Thursday, November 06, 2008

Bila orang gunung berlagak

Yer aku bengang. Tapi takde lah bengang sampai merosakkan mood aku pagi nih. Bengang lite-lite je (ops, mana aku belajar ayat cenggini ntah)

Aku suka mendaki gunung. Suka new challenge kata orang. Lagi hebat cabaran untuk mendaki sesebuah gunung, laaaggiiiii aku suka nak mendaki.

Dan aku jugak tauuu.. aku bukannya otai dalam arena pendakian nih (fuhh ayatttt power). Aku bukannya macam otai gunung yang lain yang start masuk hutan & mendaki gunung dari sekolah rendah lagi. Helloo nak mamfus kena belasah dengan ayah aku? Aku nih perempuan, dah tentu lah masa remaja aku banyakk dihabiskan dirumah - kena grounded manjang.

First time aku terlepas masuk hutan & termendaki gunung masa umur aku 16 tahun (ke 14 ek?). Ntah camne ntah aku boleh ter-join xpdc mendaki Gunung Ledang masa tu. Mungkin sebab bapak sedara aku terbabit sama organize trip tu kut. Lagipun dulu aku memang minat acara camping-camping nih (Ohh jangan tatau masa sekolah rendah dulu aku AJK persatuan Pengakap eheheheh - tu pun nak cerita kan?

Tapi tu je lah pengalaman mendaki aku diusia remaja. Masa yg selebihnya aku terpaksa & dipaksa kosentret on study je. Even kat dalam universiti pun aku tak tau wujudnya persatuan mendaki nih. Punyalah komitednya aku dgn study taim tu. Bila dah grad & dah keje baru aku tau rerupanya kat campus aku tu ada satu persatuan mendaki yg hebat (Tu pun Muz SOS yg bagitau sebab militan SOS selalu jadi guide untuk trip derang)

Aku start gila mendaki pun baru beberapa tahun je. Paling gila, masa tahun 2006, dalam masa setahun je aku dah panjat 28 gunung! Punya lah aktif (jenis tetiap minggu ada trip). Tu belum kira gunung yang sama aku naik berkali-kali. Point aku kat sini, bukan nak tunjuk lagak.. cuma aku nak highlite kan.. i've been trough that phase. Aku faham perasaan orang yg giler gunung nih.

Sekarang, dah tak camtu lagi. Dah steady. Naik gunung pun bila rasa perlu & bila datang rindu (ewahhh). Komitment banyak beb. Mana nak coop dgn keje, tanggungjawab sebagai isteri, study.. now bakal jadi mummy pulak.

Dulu, aku banyak ikut trip orang. Trip sendiri boleh kira dgn jari. Tapi sekarang, aku prefer buat trip sendiri. Bukan tanak ikut orang, kebanyakan geng-geng gunung dulu hampir semuanya dah settle down dgn life memasing. Trip pun banyak yang dah slow. Lagipun, trip yg aku buat lebih kepada family trip. Aku angkut adik-adik aku & kawan-kawan rapat je.. biar derang sendiri tau kenapa satu ketika dulu aku sangat suka mendaki gunung.

Alhamdullilah, pengalaman keje event management banyak bantu aku untuk buat trip yang terbaik. Aku adalah orang yg sangat particular dalam semua aspek esp: costing, time management, rations & tempat yg aku nak tuju. Jadi, sila jangan tanya soalan yg 'sangat berlagak' seolah-olah aku 'zero info' tentang trip yg aku buat.

Read my statement: Yerr aku tau korang otai dalam dunia outdoor.. tapi tak bermakna orang lain bodo & tak boleh buat apa yg korang boleh buat.. *ops agak garang stetment ini kan? Nasib la siapa yg makan julap.

Penah sorang otai gunung nih sound aku masa aku nak join trip dia pegi Mulu dulu. Kata dia, "Nak bayar murah, ko buat lah trip sendiri"... wahh sangat berlagak ayat dia ok. Tapi takper, aku pantangg sikit orang cabar-cabar nih. Terussss aku buat trip sendiri. Saja aku pilih tarikh trip seminggu awal dari dia.. hahaha rasakan. Paling best bila trip aku punya costing jauhhhhhhhh lebih rendah dari trip dia. Moral of the story: Jangan berlagak.

Penah jugak ada otai lain sound aku.. "Ko kalau nak buat trip gi Kinabalu, ko kena book penginapan kat Laban Rata dulu. Selagi tak dapat booking, ko jangan beli tiket flight. Kalau ko beli tiket sebelum dapat book Laban Rata, aku gerenti tiket ko burn camtu je"... statement yg sangat menakutkan bukan? Tapi dalam pada tu, otak aku terfikir jugak: abis tu, takkan nak lepaskan peluang beli tiket murah semata nak tunggu confirmation Laban Rata?? Macam mana kalau bila booking Laban Rata dah confirm, harga tiket pulak mahal nak mamfuss?? Costing konpem larii geng. Malas nak ikut cakap dia, aku belasah je beli tiket dulu. Dan alhamdullilah, aku takde masalah nak dapatkan booking lepas tu. Moral of the story: Jangan takut-takutkan orang.

Aku takde masalah kalau orang nak bagi teguran cara baik. Kalau boleh, jangan tegur je.. sertakan lah cadangan atau info yg munasabah. Orang camnih lah aku respek. Baru boleh digelar otai. Setakat baling-baling batu duk menyakitkan hati orang pastu duk kondem trip orang lain je tapi tak membantu.. bukan otai namanya.. itu petaiiiii..

Dah laa.. better aku stop dulu. Makan maruku lagi sedap. Bengang-bengang nih tak elok untuk kesihatan baby dalam perut.

8 comments:

Unknown said...

ishhh..garangnye dia pagi2 ni...
tp mmg patut pun...at least bg la tunjuk ajar kan..bkn kondem2 org..br la kita respek..
anyway, bl dgr cite mendaki2 ni cam nk ikut je..tp tu la komitment byk kn..

dah la jgn bengang2 k...nanti effect kt baby...hehehe..iye ke?

Anonymous said...

kak ellyn, hehehe garang ek.. *aummm*
baik lah, aD akan jaga mood supaya ceria selalu.. :)

aemin said...

bagus la kalau ko mahir bab uruskan A to Z untuk mana2 XPDC. aku lak suka jadi peserta jek. langsung tak reti bab urus mengurus ni.Bayar duit, enjoy trip. Hehe.. yang lain serahkan pada yang pakar..

amizah said...

wahhh...garang nyer pagi2 nie....rupanyer panjat gunung nie satu hobby la kan??...suami kwn akak pun minat gak naik gunung nie..akak rase mesti u kenal kut kelab yg dia join nie..kelab OGKL (org gunung kuala lumpur)...tiap2 mgg panjat gunung...cian mini dia...asyik kene tinggal jer...tp mini dia redha jer....

no name said...

bayangkan kalau x de penginapan kat laban rata *) ala jalan2 g sabah pon okey gak =.="

Aishah Hashim said...

adekah kerana pembawa perut yang sedang bad mood? huhuhu~ garangnye..

Anonymous said...

zaid: boleh lah sesikit :) belajar dari Chua hehehe

kak amizah: kalau tengok orangnya mungkin kenal kut atau mungkin penah terserempak masa trekking. aD nasib baik dapat suami yg suka mendaki gunung sekali hehehe.. akak suruh lah kawan akak ikut pi mendaki sekali :)

no name: yang tu kita kena fikir positif. yang penting jangan la book taim masa dah suntuk atau taim peak.

ecah: mungkin jugak kut.. ehhehehe.. *maluuu

Anonymous said...

setahun 28 gunung awak panjat.wah...sungguh kagum saya akan awak. :) saya dulu pun suka jugak..sekarang sudah tidak larat.stamina sudah hilang. :)