Friday, April 24, 2020

Ramadan Kareem


Selamat menyambut bulan Ramadan
Selamat berpuasa
1 Ramadan 1441H tahun ni jatuh pada penghulu segala hari. Tapi sayang, sebab masuk hari ni dah 6 minggu tak ada solat Jumaat di masjid.

Semalam baru dapat tahu PKP akan masuk masuk fasa ke-4 dan dilanjutkan sehingga 12 May. Buat yang sedang diduga dengat hebat akibat PKP ni, banyakkan bersabar ya. Aku sendiri pun sibuk menolong adik beradik, saudara terdekat yang memerlukan bantuan. Ada rezeki lebih, kita kongsi sama². Lebih² lagi dibulan mulia ni. 

Bulan puasa ni, alhamdullilah, anak² dah besar, tak banyak karenah. Senang banyak. Cuma tadi Ariff tiba² minta potongkan buah mangga. Dia lupa yang dia tu puasa 😊.

Aleesya pun senang nak jaga. Tak minta nasi pun. Just makan buah² je sepanjang hari. Tak perlu nak masak awal pagi. Tunggu  lepas Asar nanti baru start masuk dapur. Work from home pun, bukan tiket untuk masuk dapur awal². Ni dari pagi sampai petang menghadap laptop. Apa nak buat. Tak boleh mengeluh. Ramai orang kat luar yang hilang keje. Awak yang masih ada kerja ni, bersyukurlah banyak².

Cuma sedih, time² awal puasa ni, bendera jepun naik. Frust tak dapat nak kejar pahala Ramadan. Tak apa lah, malam ni kita spend dengan buat sabun.

I just received my Laurel berry berry oil yesterday. Freshly made in Turki. Cant wait to make Aleppo soap from it! Ever heard about Aleppo soap? Will update about it in IG @womenofmalaya soon!

And ooh, I also received breastmilk stock from one of my customer. She wanted me to make customize breastmilk soap for her and her babies. Cant wait to do it tonight ❤️


Tenkiu runner Melaka coz hantarkan kek dari Secret Recipe ke rumah ayah. Suka betul ayah makan kek chocholate brulee (my fav too).

Selamat menyambut bulan puasa ayahanda dan dan bonda. Ampun dan maaf tahun ni tak dapat puasa sama². Semoga ayahanda dan bonda sentiasa hepi dan selamat dibawah lindungan Allah swt.

Senyumm panjang runner bila minta tolong tuliskan atas kek macam ni. Tak kenal pun runner tu, jumpa nama dalam FB Melaka. Semoga dia murah rezeki.

Video ayah 

1 comment:

SILAHHASSY said...

salam ramadhan. moga virus ini akan hilang selamanya tak lama lagi~