Hakikatnya, orang fakir dan dan miskin takkan wujud kalau kita ambil tahu dan bantu saudara² terdekat yang memerlukan. Orang fakir miskin dan gelandangan pun pasti ada saudara mereka sendiri. Mungkin saudara² mara mereka pun tak berkemampuan, tapi mereka (dan kita) kena ingat, bersedekah takkan membuatkan kita jatuh miskin).
Bantulah adik beradik, saudara² terdekat dahulu. Bila yakin tiada saudara² terdekat yang mencatu beras untuk makanan seharian mereka, baru lah diluaskan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Ambil berat, tanya khabar. Kalau semua orang mulakan sedekah dari rumah, insyaAllah, takkan lagi ada orang yang homeless, peminta sedekah (unless, sindiket).
Sedekah menambah rezeki. Sungguh. Lepas transfer duit buat belanja ayah & adik² yang terkesan akibat covid-19 pagi Jumaat, 1 Ramadan aritu, tiba² dapat whatapps dari owner homestay di Melaka. Owner tu cakap dia nak pulangkan duit RM1,030.00 yang aku transfer dulu. Duit tu deposit homestay untuk hari Raya nanti.
Tahun ni, turn beraya di rumah ayah. Dari hujung tahun lepas aku dah booking dua buah homestay dekat kawasan perumahan rumah ayah. Maklum lah adik beradik 15 orang, campur ipar, anak² buah, memang tak muat rumah semi-D ayah. Jadi aku sewakan dua buah homestay sekaligus.
Aku memang lupa sungguh part duit homestay ni. Duk fikir keje, PKP, adik beradik yang job depa affected dengan covid-19 ni, etc.
Kira rezeki lah juga kan. Baru lepas bersedekah, Tuhan tambah pula rezeki yang aku pun dah terlupa. Alhamdulilah. Semoga murah rezeki owner homestay tu.
Raya tahun ni, dalam sejarah tak dapat balik kampung. Ziarah saudara mara, bersalaman, bunga api, lemang, dodol segala. Semua kena beraya dirumah sendiri. Duit raya pun kena bagi online je kat anak² buah. Dan macam hidup dizaman futuristik je. Semua buat hujung jari.
Salam 3 Ramadan. Nak order lampu lip lap online satgi. Nak kasi mood happy kat anak².
Ajar anak² cara buat sabun.
Suka depa mix fragrance dan warna untuk sabun masing²
Aleesya tuang sabun dalam mold sambil dibantu oleh daddy
Hasil sabun² mereka. Semia sabun bentuk cawan sebab mold pun guna cawan plastik
Wangiii dan dan banyak buih kata kiddos