Monday, August 16, 2010

XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 2)

Found this one in my drafted entries. Fuiyoo.. gila lama gambar nih tak ber-publish. Since April okeh. Seriyes lama. Now what make me totally forgot to publish this one ek?

Since aku amik masa sikit nak suruh Mamoru transfer semua gambar dalam DSLR dia ke pc nih, kita layan dulu gambar XPDC aku ke Gunung Trusmadi & Tambuyukon di Sabah - XPDC first dan last aku dalam tahun nih (tahun nih je.. lepas bersalin sok, aku sambung naik gunung balik)

Untuk baca story XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 1), sila klik kat tulisan bergaris tu ya :)



Day 3 (Sabtu, 3 April 2010)


Lepas turun dari Gunung Trusmadi, kami terus gerak ke Poring. Plan asal nak bermalam kat Pos Monggis. Tapi memandangkan hari dah gelap masa kami sampai Poring, memasing dah berbelah bagi. Dengan perut yang agak kelaparan plusss badan yang penat gila baru turun gunung, untuk pacak khemah dan mengadap stove adalah perkara yang sungguh menguji mental & fizikal. Nego punya nego, dapat lah kami bermalam di Poring dengan kos yang sangat minimum (sewa dorm). Kalau ikutkan, kami tak boleh check-in kat situ sebab tak ikut prosedur. Tapi, alhamdullilah. Urusan kami dipermudahkan. Lega dowh. Boleh terus bersihkan badan dan tidur. Nak memasak pun senang. Tayah sesusah paya keluar stove, gas. Kat sana lengkap pantry semua.


Pukul 5.30 pagi kami bertolak tinggalkan Poring. Aku bantai membuta sepanjang jalan. Gelap. Ngantuk


Kami sampai Pos Monggis dalam pukul 7.00 pagi (as planned). Yang tak bestnya, kat sini kami diberi tag Gunung Kinabalu. Sengal je. Walhal kami nak mendaki Gunung Tambuyukon. Maybe pihak Kinabalu Park tak mementingkan gunung nih. Maklum lah, siapa nak mendaki gunung hazabbb takde view nih kan. Lain lah Kinabalu. View meletoppp. Taim aku bergambar nih, mata aku agak bengkak sebelah. Tataw menatang apa sudah cium mata aku malam tu. Oh, sila peratikan perut aku yang pregnant 2 bulan taim nih.. huhuhu

Route map ke Puncak Gunung Tambuyukon. Kalau tengok peta, macam senanggggg je route dia. Tapi dia punya hazabb, nauzubillah. Yerr, padan muka aku. Siapa suruh panjat dua gunung sekaligus!


Chua sibuk enterprem. Jejaka ini masih single ye uolss. Umur 29 tahun. Berkerjaya. Berkereta. Berminat? Sila cari blog dia.. huhuhuuhu (ampunnn Chua)


Starting point - Pos Monggis. Pendaki yang bermalam disini, kena pacak khemah kat kawasan lapang depan Pos Monggis nih. Rumah nih untuk guide je uolss. Kemudahan awam seperti tandas, paip air, ada disediakan. Cuma pada aku lah, tak begitu terurus lah. Maklum lah, pihak Kinabalu Park kan mementingkan kemudahan di gunung Kinabalu jer.


Taklimat dari guide sebelum bertolak.


Tu diaaa.. baru trekking tak sampai 15 minit memasing dah carik port untuk take 5. Trekk hazabbbbb uolss. Dia bagi pacak all the time. Pacak jenis tak hingat okeh. Naik.. Naikkkk Naikkkkkk je. Payah nak cari port landai.


Tak ingat log arr. Malas nak bukak gile cari dalam pc nih. Kalau tak silap aku, dalam sejam lebih baru kami sampai Pondok Kulat nih. Aku tak rehat lama kat sini. Pacattt banyakkk oiiiii.


Nih pulak Pondok Kera. Oh, setiap pondok perhentian, ada disediakan tandas (yang tak berapa nak terurus (tutup pakai kanvas je) dan jugak tong tadahan air. Kami stop sekejap je kat sini sebab memasing tak sesabar nak sampai kemsait.


