Hari ini sahaja vendor renovation rumah sudah dua kali maklumkan tak dapat ikut plan 3D yang diberikan pada awal-awal persetujuan dulu.
Pertama tentang pemasangan hood, hob dan oven. Malas nak eloborate. Bila bagi lakaran dapur, vendor cakap tak muat nak buat pintu kabinet untuk masukkan gas. Bila aku bagi option tukar design pintu cabinet untuk bukaan pintu yang lebih luas (bukan setakat masukkan gas, nak masukkan orang pun boleh), tapi vendor tak nak terima.
Kedua bahagian master bedroom. Sebelum PKP bulan April dulu, vendor sendiri yang datang ambil ukuran bilik dan setuju dengan design wardrobe yang aku nak. Vendor sendiri finalise layout 3D untuk wardrobe tu. Sekarang, bila bayaran deposit 60% dah dibuat dan kerja-kerja dah 10% berjalan, vendor cakap tak boleh buat design wardrobe yang aku nak tu sebab nanti tingkap tak balance dan design tu tak sesuai untuk saiz tingkap bilik.
Kat sini aku memang sangat-sangat frust. Kesal sebab dari awal tempoh hari vendor cakap semua okay, siap bagi guarantee yang apa yang ada pada final 3D layout itu lah kami akan dapat sebiji-sebiji. Sekarang, kerja baru 10% siap, tapi satu demi satu design tak boleh buat.
Vendor ada ajak meeting tengahari tadi untuk bincang tentang semua disagreement. Tapi weekday aku fully occupied dengan kerja dan meeting. Tak sempat nak jenguk site rumah baru walaupun tak sampai 2 minit berjalan kaki ke sana.
Sabtu ni, InsyaAllah boleh jumpa vendor dan bincang semula. Harap vendor boleh ikut plan asal. Kalau tak, semoga Allah swt kurniakan segunung kesabaran untuk aku berdepan dengan vendor nanti. Aamiinn.
Need a good run tomorrow morning. Help me thinks better.
No comments:
Post a Comment