Wednesday, November 05, 2008

Tersingkir dari xpdc

Lunch hour tadi pegi Alliance bank. Settlekan payment untuk xpdc mendaki Kinabalu bulan April tahun depan.

Agak sedih jugak sebab sepatutnya aku bayar untuk 10 orang.. tapi kena reject sorang (aku lah yang kena reject tu).. now dah tinggal sembilan orang je. Terbayang-bayang aku keseronokan mendaki Kinabalu dua tahun lepas.. tssskkkkk.. cedih.

Paling sedih bila trip kali nih, Mamoru & 3 orang adik aku (termasuk SIL Ida) akan ikut serta.. uwaaaa. Tak dapat nak trekking dgn derang. Padahal aku yang beria nak derang semua ikut.

Tapi takpe. Aku akan buat yang terbaik untuk arrange trip Mamoru nih. Setakat nih, bab penginapan semua dah settle. Tinggal nak cari transport untuk di chatered selama seminggu je.

Iklan:

Kalau ada blogger dari Kinabalu yg ada sedara-mara / rakan yg boleh sediakan pengangkutan -van- beserta driver sekali untuk seminggu, sila tinggalkan mesej & quotation kat sini ok. Nak minta tolong nih.. tapi bukan tolong free tau, tolong berbayar nih.. dapat $$$ *wink* :)

Aku kalau boleh, nak semuanya perfect gitu.. yelah takkan lah nak biarkan team xpdc nih tercangak-cangak mencari transport bila sampai KK nanti. Risau ok. Tambah pulak orang yg kita sayang ada dalam team nih kan.. laagiiilahhhh aku risau.

6 comments:

aemin said...

Ad, aritu masa aku gi kinabalu aku ade amik kad kami nyer freelance Nature Guide. Namanya Shukry B. Jurip Phone No. 016 5866523. Orang nya pun ok. Cubalah call.

Anonymous said...

zaid, dia ada sediakan transport sekali tak? nanti aD suruh Fazi call dia.. tq :)

aemin said...

BOLEH LA KOT, PASAL BAS YANG KITORANG NAIK TU DIA YG JADI GUIDENYA. TEPON LA, MINTAK DIA SEDIAKAN SATU LAND CRUISER.

Anonymous said...

zaid, korang pegi naik bas.. wahh ramainya..

aemin said...

Ha'ah. 23 orang sumernya.

Anonymous said...

zaid, patut arr :)