We didn't stay here. The hotel was fully book. Sampai new year.
This was the reason aku asyik tertangguh nak pi Legoland dalam bulan Disember ni. Try adjust tarikh, adjust cuyi semua pun tak jadi sebab hotel penuh :(
Normal rate hotel rasanya around 600++. Kalau time peak macam school holidays, dalam 1000++. Luckily I got corporate rate at 400++ only tapiii.. the not so lucky part is, its fully book.
Why, aku nak sangat stay kat hotel ni? Sebab..
1. Dekat dengan water park / theme park. Leh parking dalam hotel. Kalau outsider, kena parking jauhhhhh gila. Dalam 500 meter kot dari entrance. Panas lak tu. Laluan takde bumbung. Pluss.. parking rate rm10 (kena sediakan exactly rm10 masa nak bayar parking kat mesin tau. Kalau tak, ko kena patah balik jauhhhhh semata nak cari duit rm10 sekeping. Dan kalau nak park dalam Legoland hotel, bolehhh tapi parking fees rm50 :)
2. Dalam hotel ni penuh lego figure. Start dari entrance hotel, lobby, cafe, hallway, dalam bilik, dalam toilet, penuhhhhh lego. So, kalau anak2 tak cukup main kat park, balik hotel boleh main lagi sampai lebam.
3. Kat setiap bilik ada theme. Macam pirate team, kingdom, etc. Dan setiap bilik ada separate bilik parents & kiddos (bunk bed). Siap ada sign parents are not allowed masuk kiddos room.. huhu.
4. Kat dalam bilik ada satu treasure chest. Kiddos akan diberi satu kertas clue oleh hotel staff masa check-in, dan depa kena selesaikan beberapa soalan kat kertas tu. Once dapat selesaikan semua, depa akan dapat code untuk buka treasure chest. Kat dalam tu ada hadiah permainan Lego untuk kiddos bawa balik. Best kan?
5. Hotel guests boleh beli tiket kat hotel counter. Tak payah nak queue panjang gila. Dannn.. masuk park pun tayah beratur. Ada laluan khas. Tayah berasak.
InsyaAllah, next year, nak repeat lagi ke Legoland. Nak book hotel awal2.
Note: Tak sempat nak update gambar dalam lego theme park. Banyak sangat amik gambar semalam. Balik hotel kaki ketaq. Penat wehh. Kiddos pulak, energy level luar biasa betul. Bersemangat sepanjang masa. Nih aku tengah kumpul energy untuk hari ni coz kejap lagi nak kena repeat masuk Legoland lagi... Second round. Bertabah lah.. hihi
Entrance hotel
Lobby with full of legos kat dalam tu
Aleesya pun boleh main small parts ni. Dia dah kurang masukkan things dalam mulut. Tapi still kena monitor jugak lah.
No comments:
Post a Comment