Thursday, September 30, 2021

Renovation update: wardrobe master bedroom

Tadaa.. dah hampir siap wardrobe bench ni. Sama sebiji dengan design yang aku nak. Cuma warna tak sama sebab kalau aku pilih warna kayu juga, bilik ni akan nampak sempit dan gelap. 

Pintu dengan hidden handle. Kena tekan sikit baru terbuka. Suka 😊

Tinggal nak cat bilik, pasang blind, letak katil, bantal² kecil & karpet 🥰

Dinding sebelah kanan ni kalau takda aral, nak panggil orang buat lukisan gambar daun² warna gold. Yang ni tentatif. Tunggu semua renovation siap. Dinding sebelah kiri pula nak pasang tv

No gambar google. Amik ilham dari design wardrobe ni

Lampu dalam bilik ni kena tukar. Agak suram. Aritu dah beli lampu siling yang boleh tukar² warna bright white, warm dan yellow - siap ada function untuk 'dim' kan cahaya lampu untuk buat mood romantik. Tak sabar nak pasang 🥰

 

Wednesday, September 29, 2021

Renovation update: Master bedroom lagi

Hari ni tutup laptop on time. Pastu cepat² keluar rumah pergi rumah baru. Excited nak tengok wardrobe. Tapi tak siap lagi.. tsk. Maybe esok kut baru siap sepenuhnya.

Suka tengok cermin besarrr kat sliding door wardrobe. Serius besar. Lebih besar dari pintu bilik. 


Compartment & drawers dah siap. Pintu ja yang tak ada. 


Tilam bench tataw pegi mana 😅

Kak z tanya katil warna apa. Cakap kat kak z, bedframe katil pun nanti warna putih. Set cadar pun nak putih. Blind tingkap pun putih
🥰🥰🥰🥰

Cuma katil nanti tak boleh beli saiz king. Sebab bilik kecik. Kalau nak selesa dan ada ruang untuk solat, kena pakai saiz queen ja. Takpa lah queen pun ok je.

Tak sabar tunggu esok pula.

 

Tuesday, September 28, 2021

Renovation update : Master bedroom

Cuti hari ni. Ada monthly dental appointment untuk ketatkan braces. Dah masuk bulan ketiga rupanya pakai braces. Lama tak update tentang braces. Later lah.

Nak cerita tentang rumah.

Lepas appointment dengan dentist, ada appointment dengan kak z dekat site. Ramai betul pekerja dekat site tadi. Lebih 10 orang juga lah sebab staff yang buat wardrobe datang hantar dan pasang wardrobe.

Walaupun wardrobe tak siap pasang lagi, tetap rasa happy dan excited tengok rangka wardrobe ni. Akhirnya design wardrobe dan bench yang diimpikan menjadi kenyataan. 

Alhamdullilah. Alhamdullilah Alhamdullilah.

Dah terbayang² duduk atas bangku wardrobe ni sambil mengaji atau baca buku favourite. Happy! Bahagian atas bench ni akan ada ruang bertutup untuk letak semua buku² nanti. My mini library.

Tema bilik ni warna putih-seputihnya. Kak z kata sesuai la sangat warna putih dengan aku sebab dua² soft. Aww... 🥰

Untuk permulaan biar semuanya warna putih, akan datang nak match-kan dengan warna apa² pun senang, kan kan kan?


Mamoru dah rasmikan my favourite port in this room. View serabut sebab drawer & compartment berterabur. Tak berani nak alihkan semata untuk ambil gambar - sebab berat² belaka.

Close up. Kak z dah buat tilam khas untuk bench ni. Tebal. Selesa nak baca buku berjam² kat sini 😊

View tasik kat luar tingkap. Perfect!

Another wardrobe berdepan dengan bench tadi. Lebih luas dan besar. Tak sabar nak tunggu semuanya siap!

Dua jam juga lah spent masa discuss dengan kak z, vendor mirror wall, vendor bathroom, vendor wardrobe. Puas hati sebab dapat settlekan semua minor² defect.

Syukur Alhamdullilah. Semoga dipermudahkan urusan renovation ni sampai siap nanti. Aamiinn.


 

Monday, September 27, 2021

Kiddos

 

Really enjoy every moment I spent with them while working from home since last year. Syukur alhamdulillah atas nikmat masa yang Allah swt bagi untuk sentiasa dekat dengan anak².

I wish, when MCO is over, the company would allow me working from anywhere I want (from home especially) sampai lah kiddos masuk universiti. Lepas tu kalau kena masuk ofis pun aku rela sebab anak² dah besar dan tak duduk serumah dengan aku lagi. 