On the way ke Kem seterusnya, Mamoru terjatuh dari tebing licin gara-gara kami tersilap trek. Tangan dia terseliuh. Oh, trek kat gunung Tambuyukon nih memang bahaya sikit. Kalau silap jalan memang sesat. Marking kurang / hampir tak ada.


Kem Wuluh. Pada aku kem yang agak hazabbbb. Dah la jalan ke sini penuh dengan pokok tumbang. Part nak turun dari tebing curam tu memang tak boleh blah. Tak penah-penah perut aku kecut sampai rasa nak termuntah tengok trek nih. Lutut menggigil beb. Tataw lah kalau tu pembawakan orang pregnant. Tapi aku rasa memang trekk nih hazabbb laa. Kami lepak sini dalam sejam. Lunch nasi lauk sambal sardin yang aku masak kat Poring subuh gaban tu. Nak makan pun jari menggigil-gigil. Saiko la gunung nih. Oh, ada sungai kecik kat sini.


Rehat sekejap. Taim nih tinggal aku berempat dengan Mamoru, Chua & Sweeper.


Kem Kepuakan (macam bunyik Ke-puaka-an pun ada kan?) Tapi aku tak berani nak komen lelebih. Kami sampai sini taim hari dah nak gelap. Magrib. Chua sempat berenang kat sungai ni. Besar jugak sungai dia. Kat sini, aku dah bajet, kompem kami kena trekking malam. Sigh.


Chua dan Mamoru depan sungai di Kem Kepuakan.


Taim kami take 5 kat sini, incik Sweeper pergi memcari durian hutan. Kebetulan musim durian hutan taim tu. Sedap jugak durian nih. Manis dan tak pahit macam buah durian kat Pasar. Buah dia pun kecik je. Besar tapak tangan. Kata incik Sweeper, kat hutan nih jangan makan durian sebarang. Ada jenis yang beracun.


Pukul 7.00 malam kami sampai kemsait. Gila penat. Saiko. Stress dan segala bagai lah. Penat sebab melayan trek yang hazabbbb & pacak sepanjang masa. Saiko sebab terpaksa melayan pacat yang berjuta banyakknyaa kat trek. Habis satu badan aku kena gigit okeh. Sepanjang 32 gunung yang aku daki kat Malaysia, Tambuyukon punya pacat lah yang paling hazabb. Gunung Bintang dan Gunung Bubu punya pacat pun tak camnih banyaknya.


Suami yang sentiasa membantu bila aku memerlukan. Punya la sabar melayan karenah wife dia sepanjak trek nih. Aku rasa Mamoru punya penderitaan di gunung di lebih hebat dari aku.



Day 4 (Sabtu, 4 April 2010)


Pagi di kemsait. Pagi tu memang aku tak sanggup dan tak larat langsung nak teruskan pendakian ke puncak. Tapi, ko nak kena bahan?? Kang ada yang cakap, "apa barang panjat gunung tak sampai puncak?". Berkat dorongan dan semangat yang tinggal sipi-sipi je lagi, aku gagah kan jugak. Sebabnya, kalau aku tak sampai puncak, konpem lah Mamoru pun tak jejak kat Puncak Tambuyukon. Takdenya dia nak tinggalkan aku sengsorang kat kemsait tu.


Gambar hiasan. Banyakk lagi gambar lelawa yang aku snap sepanjang trek.


Trek ke puncak penuh dengan hutan buluh. Ada lah lebih kurang macam trek Bintang kat Kedah. Pacat masih ada ye.


Jeneral Kem. Take 5 kejap kat sini.Trek masih pacak dan mencanak. Bila jumpa kawasan rata tu, kira heaven seketika.


Gambar hiasan lagi. Memacam spesis dan saiz. Semua aku snap.


Hutan lumut dan duri.


Take 5 di celah dahan pokok. Jadi lah. Nak cari port rata susah sangat.


Starting ke puncak berbatu


Bahaya jugak kawasan nih. kat puncak batu nih lah aku terkandas masa otw turun. Hujan lebat + angin kuat. Tak berani aku nak melangkah. Takut kena terbang dek angin. Hujan reda sikit baru aku cecepat jalan.


Gila banyak puncak batu kat sini. Tajam dan curam. Kiri kanan gaung lak tu.


See what I mean. Bayangkan lah korang kena berdiri atas batu tu taim hujan lebat + angin kencang. Konpem mengucap awal-awal.


Punya lah jauh berjalan baru sampai Kem Wuluh. Kem last kat trek nih. Kata guide, Kem Wuluh & Kem Jeneral tak boleh dibuat kemsait. Ada ular besar. Hmm..


Permatang sebelum sampai ke Puncak Gunung Tambuyukon. Nampak Chua kat belakang tu?


Akhirnya sampai jugak kami ke puncak gunung Tambuyukon. Lepak sekejap je. Serjukkkk. Lepas makan terus gerak turun sebab langit dah gelap. Again, gunung nih takde view ok. Reception (phone) pun agak tenggelam timbul kalau nak compare dengan gunung Trusmadi sebelum nih. Seperti yang aku cakap tadi, taim nak turun memang hazab dengan hujan yang lebat + angin kencang. Kami sampai kemsait dah pukul 5 petang. Nasib baik barang dah siap pack awal-awal. Pekena megi macam orang kebulur. Masa kat kemsait nih, tinggal kami berempat je (aku, Mamoru, Chua & sweeper). Team yang lain (Che Jaafar, Che Lai, Talha & guide) dan turun ke Kem Kepuakan. Aku berbelah bagi naik tinggalkan kemsait sebab badan aku memang dah tak larat sangat. Kaki pulak start sakit. Lama kami trapped kat kemsait tu (sampai pukul 7.00 malam!). Tak boleh nak gerak sebab hujan lebat sangat. Memasing dah menggigil macam kena parkinson. Tapi, last-last kami decide untuk turun jugak sebab kami tak cukup camping gear untuk bermalam kat situ. Semua dah kena angkut dengan team yang turun awal.


Nih antara port gigitan pacat kat kaki aku. Port lain pun banyakk juga. Tapi agak sensitif untuk dipamerkan kat sini. Free je derma darah kat pacat. Ntah berapa puluh yang berjaya gigit badan aku dan berapa ratus pulak yang berjaya dibuang pun aku tataw. Tawakkal je. Kami berjaya sampai Kem Kepuakan dalam pukul 10.30 malam!! Team xpdc lain dah siap tidur lena dah. Nasib baik derang dah masakkan dinner untuk kami. Tenkiu kengkawan.



Day 5 (Sabtu, 5 April 2010)


Gambar kami sampai ke Kem Monggis tengahari esoknya tak ada dalam Sony compact aku. Nih gambar celebration kat KK Town - layan seafood. Aku adalah serious pewai sampai tak ada gambar taim hari last dalam hutan. Kat DSLR Mamoru ada kut. Kesian Mamoru kena pikul dua haversack sekaligus (salah satu tu aku punya laa). Maklum lah wife dia dah sampai tahap kritikal terpaksa berjalan guna dua tongkat. Penangan pregnant dua bulan!

Apa pun, alhamdullilah, dua gunung berjaya ditawan dalam xpdc kali nih. Dan syukur sekali lagi, baby dalam perut turut kuat semangat dan mampu bertahan dengan hobi gila mummy dia nih.

Next XPDC? Gunung Murud (aku nak grad G5) Tapi sila tunggu aku habis bersalin & berpantang.. huhuhu

Sunday, August 15, 2010

Makan yang tak habis-habis

Dekat nak tengah malam. Aku masih menghadap makanan (disamping menghadap pc of coz). Banyak betul makanan yang berbaris menunggu dimakan.
  • Rambutan yang aku beli tadi masih belum terusik.
  • Kuih lompat tikam pun belum dimakan
  • Sup gearbox beli kat pasar Ramadhan petang tadi masih dalam keadaan asal - belum bersentuh (yang luak cuma kuahnya - mana nak cari straw nak sedut tulang sum-sum tetengah malam nih?)
  • Jeruk buah kedondong yang aku buat pagi tadi punnn tak sempat nak rasa lagikk..

Camne nih??

