Selain dapat hantar dan ambil kiddos pergi sekolah hari², antara perkara yang paling best bila cuti sabbatical selama setahun ni adalah dapat hantar Ariff dan Amarr pergi solat Jumaat.
Satu kegembiraan yang tak dapat ditintakan dengan tulisan dan kata².
Alhamdullilah.
Bila dikenang semula dari kiddos lahir sampai sekarang, banyak perkara² penting yang aku missed dalam life kiddos. Contoh yang paling ketara masa both Ariff dan Amarr punya pre-school graduation dekat Brainy Bunch Montessori. Dua tahun berturut² aku missed. Tahun 2014, Ariff grad dan tahun 2015 masa turn Amarr grad. Itu belum masuk part hari PIBG, hari sukan, hari kantin, pertandingan dan sebagainya. Semuanya sebab terlalu terikat dengan kerja.
Haish. Kerja penting, family pun penting.
Semoga dalam tempoh setahun cuti ni aku dapat manfaatkan untuk keluarga sepenuhnya. InsyaAllah
Note: Bulan depan dah masuk tahun baru 2023. Ariff akan masuk tingkatan 2 dan Amarr akan memulakan sesi tingkatan 1. Tinggal Aleesya ja yang masih bersekolah rendah.
Perubahan Ariff dan Amarr bila dah masuk usia remaja adalah sangat ketara. Ariff dah lebih tinggi dari aku. Amarr pula sama tinggi dengan aku. Saiz kaki masing² dah sama dengan saiz lelaki dewasa. Muka masing² dah mula naik jerawat 😅. Tapi masing² masih manja (ngada²). Dan masih nak aku garu belakang badan setiap malam sebelum tidur 😅😅. Layankan je lah.. sebenarnya aku yang suka nak garukan belakang masing², suka nak bacakan bed time story, suka nak pillow talk sebelum masing² tertidur. Semua sebab aku cuma ada masa dalam 4 atau 5 tahun sahaja untuk bermanja dengan Ariff dan Amarr. Lepas tu, insyAllah bila diberikan rezeki masing² untuk belajar ke menara gading, masa tu tamatlah era bermanja² ni. Sebab masa tu kiddos akan jarang balik rumah.. dan lepas mereka grad dan mula bekerja nanti lagi lah susah nak jumpa mereka
Dan aku akan jadi perindu setia mengharapkan kehadiran dN peluk cium dari mereka 🥰
No comments:
Post a Comment