Saturday, April 11, 2020

Covid 19 curfew extended again

Hari ke 25 perintah kawalan pergerakan. Semalam Perdana Menteri dah announced fasa ke-3 PKP. Semua kena sambung duduk rumah aampai 28 April ni.

Dan kemungkinan besar akan ada lagi fasa seterusnya sebab fasa ke-3 ni termasuk awal bulan Ramadhan. Kalau PKP berakhir selepas fasa ke-3, tentu ramai yang menderu balik  ke kampung sebab dah masuk bulan puasa & raya. Govement pasti tak benarkan semua orang berkumpul mendadak. Takut jadi macam kat China, virus merebak sebab semua pakat balik kampung sambut CNY.

Bila dapat tahu cuti sambung lagi 2 minggu, rasa bersyukur sangat. Sebab selalu memang susah nak apply cuti even cuti tahunan berlambak². Asyik carry forward je tetiap tahun. Itu tak termasuk yang forfeited sebab lambat sangat ambil cuti.

Tapi bila fikirkan saudara² terdekat yang mengharap PKP berakhir sebab income terganggu, rasa happy tu tenggelam. Walau berat hati, aku turut berdoa supaya cepat² dapat cipta antivirus. Moga² keadaan pulih semula secepat mungkin.

Kiddos pula memang hepi sangat bila dapat tahu sekolah sambung cuti lagi. Nasib baik lah kiddos bukan jenis suka berjalan. Dah lebih 25 hari huduk berkurung pun tak pernah sekali pun minta keluar rumah. Asyik menghadap PS4 je. Aleesya je kadang² request nak mandi swimming pool. Haish, memang tak dapat lah.

Nasib baik cikgu² rajin buat online tutorial, zoom discussion, skype segala bagai. Seronok kiddos dapat belajar online camtu. Lagi praktikal. Tak perlu habis masa pi hantar gi pusat tuisyen or pergi sekolah. Agaknya, beberapa tahun akan datang, semua orang belajar dari rumah je. Time exam je pegi exam hall.. hihi.

Sekarang dah ada bazar Ramadham online kat area rumah ni. Alhamdulilah. Sebut je nak makan apa, semua ada. Nak beli barang basah pun berderet supplier. Tunggu depan pintu je. Paling buat aku rasa happy sangat bila ada supplier buah² tempatan. Kiddos suka makan buah. Dekat 20 hari depa duk minta nak makan mangga. Kat supermarket semu memang tak wujud dah mangga. Bila masuk group bazar ni, jumpa pulak supplier mangga. Terus beli banyak² buat stok. Mangga susu. Cantik² buah dia. Kuning² semuanya. Alhamdullilah.

Puasa dah dekat, persediaan  semua biasa² je. Tak rasa nak sambut meriah². Kuih raya pun mungkin tak buat. Bukan boleh ajak orang datang beraya pun. Kalau buat pun, mungkin sekadar nak penuhkan masa atau nak amik mood raya je.

Oklah, nak aambung buat sabun. Till later, stay safe.

Throwback gambar Aleesya sebelum PKP aritu. 4 years 4 months.





No comments: