Saturday, December 17, 2022

Amarr berkhatan

Alhamdullilah.

Hari Jumaat semalam, Amarr dah selamat berkhatan diusia 12 tahun. Senang dan cepat sangat prosedur khatan. Tak sampai 15 minit dah selesai siap pakai kain pelikat. Amarr pun tak menangis. Cuma mengadu sakit sikit masa prosess nak bius.

Ada 5 orang kanak² yang datang untuk berkhatan diklinik semalam. Doktor yang khatankan mereka pun sangat friendly dan suka buat lawak. Dia explain dengan jujur dekat semua parents dan anak² yang nak dikhatan tentang step by step prosedur, expectation, serta apa yang patut dibuat semasa dan selepas khatan.  

Berbeza dengan prosess khatan Ariff tahun lepas, doktor kali ni buat teknik potong dan jahit untuk Amarr. Masa turn Ariff tahun lepas kami pergi ke klinik lain. Doktor tu buat teknik clamp. Cuma masa tu time PKP, parents tak dibenarkan masuk, tambah pula Doktor yang buat prosedur tu agak kasar dan tak bother nak explain apa² tentang prosedur semasa atau selepas berkhatan. Jadi agak trauma pada Ariff dan pada aku serta Mamoru. Masih terngiang² dengar Ariff menjerit minta tolong dari dalam bilik Doktor yang buat naluri keibuan aku meronta macam nak gila. Sepatutnya Amarr pun berkhatan hari yang sama dengan Ariff. Tapi bila dengar abangnya menjerit macam tu, terus Amarr takut nak teruskan. Dan aku pun pilih untuk bersetuju dengan Amarr. Tak sanggup nak lepaskan seorang lagi anak pada Doktor tu.

Pilihan doktor sangat memainkan peranan mental yang penting dalam berkhatan ni. Sebab bila kanak² kurang takut dengan Doctor masa berkhatan, proses khatan akan jadi senang, tenang dan proses untuk pulih pun akan jadi singkat. Bukti dia? Ariff ambil masa hampir 2 minggu untuk pulihkan semangat dan luka dia lepas berkhatan sebab dia trauma. Trauma buat luka lambat sembuh. Dan Amarr pula hanya 24 jam semalam ja nak aku berkepit dengan dia. Pagi ni, dia dah tak heran dengan aku dan lebih selesa duduk dalam bilik main game dengan abang Ariff macam hari² biasa. 

Apapun alhamdullilah, selesai dah kedua² anak bujang kami berkhatan. Pengalaman pahit manis untuk mereka dan kami juga.

Semoga Amarr cepat sembuh dan aktif semula. Cuti sekolah ada seminggu lagi 😊

Oh, pagi tadi ada meeting dengan semua owner VA. Management buat ballot untuk owner yang mahukan extra parking lot. Dan alhamdullilah, lepas hampir setahun kami pindah sini, Mamoru berjaya dapat extra parking lot untuk aku. Lepas ni takdelah aku dapat tiket saman parking kat tepi jalan luar VA lagi 😅😅. Now both of our car boleh parking kat dalam macam kat Lestari dulu.

Syukur sangat.



No comments: