Ramadan dah sampai ke penghujungnya.
Alhamdullilah atas peluang untuk merasai puasa sebulan tanpa gangguan dari ofis. Alhamdullilah.
Cuti sekolah dah bermula 2 hari lepas. Nak kemas rumah pun tak ada apa nak dikemaskan sangat. Sebab hari² duduk rumah mengemas kan. Aku banyak belajar semula cara mengemas rumah demgan bijak tanpa perlu rasa exhausted atau burn out. Yelah, kemas rumah ni bukan senang ya. Penat sebab nak buat benda yang sama berulang². Tapi untuk kes aku, takkk. Tak penat langsung sebab aku sangat² appreciate masa yang aku ada untuk merasa jadi suri rumah sepenuh masa ni.
Tips nak kemas rumah tanpa stress dan penat adalah dengan buat kalendar atau jadual mengemas. Kena set kan hari ni kemas kat mana, esok kemas apa, lusa, tulat dan seterusnya. Macam hari Isnin ruang tamu, selasa toilet, rabu dapur, khamis master bedroom, jumaat kids room, sabtu mop lantai, ahad sapu dinding, siling, kipas, seterusnya ada hari untuk lap cermin² dalam rumah etc. Gitu. Satu hari satu job. Membasuh baju pula maybe 3 hari sekali (since anak tak ramai dan ada dryer). Basuh pinggan pula anak² pandai basuh pinggan cawan sendiri, so tak lah penuh ja sinki tu.
Ada satu job kat rumah ni yang masih tertangguh - nak ubahsuai bilik stor dalam rumah ni untuk buat ruang solat. Kena praktik konsep 5S untuk mengemas ni. Baru produktif.
************
Share gambar² cozy chunky throws yang aku buat. Dah mula jual pun dekat website. Paling happy dah mula dapat order dari customers untuk beli throws blanket ni (mostly dari kawan² online). Masyaallah, tabarakallah. Now in proses nak setup shop dalam shopee dan ebay. Semoga dipermudahkan. Nervous sangat ni. Tapi excited.
Nak order? Klik kat sini tau. Ada banyak lagi warna yang masih in the making. Stay tune.
Comel kan letak chunky throws kat sofa. Auto nampak luxury dan exclusive gitu.
Yarn yang aku kait ni jenis baby friendly. Sangat soft dan hypoallergenic. Sangat mudah nak basuh - gentle wash dalam washing machine ja. Best snuggle dalam throws ni tau ❤️
Letak kat mana² pun nampak cantik ja kan. Maybe sebab tu orang panggil throws blanket kut. Campak mana pun dia auto jadi cantik.
Hujan lebat kat luar pagi ni. Pakej petir dan guruh sekali. Jom baca doa hujan Allahumma syaiyiban nafi'an. Semoga hujan ni membawa rahmat untuk kita semua. Hati² adik² semua yang dah mula balik kampung untuk beraya. Jangan lupa baca doa keluar rumah dam doa naik kenderaan.
No comments:
Post a Comment