Aamiinn.

Kalau tengok dia tersenyum sambil PDPR tu tahu lah tengah online subjek English. Cikgu BI dia memang happening dan suka buat online quizzies. Amarr always Top 1 dalam kelas masa jawab soalan quizzies. Cuba subjek lain, muka ketat je 😁😁
#secondborn #11yearsold



Setiap kali mami nak start online meeting, setiap kali itu juga lah Ariff akan cakap, "Semoga berjaya, mami". Mula²  work-from-home dulu mami rasa kelakar. Tapi lately, mami sedar yang ucapan tu buat mami bersemangat nak berkerja dan berdepan dengan bosses dalam online meeting. Terima kasih, Ariff 🥰
#firstborn #12yearsold



Terdengar dia berborak dengan google assistant (women robot voice). 

Aleesya: Hello, my name is Aleesya. 

Google: Would you like me to call you Aleesya?

Aleesya: Yes

Google: I will call you Aleesya then.

Aleesya: Have you eat?

Google: I love reading a lot of recipe but I never eat

Aleesya: How old are you?

Google: Im barely few years old

Aleesya: Are you married? (Maybe dia curious sebab suara wanita dewasa yang jawab semua soalan dia)

Google: No, maybe the right electronic device will come one day.

Aleesya: Do you have kids?

Google: im not ready to be a parent


😲😲😲

What a conversation. Selalu dengan mami dia tanya soalan tentang mami dating dengan dedi etc. Kadang mami jawab, kadang mami ubah topik. Now dia dah ada mangsa baru. Harap google assistant ni pandai elak soalan tak sepatutnya. Dan harap dia tak tanya soalan² ni kat sebarang auntie² kat luar sana. Sensitip 😅😅

#myyoungest #sixyearsold

Sunday, September 26, 2021

Running and me

Start aktif berlari dari tahun 2011 sampai sekarang (sebelum tu aktif naik gunung dari tahun 2006) 

Mula² dulu kena paksa lari dengan Mamoru. Dia la tukang registerkan nama dalam event marathon. 

Setahun lepas tu, jadi minat siap buat trail-run, ultramarathon, etc dan tak boleh berhenti lari sampai sekarang. 

Orang selalu tanya kenapa badan tak pernah berubah dari zaman sekolah walau anak dah 3 dan usia dah masuk 42 tahun. Sebab ni lah. Jom lari!





 

Renovation update - kesilapan pemasangan

Sepatutnya spc flooring ni dipasang secara memanjang dari main entrance. Tapi vendor pasang secara melintang. Dah siap pasang satu rumah pula tu. Vendor admitted salah mereka and willing to amend, if I want them to. Persoalannya, patut atau tak kami suruh vendor buka dan pasang semula flooring ni? Cantik ke melintang macam ni? Or suruh vendor  tukar secara memanjang macam yang kami nak dari awal? Pening.




Professional kata, kalau nak dapat effect kayu (real), kena pasang flooring ni memanjang menghala ke arah cahaya masuk (tingkap/pintu). Kalau melintang, sekali pandang dia akan nampak macam floor biasa. Kitaorg decide biarkan je melintang camni takut kalau buka semula akan ada create lebih banyak kerosakkan dan time consuming.

Bilik air kiddos. Last touch tinggal nak pasang wall glass antara shower area & toilet are. Really really hope they did this right.

Trying to redha with with floor. Ikutkan nothing wrong with it but in the eye of perfectionist (macam aku, hihi perasan) there will always somethings not right 😅


Paip utama air dalam master bathroom stuck tak boleh bergerak bawah sinki. Already asked them to re-do.




Tiles area memasak kat dapur yang bepermukaan kasar. They already pecahkan semula dan redo.



 

Wednesday, September 22, 2021

Renovation update - Diamond mirror wall with distorted image

Habis kerja tadi terus ajak Mamoru pergi cek kerja ubahsuai rumah baru. Kena cek hari-hari kalau tak nak ada insiden yang tak diingini macam sebelum-sebelum ni.

Hari ni staff kak Z dah start pasang diamond mirror wall. A bit upset sebab:
1. Supposedly, setiap inci wall tu penuh dengan cermin dan bukan ada ruang  frame dibahagian tepi² dinding macam dalam gambar bawah ni.
2. Saiz diamond mirror ni terlalu kecil. Tsk. Was hoping for a bigger diamond size. For me, makin kecil saiz, makin complicated nak pasang.
3. Dan yang tak best, ada bahagian-bahagian mirror hasilkan imej yang cacat /distorted. e.g., bila berdiri depan cermin, kepala aku hilang/kaki senget. Dah macam cermin dalam haunted house pula. Uwaa..

Boleh nampak jelas imej dalam cermin yang distorted kalau besarkan gambar ni

Ni bilik air kiddos. Cermin dalam bilik air ni dipasang terlalu tinggi sampai paras² hidung kiddos je nampak. Aleesya confirmlah tak nampak apa. Kena panjat kerusi baru nampak muka dia. Apoo la.
Toilet bowl, aku requested jenis lurus. Tapi kat bahagian belakang tu ada curve sikit pula. Yang ni aku tutup mata je lah sebab dah siap pasang kan. Kalau belum pasang, berkemungkinan besar aku akan minta kak Z tukar untuk kali kedua. Aku tak suka toilet bowl yang curve bahagia luar coz nak cuci nanti ambil banyak masa. Cerewet kan aku ni 😅

Cermin dalam master bathroom pun sama. Muka aku ngam² nampak paras leher ke atas. Nak tengok cermin kena jengkit kaki. Rasanya staff yang pasang cermin tu tak lah tinggi mana. Dunno lah what hes thinking. Dia ingat aku tinggi persis model agaknya.

Other things, just minor defect macam: tiles dinding pecah, warna paip dalam bilik air tak sama. Ada part hitam gold, ada part warna chrome. Dah suruh kak Z seragamkan warna paip air. Kalau chrome, biar semua chrome. Tak cantik campur² warna.

Main thing, hopefully esok kak Z suruh staff dia buka semula semua diamond mirror kat wall tu dan rearrange semula seperti yang aku nak - Fully mirror.

Haish. Ni baru part mirror. Belum masuk part flooring dan wardrobe lagi. Semoga tak ada kesilapan / defect untuk proses renovation seterusnya. My heart couldnt bear any unpleaseant suprises 🙏🙏

 

Tuesday, September 21, 2021

Renovation update - still a lot more to do

Malam tadi pergi site visit lagi. 

Tak ada perubahan yang major. Features wall still halfway sebab batu tak cukup. Tunggu supplier restock. Staff kak z dah selesai buat first layer cat seluruh rumah termasuk siling dan balcony. Aku pilih warna Twilight dari Jotun - memang serba putih warna rumah ni. Rumah kecil ja, 1100sqf. Bila cat warna putih, nampak luas sikit.

Bahagian dry & wet kitchen pun masih belum siap sebab carpenter buat cabinet di kilang dan hanya akan buat pemasangan di site bila dah siap. Sama juga dengan wardrobe. Semua buat siap-siap dikilang. Tinggal nak angkat dan pasang di site. Warna wardrobe pun aku pilih warna putih glossy with hidden handle (tak suka wardrobe/cabinet yang ada tombol/pemegang). Warna putih nampak luas dan bersih. Lagipun senang nak match kan dengan warna lain kemudian hari nanti.

Bilik air ja tak pilih warna putih. Takut penat nak menyental tiles kalau warna putih nanti 😅

Kak Z ada bagitahu tempoh hari, nak start buat flooring. Aku pilih warna natural seakan kayu untuk lantai seluruh rumah. Tapi malam tadi kami tengok masih belum start kerja-kerja buat flooring. Maybe sebab kerja-kerja berat yang lain masih belum siap kut. Lagipun, satu lagi feature wall - diamond mirror wall pun belum start pasang lagi.

Semalam tambah lagi extra kos sebab aku suruh staff kak Z buka dan buang pintu grill sliding door. No point ada pintu grill kat situ sebab aku nak pasang invisible grill kat balcony. For safety/emergency reason, tak elok ada dua grill. So, buang je lah pintu sliding grill tu. Lagipun, bak kata bakal jiran bawah rumah kami, siapa je lah nak memanjat balcony rumah tingkat 15 ni (level paling tinggi kat sini tingkat 17).

Rumah area sini low density. Setiap satu level hanya ada 10 buah rumah sahaja. No wonder lah hari pertama kami masuk kawasan rumah baru ni, semua guard dah cam dan siap tahu nombor unit rumah kami, padahal, kami belum pun officially berpindah ke sini. 



 

Monday, September 20, 2021

Semoga berjaya, mami!

Setiap kali mami nak start online meeting, setiap kali itu juga lah Ariff akan cakap, "Semoga berjaya, mami". Mula²  work-from-home dulu mami rasa kelakar.  Sebab mami bukannya nak attend interview online. 

