Site visit rumah baru semalam. Bawa adik no.3 & SIL Sue. Mereka saja nak ikut. Nak ambil idea katanya. Mana tahu nanti² dapat ilham nak renovate rumah mereka pula.
Adik no.3 pun ada beli rumah di kawasan ni juga. Jarak rumah mereka dengan kami, tak sampai 500 meter. Kami beli rumah hampir serentak. Tapi adik no.3 lebih beruntung sebab proses beli rumah dengan owner terdahulu tak berdepan dengan masalah macam kami 😅
Features wall yang aku idamkan: stone ledge wall cladding. Batu ni buat rumah sejuk dan nampak cantik. Kalau ikut plan asal aku nak guna natural stone warna putih. Tapi kat Malaysia susah nak cari supplier untuk pure natural stone quartz warna putih. Yang ada kami jumpa pun, design, saiz, warna dan corak tak cantik pula.
Other option, guna veneer stone macam dalam gambar ni. Cantik juga veneer stone ni sebenarnya. Cuma tak begitu menepati citarasa aku. Salah sendiri sebab dah tebagi kod batu yang salah kat vendor dan vendor pun dah purchased. Pasrah je lah 😅 Luckily Mamoru, adik no.3 & SIL Sue cakap cantik.
Bawah ni gambar dry kitchen, wet kitchen & bilik air
Terkejut tengok semua pintu cabinet kitchen dah togel. Rasanya aritu Mamoru just suruh staff kak Z baiki² sikit² mana yang longgar atau handle yang tercabut. Lagipun kitchen cabinet ni masih kukuh dan cantik. Tak sangka dia pergi buka dan betulkan semua pintu. OMG. Harap semua ni dah termasuk dalam quotation. Jangan ada additional kos sudah. Pengsan aku nanti.
Lantai dua² bilik air yang bewarna putih kat bahagian shower tu agak merimaskan pandangan mata. Sepatutnya bahagian tu ada frame. Tanpa frame, nampak agak pelik. Kak Z promised nak buka semula bahagian tiles bewarna putih dan buat satu warna sahaja untuk lantai tiles bilik mandi.
No comments:
Post a Comment