Dekat nak tengah malam. Aku masih menghadap makanan (disamping menghadap pc of coz). Banyak betul makanan yang berbaris menunggu dimakan.
- Rambutan yang aku beli tadi masih belum terusik.
- Kuih lompat tikam pun belum dimakan
- Sup gearbox beli kat pasar Ramadhan petang tadi masih dalam keadaan asal - belum bersentuh (yang luak cuma kuahnya - mana nak cari straw nak sedut tulang sum-sum tetengah malam nih?)
- Jeruk buah kedondong yang aku buat pagi tadi punnn tak sempat nak rasa lagikk..
Camne nih??
Boring betul makan sengsorang. Mamoru dah lena tidur sebelah Ariff. Aku je yang masih gagah & bersemangat nak makan. Nak simpan sahur kanggg.. confirm tak sempat. Aku tak berapa gemar berdepan dengan makanan yang banyak camnih sambil berlumba dengan waktu imsak. Boleh tercekik dibuatnya.
Note: Sila jangan terliur atau membayangkan rupa / rasa makanan yang aku list diatas. Siapa suruh baca taim hari siang? Aku update nih taim malam huhuhu
**************************
Cerita pasal weekend.
Takde apa yang menarik. Just spend masa atas katil sepanjang hari. Kegeringan melanda. Cuma tadi je pegi jenjalan survey langsir & sarung kusyen baru untuk rumah ayah di Melaka.
Oh, tadi beli songkok untuk Ariff. Beli saiz 19. Besar kan untuk budak 1 tahun 2 bulan? Saiz kepala Ariff memang besar. Badan dia pun besar dan panjang. Aku sekarang nih, kalau nak belikan dia baju memang cari saiz yang 2 tahun ke atas.
Teringin nak upload gambar kat sini. Gambar memang banyakkk.. tapi dalam memory kad Mamoru. Aku tak reti laa nak godek DSLR dia tu. Sony compact aku dah tatau kemana. Adik aku rembat tak pulangkan lagi. Kalau ada Sony tu senang sikit. Nih, nak guna 5D Mamoru yang gedabak & berat tu.. aduyaiii.. payah lah.
Sory ya Elyn, Biqque & kengkawan lain yang duk tanya pasal gambar terbaru. Bear with me k uolss.
Esok keje.. aaaa busan busan. Cepat lah bulan doblas. Nak cuti bersalin 3 bulan.. huhuhu
No comments:
Post a Comment