Semalam first time aku sedikit stress sebab work from home. Rasa rimas bila boss asyik whatapps non stop event time tengah² malam. Dan rasa agak tak puas hati sebab ada certain colleague yang tak ada access email, boleh santai duduk rumah sahaja whilst yang ada email access tak cukup tangan bekerja sampai ke malam.
Yelah, sebelum covid, stress kat ofis habis kat ofis. Tapi bila work from home, aura stress buat keje ofis memenuhi ruang udara kat rumah pula 😭
Rasa nak marah semua orang dalam group ofis whataps semalam. Tapi Mamoru bagi tazkirah dan automatik aku jadi sabar focus pasa benda lain.
Duduk kat rumah ni seriously buat diri rasa asyik nak shop online. Lebih² lagi semua penjual termasuk lah penjual ikan dah venture into online seller. Haish. Pastu seller baju raya pula macam cendawan. Duk perang iklan kat FB & IG non stop. Cobaan sangat okay. Cobaan nak kawal nafsu makan mewah, cobaan nak beli baju baru. Kebetulan baju raya dab beli dari awal tahun aritu. So, memang tak tergoda sangat dengan iklan² baju raya ni. Kalau hari biasa, dah lama dah tambah koleksi baju raya. Tapi memandangkan kebarangkalian besar raya tahun ni terkurung dalam rumah, maka, tidak lah tergoda tengok baju² cantik ittew.
Kalau still rasa nak beli mende tak perlu dan merapu, better sedekah je duit pada adik², ibu ayah atau sedara² terdekat yang lebih memerlukan. Ada juga pahala.
Ok done membebel kat sini.
Meh cerita lain pula. Bawah ni gambar sabun yang aku buat. Dah lama sebenarnya start buat sabun, cuma tak share kat sini. Blog ni pun sebulan sekali berupdate 😋
Kalau nak tengok n latest natural home made bath and body care product yang aku buat, klik & add IG Women of Malaya atau klik kat link bawah ni. More product coming soon ❤️:
Nama IG ni sempena nama my late mom, Noor Malaya ❤️ My datuk bagi nama ni sebab Ibu lahir pada hari kemerdekaan - 31 Ogos 1957 ❤️
No comments:
Post a Comment