Perjalanan ke Melaka yang hazabb dengan kelajuan maksima 10km sejam. 10 okay bukan 100. Aku lari marathon pun lagi laju dari ni.
Hazabb sungguh. Bukan setakat menguji kesabaran mental & fizikal, vokal pun turut teruji sekali.
Kalau double A jadi tarzan kat belakang. Aku pulak jadi Jane kat depan.
Ada insiden kelakar masa dah nak sampai kampung. Taim tu aku terlajak ambil side untuk masuk ke simpang menuju rumah ayah. Simpang depan rumah ayah ni memang sempit dan buat aku cuak. Selalu aku fail drive kat situ.. haha. Nak pusing balik tak boleh sebab ada banyak kereta. Aku decide untuk reverse dan terus drive pergi rumah nenek ja.
That is when Ariff asked me "Mommy, are we lost? This is not the way to Atok house".
Hilang rasa cuak aku.. terus tergelak dibuatnya.
Haih.
Dulu masa tayar depan terlajak masuk semak (dekat simpang yang sama), muka aku memang pucat habis. Skirting Alza ni lowered. Takut kemek langgar tunggul ke haper. Taim tu maybe Ariff perasan air muka aku berubah. Dia siap tegur, "Mommy, are you scared?"
Budak kecik memang pandai observe orang kan?
Penat aku cover, "No, mommy not scared. Just panicked".. hahaha..
No comments:
Post a Comment