Tapi lately, mami sedar yang ucapan tu buat mami bersemangat nak berkerja dan berdepan dengan bosses dalam online meeting. Terima kasih, Ariff 🥰

#firstborn #12yearsold



 

Moving-out-sale : Soon!

Kak Z bagitahu, mungkin proses ubahsuai rumah akan siap lebih awal dari jangkaan. Mungkin pertengahan bulan depan dah siap dan ready untuk pindah masuk. 

Cuma masalahnya kat sini, aku tak bersedia nak pindah masuk rumah baru lagi. Tak bersedia sebab tak start packing barang pun dan tak maklumkan lagi pada tuan rumah sekarang yang kami nak pindah 😅

Mood packing pub tak sampai lagi. Bayangkanlah, barang² yang ada dalam rumah ni sejak 13 tahun dulu - now nak packing dalam masa 3 minggu! Kena apply cuti nampaknya untuk focus pada pindah rumah sebab work from home bukannya lesen untuk spend masa packing barang. Nanti kerja tak berkat. Gaji lagi lah kan.

Kak Z pesan, pindah nanti tak boleh bawa barang banyak². Sebab rumah baru dah fully  furnished. Tinggal cuci kaki je nak masuk. Barang yang kami akan bawa dari rumah sewa mostly kain baju dan pinggan mangkuk (selain gadget electronik).

InsyaAllah, start hujung bulan ni aku akan buat moving-out-sale. Ada banyak barang nak kena jual atau bagi pada saudara-mara yang perlukan. 


 

Saturday, September 18, 2021

Alumni

Alumni UUM.

Not an active member pun. Never involves in any event whatsoever except for their academic surveys online.

Tergerak masuk sini untuk cari sorang kawan. Been a while searching for her (online) Seems like she never leave any trace. No Social media account, no email, no blog, linkedin or anything. Almost make me believe like she never existed at all 😅. I did wrote few entries and posted photos of her in my early entries with blogspot. Couldnt find it now. Guessed she deleted it (she used to have my password back then). 

Was super excited when I found her profile in the Alumni list (tho she never login or update anything in the system). But that is good enough. Proof that she is not a ghost and my memories of her is real 😅

I wish to meet her again. Just once. 

This is her

This is me. We are the same age. She was my senior but I graduated a year earlier than her. Coz I always carried the maximum credit hours every semesters. 

Back then, I hated university life. Coz everythings needs money and I dont have any.  I depended on PTPTN to survive. University is just a stepping stone for me to leap higher into the labour market. And I always cant wait to finish my study - to have a perfect job - a better life. Itu je yang ada dalam kepala seorang aku pada umur 20 tahun.


 

Friday, September 17, 2021

Renovation update : wall features

Site visit rumah baru semalam. Bawa adik no.3 & SIL Sue. Mereka saja nak ikut. Nak ambil idea katanya. Mana tahu nanti² dapat ilham nak renovate rumah mereka pula. 

Adik no.3 pun ada beli rumah di kawasan ni juga. Jarak rumah mereka dengan kami, tak sampai 500 meter. Kami beli rumah hampir serentak. Tapi adik no.3 lebih beruntung sebab proses beli rumah dengan owner terdahulu tak berdepan dengan masalah macam kami 😅

Features wall yang aku idamkan: stone ledge wall cladding. Batu ni buat rumah sejuk dan nampak cantik. Kalau ikut plan asal aku nak guna natural stone warna putih. Tapi kat Malaysia susah nak cari supplier untuk pure natural stone quartz warna putih. Yang ada kami jumpa pun, design, saiz, warna dan corak tak cantik pula. 

Other option, guna veneer stone macam dalam gambar ni. Cantik juga veneer stone ni sebenarnya. Cuma tak begitu menepati citarasa aku. Salah sendiri sebab dah tebagi kod batu yang salah kat vendor dan vendor pun dah purchased. Pasrah je lah 😅 Luckily Mamoru, adik no.3 & SIL Sue cakap cantik. 

Bawah ni gambar dry kitchen, wet kitchen & bilik air

Terkejut tengok semua pintu cabinet kitchen dah togel. Rasanya aritu Mamoru just suruh staff kak Z baiki² sikit² mana yang longgar atau handle yang tercabut. Lagipun kitchen cabinet ni masih kukuh dan cantik. Tak sangka dia pergi buka dan betulkan semua pintu. OMG. Harap semua ni dah termasuk dalam quotation. Jangan ada additional kos sudah. Pengsan aku nanti.



