Wednesday, April 12, 2023

19 & 20 Ramadan 1444H

Ariff dan Amarr sekarang tengah aktif dalam public speaking (dalam BI). Mula² tu ingatkan masing² dipilih oleh guru kelas untuk masuk bertanding. Rupanya mereka sendiri volunteer nak masuk bertanding. Alhandullilah, mummy suka sangat kiddos join aktiviti macam ni. Aktiviti yang membina keyakinan diri untuk lebih berani berhadapan dengan crowd dan melontarkan pandangan atau perbahasan. 

Hari ni pula Ariff bagitahu, dia daftarkan diri untuk masuk pertandingan catur peringkat sekolah. Macam biasa, mummy excited dan bagi semangat pada Ariff. Cuma kesian kat Amarr sebab dia tak dapat join sebab slot hanya dibuka untuk pelajar form 2 ke atas. Sabar ya Amarr, insyaAllah, lain kali boleh join. 

Gambatte kiddos! Enjoy zaman remaja dengan perkara berfaedah and create lotsa sweet memories.

Iftar 19 Ramadan

Iftar 20 Ramadan

 

No comments: