Monday, April 10, 2023

16, 17 & 18 Ramadan 1444H

Makin malas nak ambil gambar semasa Ramadan sebenarnya. Ops, bukan malas tapi tak sempat. 

Dan gambar iftar 17 Ramadan tak ada disini sebab hanta berbuka dengan pizza dan mcdonald sahaja 😅  gambar yang bawah ni semasa 16 & 18 Ramadan.


Selit gambar throw blanket yang aku kait sendiri. Sooo soft and fluffy and luxury! Ada banyak warna² lain juga. Buat untuk dijual. Kalau berminat boleh tinggalkan contact no di ruangan comment 🥰

Tu dia 16 Ramadan punya style - angkut rice cooket atas meja gituu. Malas dah nak hidang². Konsep nak cepat, senang nak kemas.

Malam, plan nak supper di Starbuck tapi penuh la pula sebab orang habis terawih semua pakat lepak situ, Maka kami drive thru aja. Tapau bawa balik umah. Aleesya pula tapau slurpee. Layan minum kat balcony aja. Tenanggg..



18 Ramadan

Jemput adik beradik, ipar duai dan anak² buah mai umah berbuka. Konsep potluck ja. Senang.

Birtday kek Mamoru. Abaikan tulisan anniversary & nombor atas kek yang tak betul tu. Konsep pakai cucuk aja janji cantik. Deco guna buah- buahan. Healthy gitu. Kalau beli kek pun, bukannya laku taim² berbuka ni kan. So, takyah membazir. Aritu dah sambut birthday Mamoru di Kuala Selangor dengan family Mamoru. Semalam dengan family aku pula. Birthday Mamoru sebenarnya 12 April. Saja sambut awal. Nanti on 12 April, baru sambut dengan kek ya Mamoru?

Menu pot luck semalam. Aku masak: 
1. Nasi lemak guna periuk besar (dapat masa hadiah kahwin 15 tahun dulu)
2. Nasi kalio yang dimasak sekali dengan burung puyuh dan telur puyuh. 
3. Cekodok pisang 
4  Donut dan bomboloni. 
5. Sambal ayam
6. Gulai jantung pisang
7. Sup seaweed + suhun dan telur puyuh untuk anak²

Iftar time

The anak dan anak² buah. 


Gambar Aleesya tulis karangan

 

No comments: