Friday, April 21, 2023

30 Ramadan 1444H

Hari ni last kita berpuasa dalam bulan Ramadan untuk tahun ni. 

Mummy bangun awal dari biasa pagi ni. Solat, baca quran, baca doa banyak² sebelum prepare sahur. Sayu sangat rasa subuh ni. 

Sedih sebab Ramadan dah berakhir. Tapi hepi sebab KPI Ramadan mummy tahun ni alhamdullilah lebih baik dari tahun² sebelum ni. 

Esok kota akan berhari raya. Persiapan raya (masak²)? Tak ada 😅. Tahun ni kita akam beraya dia Kuala Selangor. 

Sejak arwah nenek sebelah daddy meninggal dunia, mummy dah tak ada sesi masak rendang atau kemas rumah pusaka nenek sebelum raya.  Rutin kita bila beraya di Kuala Selangor, biasanya kita akan duduk di rumah kita di KL dan bertolak ke Kuala Selangor pagi Syawal. Tapi tahun ni, daddy dah sewa homestay di Kuala Selangor. Mummy suka raya di Kuala Selangor sebab mummy tak perlu terkejar² habiskan masa seharian didapur untuk prepare juadah raya. 

Macam sekarang ni lah, mommy boleh duduk relax taip blog.. haha. Tak perlu rushing ke pasar, tak perlu risau tentang rendang dan sebagainya. Hujung² Ramadan ni, mommy rasa sangat perlu untuk mommy tenang². Banyakkan baca quran, banyakkan doa sampai lah masuk 1 Syawal nanti.



Iftar semalam. Longgok gitu ja atas meja 😅


Thursday, April 20, 2023

29 Ramadan 1444H


Ramadan dah sampai ke penghujungnya. 
Alhamdullilah atas peluang untuk merasai puasa sebulan tanpa gangguan dari ofis. Alhamdullilah.

Cuti sekolah dah bermula 2 hari lepas. Nak kemas rumah pun tak ada apa nak dikemaskan sangat. Sebab hari² duduk rumah mengemas kan. Aku banyak belajar semula cara mengemas rumah demgan bijak tanpa perlu rasa exhausted atau burn out. Yelah, kemas rumah ni bukan senang ya. Penat sebab nak buat benda yang sama berulang². Tapi untuk kes aku, takkk. Tak penat langsung sebab aku sangat² appreciate masa yang aku ada untuk merasa jadi suri rumah sepenuh masa ni.

Tips nak kemas rumah tanpa stress dan penat adalah dengan buat kalendar atau jadual mengemas. Kena set kan hari ni kemas kat mana, esok kemas apa, lusa, tulat dan seterusnya. Macam hari Isnin ruang tamu, selasa toilet, rabu dapur, khamis master bedroom, jumaat kids room, sabtu mop lantai, ahad sapu dinding, siling, kipas, seterusnya ada hari untuk lap cermin² dalam rumah etc. Gitu. Satu hari satu job. Membasuh baju pula maybe 3 hari sekali (since anak tak ramai dan ada dryer). Basuh pinggan pula anak² pandai basuh pinggan cawan sendiri, so tak lah penuh ja sinki tu.

Ada satu job kat rumah ni yang masih tertangguh - nak ubahsuai bilik stor dalam rumah ni untuk buat ruang solat. Kena praktik konsep 5S untuk mengemas ni. Baru produktif.

************

Share gambar² cozy chunky throws yang aku buat. Dah mula jual pun dekat website. Paling happy dah mula dapat order dari customers untuk beli throws blanket ni (mostly dari kawan² online). Masyaallah, tabarakallah. Now in proses nak setup shop dalam shopee dan ebay. Semoga dipermudahkan. Nervous sangat ni. Tapi excited. 

Nak order? Klik kat sini tau. Ada banyak lagi warna yang masih in the making. Stay tune. 


Comel kan letak chunky throws kat sofa. Auto nampak luxury dan exclusive gitu.

Yarn yang aku kait ni jenis baby friendly. Sangat soft dan hypoallergenic. Sangat mudah nak basuh - gentle wash dalam washing machine ja. Best snuggle dalam throws ni tau ❤️

Letak kat mana² pun nampak cantik ja kan. Maybe sebab tu orang panggil throws blanket kut. Campak mana pun dia auto jadi cantik.

Hujan lebat kat luar pagi ni. Pakej petir dan guruh sekali. Jom baca doa hujan Allahumma syaiyiban nafi'an. Semoga hujan ni membawa rahmat untuk kita semua. Hati² adik² semua yang dah mula balik kampung untuk beraya. Jangan lupa baca doa keluar rumah dam doa naik kenderaan.

 

Monday, April 17, 2023

Ariff & Amarr terpilih wakil sekolah untuk catur

Alhamdullah. 

Tadi ada selection untuk pertandingan catur peringkat Majlis Sukan Sukan Daerah (MSSD), Ariff dan Amarr terpilih  mewakili sekolah

Tournament, insyaAllah awal bulan Mei nanti. Semoga dipermudahkan urusan dan beroleh kemenangan, insyaAllah. Both nampak bersemangat.

Cikgu Tasnim share gambar Amarr masa selection tadi. Gambar Ariff tak ada 😅

 

Ramadan wishlist

Lately ni berminat sangat dengan deco rumah style traditional morrocan ni. Cantik. Paling suka part built in sofa yang penuh sepanjang dinding. 

Insyaallah, satu hari nanti nak design living room style gini. Senang nak kemas dan sangat sesuai untuk family besar datang bertandang. 


Source Here

Source Here

Menu iftar 25 Ramadan semalam.



Sunday, April 16, 2023

24 Ramadan 1444H

Semalam daddy bawak kita berbuka di Mandarin Oriental, KLCC. First time dapur rumah ni tak berasap dalam bulan puasa. 

Meriah sangat berbuka diluar. Makanan sedap². Mummy makan udang galah besar², ketam kambing etc. Ratah lauk ja. Nasi langsung tak usik sebab perut mummy saiz XXXS - tank cepat penuh gituu. Kang ambil nasi sure tak sentuh makanan lain. Cuma lucu tengok Ariff dan Amarr, dalam banyak² makanan, mereka pilih roti canai ja 😅. Maybe dah hampir sebulan tak makan roti canai kut. Tu yanh craving roti canai.

Ni la keje mummy bila duduk rumah. Mengerjakan si cantik ni. Anak² lelaki dah besar, tinggal dia ni je lah jadi mangsa mummy

Curl kan rambut dia. Tapi tak jadi pun 😅




Wearing baju from Liyana BK. Love baju² depa tapi now dah tak ada lagi 😔

 

Saturday, April 15, 2023

Aleesya kena buli?

Sejak 2 minggu kebelakangan ni Aleesya seems reluctant nak pergi sekolah. Sebelum² ni laju dia dia masuk pagar sekolah tanpa menoleh or buat flying kiss kat aku. Tapi lately bila sampai depan pagar sekolah dia akan delay² nak masuk. Semalam air mata dia mengalir sebelum masuk pagar sekolah. 

Bila ditanya ada problem dengan kawan or cikgu, dia cakap takda. Even hari² bila dia balik sekolah  mummy tanya xtvt kat sekolah, semua kedengaran normal. 

So lepas Aleesya masuk ja sekolah, teeus mummy text guru kelas Aleesya. Nak call tak manis sebab kelas baru bermula, takut mengganggu pula.

Alhamdullilah, guru kelas Aleesya sangat baik hati dan membantu. Mummy dan cikgu² Aleesya akan cuba cari punca Aleesya macam ni. Kalau ada apa² melibatkan performance dalam matapelajaran, mummy akan cakna dan bantu Aleesya sepenuhnya. Tapi kalau ada apa² berkenaan perkara lain disekolah, mummy yakin guru² Aleesya akan bantu. Mummy just nak Aleesya bersemangat pergi sekolah macam sebelum² ni. 

