg tinggi dannn terjun ke bawah - cuma histeria orang melayu je yg suka menyusahkan diri dannn orang lain)

Sekali lagi aku tekankan, histeria nh hanya lah tekanan perasaan. Bila terlalu banyak berfikir.. terlalu banyak rasa kecewa.. terlalu banyak rasa sedih.. terlalu banyak bersendiri.. terlalu takut.. kita akan jadi murung & seterusnya melepaskan segala apa yg dirasa dibawah kesedaran minda - histeria.

Take note: Hantu-hantu takde kaitan dgn histeria.. kesian hantu kat luar tu di persalahkan bila terjadinya histeria (ok, ayat 'kesian' tu mungkin kurang sesuai). Syaitan / iblis mungkin ada berkomplot dgn kes histeria. Tapi kita kena ingat.. tugas syaitan / iblis hanya menghasut.. yg membuat & merealisasikan semuanya adalah KITA.

p/s: Ceramah hari nih bukan sekadar ayat dari pemikiran aku sahaja. Ini adalah hasil rujukan aku dari Prof Dr Nazari (lecture kelas MBA) dan hasil bacaan dari buku tokoh ilmuan Islam (Yusuf Qaradawi)

Ok, sambung balik cerita aku tadi.

Buat masa nih, adik no.6 takde lah menyelinap masuk bawah comforter aku macam adik no.4 dulu. Mungkin sebab aku tidur dgn Mamoru kut. Kang tak pepasal je salah peluk. Lagipun, pintu bilik aku sentiasa berkunci. Boleh haru ok kalau adik aku masuk wrong timing kalau bilik tak berkunci.

Yang pelik tu. Tidur kat ruang tamu yg besar tu, berani pulak dia. Kalau aku, better tidur dalam bilik. Ruang kecik. Senang nak monitor. Kalau takut pun, kita tahu apa je yg ada dalam bilik tu compare dgn kat ruang tamu yg besar sampai boleh nampak bahagian dapur, bilik air, pintu masuk, etc. Hisshhhh... pelik lah.

Takper, slow-slow. Mungkin adik aku nih tak biasa tidur sorang diri. Maklum lah, kalau kat kampung kami, bilik tak cukup.. kami tidur share-share bilik. Tidur kat ruang tamu memang dah biasaaaaa sangattt - adik-bradik ramai, nak buat camne. Bila adik no.6 dapat offer belajar, duduk asrama - still duduk reramai satu bilik. Bila tinggal dgn aku (kat rumah lama), port tidur dia memang kat ruang tamu dgn adik-adik yg lain. Cuma bila dah pindah umah baru ni je baru dia dapat bilik sendiri - tu yang tak biasa agaknya.


Dengan adik no.6 kat depan gerai makanan peberet kami.. Tako-Tako


Aku minat Tako ayam.. adik no.6 suka Tako octopus (sotong)

p/s: Aku tak ramai adik pompuan (kalau tolak adik-adik tiri yg 5 orang tu). Adik pompuan no.4 dah kahwin dan berhijrah ke Kelantan. Adik pompuan no.10 masih kecik & duduk kat Melaka. Yang tinggal, adik pompuan no.6 je lah yg ada depan mata aku. Sayanggg sangat kat dia nih walaupun dia nih notti. Gerem.

7 comments:

Aishah Hashim said...

take time ler tu.. cube tanye adik ade basuh kaki tak sebelom tido.. huhuhu!!~ hahaha!!~ naye kalo tepelok mamoru!!!!!!!

Unknown said...

aku pun dulu takut gak tido sorang2 dalam bilik. Aku suka tido kat ruang tamu dulu. Mungkin orang yang takut tido sorg ni lebih suka tido kat ruang tamu. Kalau tido sorang mesti pasang lampu terang benderang. Takut gelap. Baru sekarang ni je baru berani tido sorg, mungkin dah biasa tido sorg masa kat kolej dulu. Tapi tetap tido ada cahaya lampoooo... Fobia gelap.
Aku setuju sangat2 dengan kes histeria yang disebutkan tu.

Anonymous said...

ecah: oh tidakkk.. mamoru gue :)

sarinah: gitu rupanya.. tapi yg si adik nih boleh tido lampu gelap. cuma tu lah.. takut tido dalam pulakkk..

Redynne™ said...

betul sarinah tu.. klu aD nk tau, bila kt dlm bilik @ tmpat2 yg sempit x cukup ruang, rasa mcm sesak napas tau. Lagi 1, di alam imaginasi..tmpat2 t'had ni susah nk slamatkn diri. Silap2 t'golek dog kt situ gak. kekeke.. Klu kt ruang tamu, senang skit nak mengelak. dtg kiri, tepis kanan.. dtg kanan, tolak kiri..

*ape daa aku merepek nih.. :P

Anonymous said...

redynne: tsskkkk.. hebat betul imaginasi korang - dalam tido boleh bersilat yerr ish ish ish (nih ada yg adik aD guna-pakai alasan nih utk tido kat luar)hehe

Biqque said...

betul2! i stuju sgt2 pasal histeria dan melayu tu! tah pape! benci tgk siri mistik dlm astro prima tu. bohong!

ha i ni pun penakut! i lebih rela tido kat ruang tamu (if hubby outstation) drpd tido dlm bilik. heran kan? sbb bagi i, dlm bilik ruang kecik, tak leh lari mana. rasa cam antu tu dekatttt je! if kat hall, ruang besar, so leh lari luas2 skit. patu if ada antu pun, dia tak duk dekat2, dia duk jauh2 sbb ruang besar. kahkahkahkah tah pape! kan?

aemin said...

Pasal histeria tu aku kurang setuju sikit. separuh mungkin terjadi pasal gangguan psikologi dan separuh lagi mungkin pasal gangguan jin/iblis. Pasal ape kaum lain tak kena pasal kita ni orang islam dan iblis dah berjanji akan menyesatkan orang islam sampai ke hujung nyawa.kalau tugas iblis setakat menghasut, macam mana pulak dengan kejadian sihir? Sihir ni seperti kita tau berlaku semasa zaman Nabi Musa A.S. malah Rasulullah S.A.W sendiri pernah disihir. Dan Rasulullah pernah berkata bahawa sihir pada akhir zaman akan lebih dasyat berbanding zaman terdahulu.Kalau tak wujud gangguan jin dan syaitan ni kenapa kita disuruh mengamalkan ayat kursi, 3 Qul dan sebagainya? Jangan taksub macam uncle seekers dah la (hehehe...)
Wallahualam..