Lantai  dua² bilik air yang bewarna putih kat bahagian shower tu agak merimaskan pandangan mata. Sepatutnya bahagian tu ada frame. Tanpa frame, nampak agak pelik. Kak Z promised nak buka semula bahagian tiles bewarna putih dan buat satu warna sahaja untuk lantai tiles bilik mandi. 

Berlatarkelakangkan feature wall - my favourite wall dalam keseluruhan renovation ni. Wall ni dan wardrobe dalam master bedroom adalah syarat utama aku pilih interior designer. Kebanyakkan ID yang datang jumpa kami, aku reject sebab tak boleh provide feature wall yang aku nak dan tak boleh ikut design wardrobe yang aku impikan. Total ID yang kami jumpa ada 7 (face to face jumpa 5 IDs & online meeting secara zoom & whatapps ada 2 IDs - sebab PKP). Overall Luqkissa Furnishing under Kak Z is the best. Sebab dia dengar dan usahakan apa yang client nak. Bukan macam ID lain yang memaksa client ikut apa yang mereka design.


 

Monday, September 13, 2021

Tips nak renovate rumah

Im broke 😅😅

Next time kalau nak renovate rumah (kalau ada rezeki lagi), kena make sure semua detail waima sebiji suiz pun kena tanya dan make sure ada termasuk dalam quotation. Rekod semua persetujuan baik lisan atau tulisan. Kalau tak macam ni lah jadinya.. last minit itu ini tak termasuk. Dan sedikit demi sedikit kena keluar kos tambahan. 

Setakat ni, kos tambahan dah hampir 8k terlebih dari kos asal 😭. Ikutkan itu bajet extra yang aku reserve untuk kos nak pindah rumah nanti.. tapi terpaksa guna untuk untuk top up kos² tambahan ni lah 😭😭

Lesson learnt.

Kak z cakap 20hb ni insyaAllah start buat flooring. Last sekali baru buat wardrobe dalam master bedroom. 

Oh, dah settle salah faham bab ukuran wardrobe. Sabtu lepas dah discuss dengan kak z & abang carpenter. Mereka setuju ikut design yang aku nak. Itu pun maybe sebab Mamoru bertegas suruh ikut design asal. Aku siap suruh abang carpenter tambah additional feature kat wardrobe tu - "pull out" table untuk letak laptop / meja menulis. So, jimat ruang.

Oh yess satu lagi tips nak ambil interior design adalah, make sure diorang pandai jimat ruang dengan features² hiddin table/drawers etc. Sebab rumah kat KL ni sempit. Kalau ID pandai buat cabinet/wardrobe /table yang jimat space / wall mounted /hidden, sure lebih menarik.  




 

Friday, September 10, 2021

Rutin site visit rumah baru

Malam tadi pergi site visit rumah baru. Dah macam rutin bila setiap petang, lepas habis kerja pergi melawat rumah. 

Seronok tengok perkembangan rumah. Proses demi proses untuk jadikan rumah yang biasa-biasa nampak cantik dan luas. 

Rumah ni 100% semua idea aku sendiri. Mamoru memang tak campur. Dia serahkan bulat-bulat pada aku untuk design macam mana yang aku nak. Kecuali saiz tv diruang tamu je dia nak decide. Aku tak kisah pun bab saiz tv ni. Bukan selalu tengok tv 😅

Suka tengok perubahan bilik air yang dah diberi "baju" baru. Nampak cantik. Aku request pasang shower heads kat ceiling 😊. Tak sabar nak tengok outcome.

Harap sangat semua uruskan renovation rumah ni dipermudahkan Allah swt dan dapat siap pada masa yang ditetapkan. Aamiinn. 

Bilik air kiddos. Baru pasang tiles dnding. Corak tiles ni sama dengan bilik air dalam master bedroom cuma yang ni light grey

Dark grey untuk master bedroom. Amarr cakap nampak macam bilik air hotel. Suka mami 🥰

 

Thursday, September 09, 2021

Problem dengan vendor renovation

Hari ini sahaja vendor renovation rumah sudah dua kali maklumkan tak dapat ikut plan 3D yang diberikan pada awal-awal persetujuan dulu. 

Pertama tentang pemasangan hood, hob dan oven. Malas nak eloborate. Bila bagi lakaran dapur, vendor cakap tak muat nak buat pintu kabinet untuk masukkan gas. Bila aku bagi option tukar design pintu cabinet untuk bukaan pintu yang lebih luas (bukan setakat masukkan gas, nak masukkan orang pun boleh), tapi vendor tak nak terima. 