Note: Masa Aleesya darjah 1, dia mengadu ada kawan² sekelas yang selalu ambil duit dia. Sampai satu tahap, dia tak berani bawa duit ke sekolah sampailah ke hari ni. Watu rehat, Aleesya akan makan bekal yang dia bawa sahaja. Aku sendiri pernah terserempak dengan kawan² Aleesya yang suka "pau" duit dia waktu balik sekolah. Even mereka dah tahu Aleesya tak bawak duit, mereka tanpa segan silu minta juga duit dari Aleesya depan² mata aku. Bila Aleesya cakap tak ada duit, mereka pandang pula aku dan minta duit. Terkejut aku dengan attitude kanak² ni. Parents diorang tak ajar adab ke? Apa ingat budak darjah 1  ni bengap sampai tak boleh diajar tentang adab? Habis, nak tunggu umur berapa baru nak ajar adab? Darjah 6? Bila rebung dah jadi buluh keras? Good luck lah. Parents macam ni mungkin tak kisah anak mereka susahkan mereka, tapi aku kisah kalau sikap anak² mereka buat Aleesya trauma. Aku kat rumah pun bila anak sendiri buat salah, memang aku jadi tarzan bertempik, apatah lagi anak orang buat salah kan. 

Semoga Aleesy dijauhkan dari kanak² pembuli macam ni. Kalau aku jumpa lagi pelajar yang cuba buli Aleesya, aku takkan teragak² untuk marah mereka lepas ni, since parents mereka tak pandai nak ajar anak sendiri kan.


Aleesya main chess dengan daddy sementara tunggu berbuka

Menu iftar semalam, 23 Ramadan

Aleesya tak pandai nak mengadu dari dulu lagi. Apatah lagi nak cakap kat cikgu siapa yang buat dia sedih. Dia takut budak tu akan marah dia lagi. Cuma kalau dia sedih, dia akan cakap dia rindu or dia nak aku ada dekat dengan dia.


Thursday, April 13, 2023

21 & 22 Ramadan 1444H

Seminggu lagi Syawal bakal menjelma. Persiapan raya kali ni sederhana ja. Tak ada fancy² baju raya untuk mummy. Just beli jubah kaftan ja. Simple. Insyaallah, tahun ni akan sambut Syawal di Kuala Selangor.

Iftar 21 Ramadan. Sambut birthday daddy. Dah 2 tahun berturut birthday daddy jatuh pada bulan puasa. Mummy beli kek comel pandan gula melaka dari secret recipe. Sedapp. 





Iftar 22 Ramadan - menu recycle dari menu semalam cuma tambah kari ayam ja

Ini budak kecik asal pukul 6 ja mula buat muka cebik² minta kesian. Sepuluh kali sekejap duk ulang alik depan coway sambil meratib haus. Sabar je la mummy melayan dia. 

Lepas kena marah sebab asyik masuk dapur, dia duk berguling² depan tv tunjuk perasaan. Gewam mummy dengan awak ni, Aleesya. Geram tapi sayang sangat kat dia ni.

 

Wednesday, April 12, 2023

19 & 20 Ramadan 1444H

Ariff dan Amarr sekarang tengah aktif dalam public speaking (dalam BI). Mula² tu ingatkan masing² dipilih oleh guru kelas untuk masuk bertanding. Rupanya mereka sendiri volunteer nak masuk bertanding. Alhandullilah, mummy suka sangat kiddos join aktiviti macam ni. Aktiviti yang membina keyakinan diri untuk lebih berani berhadapan dengan crowd dan melontarkan pandangan atau perbahasan. 

Hari ni pula Ariff bagitahu, dia daftarkan diri untuk masuk pertandingan catur peringkat sekolah. Macam biasa, mummy excited dan bagi semangat pada Ariff. Cuma kesian kat Amarr sebab dia tak dapat join sebab slot hanya dibuka untuk pelajar form 2 ke atas. Sabar ya Amarr, insyaAllah, lain kali boleh join. 

Gambatte kiddos! Enjoy zaman remaja dengan perkara berfaedah and create lotsa sweet memories.

Iftar 19 Ramadan

Iftar 20 Ramadan

 

Monday, April 10, 2023

16, 17 & 18 Ramadan 1444H

Makin malas nak ambil gambar semasa Ramadan sebenarnya. Ops, bukan malas tapi tak sempat. 

Dan gambar iftar 17 Ramadan tak ada disini sebab hanta berbuka dengan pizza dan mcdonald sahaja 😅  gambar yang bawah ni semasa 16 & 18 Ramadan.


