Saturday, December 31, 2022
How we spent the last day of 2022
Friday, December 30, 2022
Gementar
Thursday, December 29, 2022
Babysitter
Weekend di Melaka
Thursday, December 22, 2022
Boleh tidur sepuasnya
Wednesday, December 21, 2022
Genap sebulan training
Yeay, dah genap sebulan training berlari semula. Dua minggu pertama just easy run. Masuk minggu ketiga dan keempat dah incorporate speed work once or twice a week.
90% run mostly atas treadmill sebab time constrain. Even speedwork or interval pun guna treadmill. Cuma long run on weekend ja baru lari luar rumah.
Best run atas treadmill ni sebab aku dapat berlari sambil tengok cermin - boleh betulkan running form, boleh monitor cadence, heart rate, boleh kurangkan impact pada lutut, boleh kontrol pace dan paling best save time.
I think my running form have improved so much. Best bila dapat praktikkan all this masa long run once a week on road. Feels great too.
InsyaAllah, 1 January 2023 ni nak try buat 5km time trial. Cant wait! Really wish I could break my PB for 5km which is 24 minutes and 52 seconds few years ago. Tapi baru sebulan training kan.. boleh ke? 😅😅
Note: There is a few draft entry² lama which I published few days ago. Thought it would be published in the exact date it was drafted but tak sangka dia publish in recent date. So, lantak situ. Malas nak betulkan tarikh semula dan repost.
Sunday, December 18, 2022
Boys will be boys
Isnin aritu, Ariff main lawan2 dengan kawan dia kat taska. Kawan dia tertumbuk kuat - berdarah hidung.
Arini, Amarr main baling2 batu dengan kawan2 dia kat sekolah. Kawan terbaling kat dia - benjol dan berdarah dahi.
Haish.
Nak
W10D5
Its Friday!
Going back to Melaka this week. Maybe after Im doing my long run tonight.
My Mamoru pulak will be going to Penang for his favourite PBIM. All the best tau. Enjoy the runcation and dont gorget to buy me jeruk cermai Pak Ali..nyumms 🤤😍
Breakfast sebelum pergi Brainy Bunch
Terlebih rajin pagi ni. Sempat buatkan pisang goreng untuk sarapan double A.
Mood steady.
Perisai semua dah siap polish. Come what may. I've prepared mentally & physically for the whole week.
Kacau dia
Saturday, December 17, 2022
Amarr berkhatan
Alhamdullilah.
Hari Jumaat semalam, Amarr dah selamat berkhatan diusia 12 tahun. Senang dan cepat sangat prosedur khatan. Tak sampai 15 minit dah selesai siap pakai kain pelikat. Amarr pun tak menangis. Cuma mengadu sakit sikit masa prosess nak bius.
Ada 5 orang kanak² yang datang untuk berkhatan diklinik semalam. Doktor yang khatankan mereka pun sangat friendly dan suka buat lawak. Dia explain dengan jujur dekat semua parents dan anak² yang nak dikhatan tentang step by step prosedur, expectation, serta apa yang patut dibuat semasa dan selepas khatan.
Berbeza dengan prosess khatan Ariff tahun lepas, doktor kali ni buat teknik potong dan jahit untuk Amarr. Masa turn Ariff tahun lepas kami pergi ke klinik lain. Doktor tu buat teknik clamp. Cuma masa tu time PKP, parents tak dibenarkan masuk, tambah pula Doktor yang buat prosedur tu agak kasar dan tak bother nak explain apa² tentang prosedur semasa atau selepas berkhatan. Jadi agak trauma pada Ariff dan pada aku serta Mamoru. Masih terngiang² dengar Ariff menjerit minta tolong dari dalam bilik Doktor yang buat naluri keibuan aku meronta macam nak gila. Sepatutnya Amarr pun berkhatan hari yang sama dengan Ariff. Tapi bila dengar abangnya menjerit macam tu, terus Amarr takut nak teruskan. Dan aku pun pilih untuk bersetuju dengan Amarr. Tak sanggup nak lepaskan seorang lagi anak pada Doktor tu.
Pilihan doktor sangat memainkan peranan mental yang penting dalam berkhatan ni. Sebab bila kanak² kurang takut dengan Doctor masa berkhatan, proses khatan akan jadi senang, tenang dan proses untuk pulih pun akan jadi singkat. Bukti dia? Ariff ambil masa hampir 2 minggu untuk pulihkan semangat dan luka dia lepas berkhatan sebab dia trauma. Trauma buat luka lambat sembuh. Dan Amarr pula hanya 24 jam semalam ja nak aku berkepit dengan dia. Pagi ni, dia dah tak heran dengan aku dan lebih selesa duduk dalam bilik main game dengan abang Ariff macam hari² biasa.
Apapun alhamdullilah, selesai dah kedua² anak bujang kami berkhatan. Pengalaman pahit manis untuk mereka dan kami juga.
Semoga Amarr cepat sembuh dan aktif semula. Cuti sekolah ada seminggu lagi 😊
Oh, pagi tadi ada meeting dengan semua owner VA. Management buat ballot untuk owner yang mahukan extra parking lot. Dan alhamdullilah, lepas hampir setahun kami pindah sini, Mamoru berjaya dapat extra parking lot untuk aku. Lepas ni takdelah aku dapat tiket saman parking kat tepi jalan luar VA lagi 😅😅. Now both of our car boleh parking kat dalam macam kat Lestari dulu.
Syukur sangat.