Wednesday, November 30, 2016
Feeling stay-at-home-mom
Morning run
Happy with my timing this morning *wink wink*
My coach kata, to run faster in full marathon, I need to run fast in my 5k, 10k & 21k.
Baik lah.
Register myself for a few running clinics (tenkiu tolong register kan ya! xo! tenkiu juga for spending short time with me semalam tho tak sempat lunch.. xoxoxo!)
And pasni nak start utilize my privilege of using Maybank Academy sports arena kat Bangi (especially swimming pool yang besar tu & running track) .
I never actually use any of company sport's facilities. Seriously tau, even kat atas menara tempat aku keje tu ada gym, court badminton, squash, dance area, sauna, segala mak nenek company provide untuk staff, aku tak pernah guna pon. Never care sebenarnya. Pasni, tengok lah, maybe lunch hour or balik keje, aku lepak kat atas sebelum balik rumah :)
Anyway, akak cuti lagi arini. Sambung sampai Jumaat. Sila meroyan :)
Tuesday, November 29, 2016
Monday, November 28, 2016
Segala puji-pujian
Lagu favourite Aleesya. Hari2 nyanyi lagu ni sama2 setiap kali hantar dia pi taska. Kemain goyang2 badan dia ikut lagu ni. Khusyuk.
***************
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan
Hanya kepadaMu (Ya Allah)
kami menyembahMu (Ya Allah)
hanya kepadsMu kami mohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Sunday, November 27, 2016
Azam :)
"Masa" kan, kalau buat macam biasa memang sentiasa tak cukup masa. Tapi bila kau isi dengan macam2 benda, sure akan cukup masa. Malah lebih teratur.
Tahun ni dah sampai ke penghujung. Bulan terakhir 2016.
Tahun ni juga, tahun peralihan bagi aku. Tahun penyesuaian bila dapat baby baru. Maklum, dah biasa dua anak. Bila masuk no.3, banyak benda nak kena sesuaikan.
Now that semua dah under control, its easy peasy. Life back to normal again. Cuma kena lebih gigih lagi bekerja. Anak memang membawa rezeki, tapi kalau nak harap rezeki bergolek tu memang takde lah. Kena usaha juga. Kalau ada pun maybe duit syiling bergolek kat kaki. Duit ribu raban tak boleh bergolek ye.. huhu.
Azam tahun depan, nak jadi mak yang superhebat untuk anak2:
Nak jadi pendengar yang setia
Nak buat lebih banyak xtvt indoor / outdoor sama2
Nak prepare bekal makanan (untuk Ariff & Amarr) hari2
Nak solat sama2 (esp kat umah)
Nak mengaji sama2 (once a month - coz kiddos mengaji kat sekolah. Selalu tu, secara tak formal, aku baca surah2 pendek setiap hari sambil drive kereta dan kiddos voluntarily ikut baca sama2)
Azam2 lain ada juga.. wishlist pun banyak. Yang tu xmo share lah. Kang ada yang kata riak pulak. Cukup la
#fulltimeworkingmom
#fullybreastfeedingmom
#momofthree
#ultramak
#runner
#hiker
#lifebalance
Weekend is..
..me time, your time, our time, runners time :)
Bila terlalu banyak race event, dan bila kau sanggup sacrifice salah satu event without hesitate and attend another just because..
What does it mean?
Only you knows better :)
Friday, November 25, 2016
Under weight :(
Tak mampu naikkan lagi. 40 kg pun payah nak cecah. Now dah 37.5 kg.
How ni? How?? Aku makan like all the time. Lagi nak race, lagi kerap makan. Healthy food + junk food + semua lah. Haish.
Thursday, November 24, 2016
Happy tummy
Selamat pagi
Lets do some core workout this morning! Work out that booty. Shape that curves. Have a body that better than photoshop model in that magazine.
Eat + Sleep + Run + Repeat
...err nak add Shop + Love + Repeat..
:)
Wednesday, November 23, 2016
My best evening
Love
Bila orang yang sayang kita willing do to anything and sacrifice everything he love without hesitating including his time and even his work for me. And mostly without u even asking for it.
U got my love. Indefinitely.
:)
Another 100km trail
And its in Gopeng!
Macam nak je..
Macam nak join je..
Macam best je..
Hihi..
Event ni dalam bulan March 2017. Tarikh belum finalised.
Ada 4 bulan untuk training for 100km. Seems like this one will be my first 100km la centu.
Ok lah. I'm up for it!
Tuesday, November 22, 2016
Run Little Heroes
Tenkiu cikgu semua!
Borak2 dengan Ariff lepas fetch dia dari sekolah petang semalam:
Ariff: Tahun depan, saya tukar kelas. Saya masuk kelas Dua XXX.
Me: Dua XX?? Alhamdullilah, Congratulations Ariff! Meh sini mommy nak kiss!
Ariff: Saya nak belajar rajin2. Cikgu cakap Darjah 1 senang. Darjah 2 susah sikit.
Wahh belum masuk Darjah 2 lagi dah bersemangat nak study. Bagus Ariff. Mommy bangga. Mommy akan bagi full support!
Sekolah Ariff ada lapan kelas untuk Darjah satu. Masa mula2 masuk dulu student letak ikut pencapaian dalam kelas. If student dapat kedudukan terbaik keseluruhan kelas, cikgu akan tukar masuk ke kelas yang lebih pandai.
Semalam sekolah Ariff ada jamuan kelas. Ariff bawa balik hadiah dari cikgu. Bila aku tanya kenapa dapat hadiah?
Dia cakap cikgu kasi. Tapi sikit je kawan2 yang dapat hadiah, katanya
Aku tengok tulisan kat hadiah tu, laa.. rupanya Ariff jafi wakil kelas untuk Spell It Right Programme. Patut lah bulan lepas dia beriya tanya aku macam mana nak eja few words dalam BI & BM.
Haish. Anak lelaki memang camni eh? Dia bukan kisah nak share mender2 camni.. tskk..
Apa pun, mommy happy sangat!
Amarr pun dapat hadiah dari Aunty Tini. Hadia sempena apa aku pun tak tau. Kena tanya cikgu dia nanti. Dia pun sama, bukan kisah nak share. Bila tanya, cakap cikgu kasi, je.. tsk.
Nak bagi reward lah untuk kiddos for their performance tahun ni. Bawak gi jenjalan tempat diaorang suka. Nak bawak pi mana eh?
Saturday, November 19, 2016
Morning run
Bila kiddos berlari
Friday, November 18, 2016
Weekend is coming!
Brainy Bunch Konvo 2016
Thursday, November 17, 2016
Dapat tabung
Buka buku account Yippie untuk anak dapat tabung teddy bear gimau ni. Comel sangat.
Dulu zaman Ariff & Amarr dapat tabung gimau juga.. tapi tabung keras macam tabung2 lain gak.
Yang ni tabung lembut. Macam stuffed toys. Boleh peluk2.. hihi