Oh, yess. Dalam tempoh cuti maternity ni, aku memang update blog lepas pukul 12 tengah malam dan set auto publish untuk esok atau lusa atau tulat punya entry.. huhuhu.
Susah dowh kalau nak tulis dan publish on time bila dah beranak dua nih. Buat masa ni Amarr takde lah menggangu sangat. Kebanyakan masa dia habis untuk tidur je. Bangun pun untuk menyusu. Cuma Ariff je lah yang confirm akan membuat aku ambil masa sejam untuk taip sepatah ayat. Kalau sejam sepatah ayat, cuba kira berapa jam pulak aku perlukan untuk tulis satu entry? Sekerat hari? Satu hari? Oh, tak boleh.. tak boleh.
Aku teringin sangat nak ambil maid. Payah la hantar anak kat pengasuh. Dulu, masa aku hantar Ariff, pengasuh dia tu just jaga Ariff dengan anak dia sendiri je. Tapi sekarang nih dah bertambah ramai pulak aku tengok.
Sampai kengkadang tu Ariff balik rumah dalam keadaan tak mandi petang, lapar, penuh kesan lebam kena gigit dengan bebudak lain. Tu tak termasuk part dia tidur lewat petang sampai ke maghrib. Patut lah aku duk konpius kenapa tetiap malam Ariff tanak tidur awal (walaupun aku dah tutup semua lampu dalam rumah). Tahan dia berjaga sampai tetengah malam!
Oh, gaji maid sekarang RM900 ek? Dah confirm ke? Tak mampulah aku gamaknya. Kalau sebulan RM600 tu, aku boleh tahan lagi lah. Lebih dari tu, tunggu aku kaya dulu. Tapi boleh tak gomen Indon or gomen kita costumize sikit bab gaji tu. Misalnya:
Kalau gaji RM900, maid tu kena buat semua keje dalam rumah (mengemas, membasuh, memasak, jaga anak, pendek kata complete satu rumah punya keje lah)
Kalau gaji RM800, just keje mengemas, membasuh, jaga anak dan segala keje rumah kecuali memasak ke, etc)
Kalau gaji RM700, etc, etc
Kalau gaji RM600, just untuk jaga baby je.
Kan senang kalau camnih. So, maid tu boleh pilih nak gaji dan beban keje yang dia mampu laksana. Dengan cara ni sure takde masalah maid tak reti memasak or membasuh ke haper. Dan tak lah timbul soal majikan komplen pasal maid derang tak reti buat itu ini since awal-awal lagi maid tu dah pilih skim gaji yang sesuai dengan kemampuan dia buat keje. Setuju?
Tapi kalau dah berjaya dapat maid pun, aku still dalam dilema juga. Kental ke hati aku nak tinggalkan anak aku dengan maid tanpa pengawasan? Bila fikir part nih, mula lah aku rasa nak berhenti keje dan kosentret on bisnes makeup aku. Lagipun income dari situ pun dah semakin kukuh.
Tapi.. tapi..
Aku suka keje sekarang sebab gaji aku dah steady. Ada yearly increment. Bonus tetiap tahun memang ada dan tak kurang lima angka. Paling buat aku susah nak berhenti, company punya medical benefit yang unlimited untuk aku & family. UNLIMITED ok. Klinik panel pun melambak. Luka kena papercut pun boleh gedik-gedik pergi klinik demand ubat sampai berpuluh jenis. Kompeni bayar kan? Setakat masuk hospital private kena charge sampai puluh-puluh ribu pun takde hal. Siap boleh amik private room lagi.
Kalau berhenti, siapa yang rugi beb? Coz kalau ambil insurans pun kena dulu duit sendiri gak. Tu belum pihak insuran dolak-dalik. Sesilap, ada certain penyakit je dia cover. Nak beli insurans kena paham bebetul apa yang dia offer.
Bihtu camno? Sampai bebila pun tak selesai nak fikir pasal maid nih. Takkan nak suruh Mamoru jadi Mr Mama pulak?