Tuesday, August 03, 2010

Nak spend kat mana minggu nih?

Plan nak balik Melaka minggu nih. Nak mengecat rumah ayah & kemas apa-apa yang patut sebelum masuk bulan Ramadhan. Kang kalau dah start puasa, confirm tak larat nak buat keje berat-berat. Better siapkan awal-awal.

Tapi berbelah bagi nih. Family in-law aku ajak buat BBQ. Tak sampai hati pulak nak tolak. Family belah Mamoru nih jarang nak buat xtvt santai berkeluarga camnih. BBQ kat Kuala Selangor tuu beb! Heaven untuk penggemar seafood macam aku.

Tahun nih, insyaAllah semua adik-beradik balik beraya di Melaka. Sure cramp rumah kecik ayah. Tapi tak kisah lah, janji meriah.

Start minggu nih sampai lah raya nanti aku tak amibil job makeup. Cuti sekejap sempena bulan puasa.. dan nak focus pada family. Minggu kedua raya nanti baru aku start job makeup balik. Itu pun nasib baik client aku buat majlis kat Melaka. Dekat dengan kampung. Boleh la lari-lari jap makeup orang sambil berhari raya.. huhu.

Oh, sebut pasal jadual part time job makeover untuk tahun depan.. WHOA..wOw! Dah bersusun dah jadual aku sampai pertengahan tahun depan! Alhamdullilah, rezeki Tuhan bagi.

Itupun banyak job yang aku tolak sebab wedding / event derang clash dengan jadual aku berpantang (muahaha, berpantang pun ada jadual ke?). Bukan jadual berpantang laa. Time aku berpantang. Aku due awal bulan Disember nih (insyaAllah). Sepanjang bulan Disember sampai awal bulan January memang aku “cuti” makeup.

Aritu aku ada janji nak reveal gender baby dalam perut nih kan? Jeng.. jeng.. jeng.. It’s a BOY la geng! Another bodyguard for mummy.. huhuhu. Kecewa? No.. no.. no.. in fact, dari awal-awal lagi aku dah sediakan dua nama (lelaki & perempuan) untuk baby nih. Quote ayat standard yang biasa orang guna.. “Tak kisah lah boboy or gegirl, janji baby yang lahir nih sempurna sifat, sihat & selamat semuanya”.

3 comments:

attyfir said...

betui tu aD..takpe ar boy lagi.janji sehat ..dan selamat semuanya ..

Unknown said...

kite pon ngah penin nih...
nk balik kg pon jap jek nnti...
tp ada kenduri plak lg...

Biqque said...

tu la, i suggest my friend to contact u sbb dia nak kawin awal tahun dpn...tapi dpt agak la mesti u tengah pantang...anyway, i bangga la u berjaya dlm bidang2 mekap ni, macam kejappppppp je u dah naik! :D keep it up ok!

boy gak? ada geng lagi la mamoru :D