Boring betul makan sengsorang. Mamoru dah lena tidur sebelah Ariff. Aku je yang masih gagah & bersemangat nak makan. Nak simpan sahur kanggg.. confirm tak sempat. Aku tak berapa gemar berdepan dengan makanan yang banyak camnih sambil berlumba dengan waktu imsak. Boleh tercekik dibuatnya.

Note: Sila jangan terliur atau membayangkan rupa / rasa makanan yang aku list diatas. Siapa suruh baca taim hari siang? Aku update nih taim malam huhuhu


**************************

Cerita pasal weekend.

Takde apa yang menarik. Just spend masa atas katil sepanjang hari. Kegeringan melanda. Cuma tadi je pegi jenjalan survey langsir & sarung kusyen baru untuk rumah ayah di Melaka.

Oh, tadi beli songkok untuk Ariff. Beli saiz 19. Besar kan untuk budak 1 tahun 2 bulan? Saiz kepala Ariff memang besar. Badan dia pun besar dan panjang. Aku sekarang nih, kalau nak belikan dia baju memang cari saiz yang 2 tahun ke atas.

Teringin nak upload gambar kat sini. Gambar memang banyakkk.. tapi dalam memory kad Mamoru. Aku tak reti laa nak godek DSLR dia tu. Sony compact aku dah tatau kemana. Adik aku rembat tak pulangkan lagi. Kalau ada Sony tu senang sikit. Nih, nak guna 5D Mamoru yang gedabak & berat tu.. aduyaiii.. payah lah.

Sory ya Elyn, Biqque & kengkawan lain yang duk tanya pasal gambar terbaru. Bear with me k uolss.

Esok keje.. aaaa busan busan. Cepat lah bulan doblas. Nak cuti bersalin 3 bulan.. huhuhu

Friday, August 13, 2010

Demam yang tak best

Wrap-up.

3 Ramadhan. Aku still tak larat nak masak juadah berbuka kat rumah. Sedih.

Nih semua gara-gara aku & Mamoru asyik berulang-alik pergi Klang-KL semata nak tolong ayah hantar jagung (yep, ayah pasarkan sendiri hasil jagung dia). Penat wooo. Terima kasih la kat adik no. 3, no.4, no.5 & no. 7. Korang memang memahami dan boleh diharap. InsyaAllah, besar pahalanya tolong ayah kita ni :)

Dalam minggu nih, aku just pergi keje sebanyak 1 hari setengah je.

Isnin MC - Mamoru pun amik cuti sekali. Tekak dah start sakit, tapi gagahkan jugak teman adik-adik pegi basar-pasar borong kat KL nih hantar jagung.

Selasa Keje.

Rabu AL - Start puasa. Plan nak masak untuk berbuka hancuss. Aku terbaring seharian ke-demam-man.

Khamis Keje half day - Paksa diri pegi keje. Tapi terpaksa amik MC jugak sebab badan dah tak larat. Balik umah, membongkang sampai petang. Berbuka dengan lauk yang Mamoru beli kat pasar ramadhan depan HUKM.

Jumaat (hari nih) AL lagi - Sebab babysitter yang jaga Ariff ada hal hari nih. Since takde orang nak jaga Ariff, aku cuti je lah. Badan pun masih tak sihat. Rehat kat umah adalah perkara yang terbaik. Opismate aku suruh aku amik MC lagi hari nih. Membazir amik AL katanya. Malas lah aku nak tukar-tukar cuti nih. AL aku berlambak lagi. Better habiskan.

Esok? Tatau lagi. Susah nak berfikir dengan baik dalam keadaan demam nih.



Tuesday, August 10, 2010

Berkat Ramadhan

Syukur sangat sangat.

Semalam dah pergi buat check-up. Alhamdullilah, baby dalam perut sihat dan selamat. Tak ada apa-apa perubahan kat degupan jantung baby. Kedudukan uri juga tak berubah. Masih diatas. Badan aku pun tak ada lebam. Rasa sakit pun dah totally hilang. Syukur ya Allah.

Ajaib kan. Kuasa Tuhan. Walhal, masa aku jatuh tu, aku tengah dukung Ariff. Dah lah jatuh terduduk, dengan Ariff jatuh atas perut aku lagi. Berat Ariff lebih 10 kg tau!