Selit gambar throw blanket yang aku kait sendiri. Sooo soft and fluffy and luxury! Ada banyak warna² lain juga. Buat untuk dijual. Kalau berminat boleh tinggalkan contact no di ruangan comment 🥰

Tu dia 16 Ramadan punya style - angkut rice cooket atas meja gituu. Malas dah nak hidang². Konsep nak cepat, senang nak kemas.

Malam, plan nak supper di Starbuck tapi penuh la pula sebab orang habis terawih semua pakat lepak situ, Maka kami drive thru aja. Tapau bawa balik umah. Aleesya pula tapau slurpee. Layan minum kat balcony aja. Tenanggg..



18 Ramadan

Jemput adik beradik, ipar duai dan anak² buah mai umah berbuka. Konsep potluck ja. Senang.

Birtday kek Mamoru. Abaikan tulisan anniversary & nombor atas kek yang tak betul tu. Konsep pakai cucuk aja janji cantik. Deco guna buah- buahan. Healthy gitu. Kalau beli kek pun, bukannya laku taim² berbuka ni kan. So, takyah membazir. Aritu dah sambut birthday Mamoru di Kuala Selangor dengan family Mamoru. Semalam dengan family aku pula. Birthday Mamoru sebenarnya 12 April. Saja sambut awal. Nanti on 12 April, baru sambut dengan kek ya Mamoru?

Menu pot luck semalam. Aku masak: 
1. Nasi lemak guna periuk besar (dapat masa hadiah kahwin 15 tahun dulu)
2. Nasi kalio yang dimasak sekali dengan burung puyuh dan telur puyuh. 
3. Cekodok pisang 
4  Donut dan bomboloni. 
5. Sambal ayam
6. Gulai jantung pisang
7. Sup seaweed + suhun dan telur puyuh untuk anak²

Iftar time

The anak dan anak² buah. 


Gambar Aleesya tulis karangan

 

Friday, April 07, 2023

Menu iftar 13, 14 & 15 Ramadan

Gambar menu je lah.. gambar kami berbuka tak sempat na ambil. Sekejap ja dah masuk pertengahan Ramadan kan. Mummy suka bulan puasa ni. Suka sangat.

Menu tanpa nasi.

Lauk kampung

Tak dann nak deco² bila masuk pertangahan puasa. Mujur ada anak dara kecik yang rajin menolong. Terima kasih Aleesya

 

Wednesday, April 05, 2023

New hobby

Mummy agak busy sekarang ni. Busy dengan hobby baru - mengait throw blanket. Mummy teringin sangat nak beli trow blanket yang nampak "luxury" dan super fluffy macam kat negara mat salleh. Dari dulu lagi teringin nak beli dan deco throw blanket ni kat sofa, katil, etc. Sayangnya, blanket cantik ni takda dijual dalam Malaysia. Kalau nak, kena beli dari luar negara dengan harga yang mahal dan shipping cost yang sangat mahal juga.

Maka, mummy buat sendiri je lah. Mummy buat banyak² untuk kegunaan sendiri dan untuk dijual. So, siapa nak beli throw blanket luxury handmade by mommy? Kalau hias kat sofa or katil confirm rumah nampak auto mewah tau. 

Disebabkan harga blanket ni agak mahal, mummy target buyer² yang jenis home decor enthusiast dan new mom ja. Sebab mummy ada buat untuk baby blanket juga. Benang² kait ni semua jenis hypoallergenic, selesa untuk kuit baby. 




Yang ni belum siap lagi. 




Menu berbuka 13 Ramadan. Gambar berbuka tak sempat ambil. Kalut dengar azan 😅

 

Tuesday, April 04, 2023

9, 10, 11 & 12 Ramadan 1444H

9 Ramadan 

Berbuka dengan family adik no7 (Uj) 







10 Ramadan

Berbuka di Kuala Selangor dengan family mertua






11 Ramadan

Berbuka dengan famili Mak Taiping (kakak kepada arwah ibu) di area Purajaya. Masa ni Dataran depan POJ penuh. So lepak je lah mana² area sini. Putrajaya besar.. takda hal.






12 Ramadan

Weekday, kita berbuka di rumah sendiri 🥰


Mummy ada ambil video setiap kali kita berbuka. Ada kat IG dan Youtube kalau anak² nak cari dan tengok semula 🥰