Kedua bahagian master bedroom. Sebelum PKP bulan April dulu, vendor sendiri yang datang ambil ukuran bilik dan setuju dengan design wardrobe yang aku nak. Vendor sendiri finalise layout 3D untuk wardrobe tu. Sekarang, bila bayaran deposit 60%  dah dibuat dan kerja-kerja dah 10% berjalan, vendor cakap tak boleh buat design wardrobe yang aku nak tu sebab nanti tingkap tak balance dan design tu tak sesuai untuk saiz tingkap bilik. 

Kat sini aku memang sangat-sangat frust. Kesal sebab dari awal tempoh hari vendor cakap semua okay, siap bagi guarantee yang apa yang ada pada final 3D layout itu lah kami akan dapat sebiji-sebiji. Sekarang, kerja baru 10% siap, tapi satu demi satu design tak boleh buat. 

Vendor ada ajak meeting tengahari tadi untuk bincang tentang semua disagreement. Tapi weekday aku fully occupied dengan kerja dan meeting. Tak sempat nak jenguk site rumah baru walaupun tak sampai 2 minit berjalan kaki ke sana. 

Sabtu ni, InsyaAllah boleh jumpa vendor dan bincang semula. Harap vendor boleh ikut plan asal. Kalau tak, semoga Allah swt kurniakan segunung kesabaran untuk aku berdepan dengan vendor nanti. Aamiinn.


 
Need a good run tomorrow morning. Help me thinks better.

 

Monday, September 06, 2021

Renovation update

Pening kepala hari ni.

Vendor mengadu management terlalu strict sampai melambatkan kerja renovation. Management pula mengadu vendor buat kerja bersepah dan tak pasang kanvas tutup seluruh dinding lift. 

Kami yang sedang struggle bekerja dari rumah ini pula nak kena tolong selesaikan masalah mereka.

Itu belum masuk part vendor tersalah pasang wall wainscotting. Tersalah pilih design toilet bowl. Vendor charge additional cost untuk additional work, etc.

Dan worst, aku pun dah tersalah pilih jenis batu untuk wall cladding. Oh No!! Tapi nak buat macam mana, yang ini memang salah aku sebab confident bagi kod jenis batu kat vendor tanpa pergi tengok bentuk/tekstur batu tu sendiri. Kalau salah vendor, boleh lah suruh ditukar. Bila dah sendiri yang salah, mampu terima seadanya lah kan.

Tak terfikir bab renovation ni akan tambah kerja kami. Double penat. Double kos. Banyak barang-barang nak kena beli macam lampu, suiz, kepala paip. Nak suruh vendor buat semua, boleh ja. Tapi bertambah-tambah lah pula kos nya 😭.. Tsk. 



Bilik tidur utama. Serabut macam kepala aku juga 😅. Ni kami pegi spotcheck pukul 6.30 petang bila semua staff vendor dah balik. Nak cek takut² ada suprise yang tak diingini. Dan betul pun. Toilet bowl yang vendor bawa berbeza dengan design yang kami pilih. Kalau tak pergi cek, kan naya bila dah pasang nanti. 

Ruang tamu. Frame wainscotting lari sikit dari 3D design yang vendor confirmkan dulu. Urut dada sekejap.Dah inform suruh tukar. Tapi Mamoru cakap tak perlu buka semula wall tu sebab tak mencacatkan dinding pun. 

Lantai belum buat lagi. Takut calar agaknya kalau pasang awal².

View dari main entrance

Oven yang besar gedabak kat atas lantai. Iye, salahkan diri sendiri sebab beli besar bebenar. Mana nak sumbat pun tak tahu. Tunggu vendor ukur ruang atas table top tu. Tengok muat ke tidak.

Washing machine menggantikan mesin basuh lama yang dah nyawa-nyawa ikan sekarang ni. 

Hood ni pun satu masalah. Vendor tak boleh pasang kat bahagian tingkap macam yang kami nak. Takut tak kukuh katanya. Kena pasang kat solid wall. Uwaa.. ini semua menambahkan kos.

Fridge baru menggantikan fridge lama yang dah kojol dua bulan lepas. Saat-saat macam ni pula fridge lama tu pilih untuk mematikan diri. Mujur ada staff diskaun 50% untuk beli semua peralatan elektrik ni. Memang jimat banyak lepas diskaun. 

Dua² bilik air dah togel macam ni. Sekali tengok, seram pula rasanya.