Thursday, December 29, 2022

Weekend di Melaka

Walau tak semua adik² dapat balik Melaka weekend lepas, aktiviti kami di Melaka tetap meriah.

Ni gambar supper di restoran nan cheese paling best di Malaysia (pada orang Melaka lah): Pak Putra Restaurant. Sebab nan cheese kat KL pun tak setanding dengan yang kat sini.

Restoran ni buka sampai pukul 1 pagi. Kami sampai restoran ni dekat pukul 11 malam sebab siang tu busy attend 4 wedding. Ayah lah duk mengajak pegi wedding² ni. Terpaksa pinjam baju adik no. 6 (Ain) sebab baju² yang aku bawa balik, semua tshirt dan jeans.

 Ayah dan ibu pun kami angkut sekali pegi supper kat sini. Ayah duk bising juga sebab dah makan banyak kat wedding pastu nak keluar gi makan ke Pak Putra lagi. Tapi, lepas dia rasa roti nan kat sini, terus ayah diam. Sedapppp. Lepas makan, ronda² pantai Klebang tengah² malam. Seronok dengar ayah bercerita masa ni.


Ni kat rumah Farah kat Pegoh, Alor Gajah. Bateri x70 kaput kat sini. Terpaksa call Bateriku.com suruh hantar bateri kereta. Cepat dan pantas staff Bateriku.com buat keje.

Baju kurung pinjam. Nasib baik saiz badan aku dengan adik no.6 sama 

Anak² dara pak Dollah. Yang dara just 2 orang ja.. haha. Dari belakang, adik no. 10 (Ira), adik no. 6 (Ain) & adik no 11 (Syina). Missing in pic, sorang lagi anak perempuan pak Dollah, adik no.4 (yanie). Adik beradik perempuan tiri pula, semua tak dapat join walaupun masing² duduk Melaka - sebab keje.

Jarak umur aku dan Ira, 17 tahun. Arwah ibu meninggal dunia 3 bulan lepas lahirkan Ira. Dah 26 tahun arwah pergi. Sayang kat Ira sebab lansung tak merasa kasih sayang arwah ibu. Ramai orang kata muka aku seiras Ira dari kecil sampai sekarang. Tapi aku rasa, Ira cantik lagi. Ira anak bongsu kan, mestilah cantik. Sebut tentang bongsu, aku ada 2 adik bongsu. Ira, bongsu seibu seayah. Manakala Syina, bongsu seayah. Jarak umur aku dengan Syinar, 25 tahun. Syina SPM tahun ni.

Ni la restoran nan cheese Pak Putra yang marvelous tu. Kalau try makan nan cheese kat sini, confirm nan cheese tempat lain jadi auto tak sedap.. haha

Ni pula gambar kuih² yang dijual waktu pagi di Pasar basah Masjid Tanah. Banyak kuih muih tradisional kat sini. Segala jenis mee, nasi lemak, roti canai pun ada. Kena datang awal dalam pukul 7.00 pagi ke 9.00 pagi ke pasar untuk beli kuih. Lambat habis. Pastu kena beratur panjang 😅

Tak sempat nak ambil gambar kuih² lain, mee, etc. Sebab ramai dah kerumun tempat ni. Tempat tak viral tapi sangat popular pada orang tempatan. Kuih² memang gerenti sedap.

Tengok tu orang yg beratur tepi pasar nak beli kuih² tepi pasar basah Masjid Tanah. Happening betul waktu pagi kat sini. Kalau balik kampung, memang ni port wajib singgah pagi² nak beli kuih² favourite!

 

No comments: