Sejak 2 minggu kebelakangan ni Aleesya seems reluctant nak pergi sekolah. Sebelum² ni laju dia dia masuk pagar sekolah tanpa menoleh or buat flying kiss kat aku. Tapi lately bila sampai depan pagar sekolah dia akan delay² nak masuk. Semalam air mata dia mengalir sebelum masuk pagar sekolah.
Bila ditanya ada problem dengan kawan or cikgu, dia cakap takda. Even hari² bila dia balik sekolah mummy tanya xtvt kat sekolah, semua kedengaran normal.
So lepas Aleesya masuk ja sekolah, teeus mummy text guru kelas Aleesya. Nak call tak manis sebab kelas baru bermula, takut mengganggu pula.
Alhamdullilah, guru kelas Aleesya sangat baik hati dan membantu. Mummy dan cikgu² Aleesya akan cuba cari punca Aleesya macam ni. Kalau ada apa² melibatkan performance dalam matapelajaran, mummy akan cakna dan bantu Aleesya sepenuhnya. Tapi kalau ada apa² berkenaan perkara lain disekolah, mummy yakin guru² Aleesya akan bantu. Mummy just nak Aleesya bersemangat pergi sekolah macam sebelum² ni.
Note: Masa Aleesya darjah 1, dia mengadu ada kawan² sekelas yang selalu ambil duit dia. Sampai satu tahap, dia tak berani bawa duit ke sekolah sampailah ke hari ni. Watu rehat, Aleesya akan makan bekal yang dia bawa sahaja. Aku sendiri pernah terserempak dengan kawan² Aleesya yang suka "pau" duit dia waktu balik sekolah. Even mereka dah tahu Aleesya tak bawak duit, mereka tanpa segan silu minta juga duit dari Aleesya depan² mata aku. Bila Aleesya cakap tak ada duit, mereka pandang pula aku dan minta duit. Terkejut aku dengan attitude kanak² ni. Parents diorang tak ajar adab ke? Apa ingat budak darjah 1 ni bengap sampai tak boleh diajar tentang adab? Habis, nak tunggu umur berapa baru nak ajar adab? Darjah 6? Bila rebung dah jadi buluh keras? Good luck lah. Parents macam ni mungkin tak kisah anak mereka susahkan mereka, tapi aku kisah kalau sikap anak² mereka buat Aleesya trauma. Aku kat rumah pun bila anak sendiri buat salah, memang aku jadi tarzan bertempik, apatah lagi anak orang buat salah kan.
Semoga Aleesy dijauhkan dari kanak² pembuli macam ni. Kalau aku jumpa lagi pelajar yang cuba buli Aleesya, aku takkan teragak² untuk marah mereka lepas ni, since parents mereka tak pandai nak ajar anak sendiri kan.
Aleesya main chess dengan daddy sementara tunggu berbuka
Menu iftar semalam, 23 Ramadan
Aleesya tak pandai nak mengadu dari dulu lagi. Apatah lagi nak cakap kat cikgu siapa yang buat dia sedih. Dia takut budak tu akan marah dia lagi. Cuma kalau dia sedih, dia akan cakap dia rindu or dia nak aku ada dekat dengan dia.
No comments:
Post a Comment