Apa pun, alhamdullilah sekali lagi. Kami bertiga selamat dalam lindungan-Nya :)

Hari nih dapat satu lagi berita baik.

Guest what? Huhuhu..

Kompeni tempat aku keje nih dah setuju nak bagi 90 hari (3 bulan) cuti bersalin untuk semua staff dia – effective immediately!

Oh.. sangat tepat dengan masanya. Meaning to say, cuti bersalin aku akan bermula dari Disember tahun nih sampai lah Februari tahun depan. Bulan Mac baru start keje semula.. Heaven oh heaven!

Memula tu macam tak percaya jugak. Ingatkan just clerk je yang entitle. Rupanya Executive pun termasuk sekali! Alhamdullilah, sekali lagi syukur.

Tuu diaa. Berkat bulan Ramadhan. Semoga banyak lagi berita baik yang jadi untuk semua orang sempena bulan mulia nih.

Untuk semua kengkawan yang selalu jenguk blog ni dan selalu tinggalkan komen kat sini. Thanks sangat-sangat. Korang memang kawan yang terbaik. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak untuk korang semua! Ceria-ceria selalu tau.

Salam Ramadhan dari kami:

aD
Mamoru
Ariff
Baby A

Monday, August 09, 2010

Terjatuh depan bilik air

Terjatuh terduduk depan bilik air lepas mandikan ariff.

Takut gila masa hilang balance tu. Aku angkat Ariff tinggi2. Takut dia terhentak atas lantai. Nasib baik ariff tak apa2 sbb jatuh atas badan aku.

Nasib baik juga Mamoru ada kat rumah dan dengar aku menjerit...

Dalam masa yg sama, Aku tatau mcm mana baby dalam perut. Doa dan tawakkal je yang aku mampu buat masa ni.

Sekejap lg nk pergi checkup. Harap semuanya ok... *risau*

Friday, August 06, 2010

LRT & Pompuan mengandung

Wearing my best maternity dress to work today.

Mamoru cakap cantik :)
Memember opis pun cakap cantik :)

Suka. Suka. Suka!

Sekarang, bila naik LRT pegi keje, orang dah start notice perut aku.

Ada yang bangun bagi tempat duduk.
Ada yang serba salah nak suruh aku duduk sampai duk tanya dulu aku nih pregnant ke tak (sebeb perut aku comel sangat hihi - perasannyaaaa)
Yang bebuat tidur bila nampak aku berdiri depan mereka pun ada tau.

Takpe lah. Buat masa ni aku tak kisah pun dapat duduk atau tak masa dalam train. Biarlah aku berperasangka baik. Maybe derang yang bebuat tidur tu sakit kaki dan tak larat berdiri kut.

Lagipun, aku kan tough.. huhuhu. Kalau aku boleh mendaki DUA gunung tertinggi kat Malaysia nih masa tengah pregnant DUA bulan aritu, takkan lah berdiri dalam LRT pula tak larat, ye tak?

Tapi, bila kandungan aku mencecah 9 bulan nanti, aku memang akan sound tepettt je siapa yang tak kasi aku duduk dalam LRT nanti. Sebab by that time aku tahu aku memang tak mampu nak berdiri lelama. Taim tu nanti, baby dah berada dalam posisi kelahiran. Confirm bahagian bawah tu sentiasa rasa sakit-sakit.

So, pada pengguna LRT yang kebetulan terbaca blog aku nih sila take note ye. Jangan lah sampai muka korang tebal kena sound dengan pompuan pregnant macam aku nanti.. huhuhu.

Oh, esok tak jadi balik Kuala Selangor (melepas nak makan BBQ). Mamoru ada training kat opis dia. Maybe lepas Mamoru habis training, kami terus gerak ke Melaka. Nak show off kereta baru kat kampung, boleh gitu? Muahaha..

p/s: Sekarang musim jagung berbuah kat Ladang Ayah. Siapa berminat nak beli jagung boleh contact aku ya :)

Jagung Madu Gred A sebiji RM0.65sen. Seguni ada 100 biji = RM65 inggit
Jagung Madu Ged B & Gred C pun ada... murahh & sedappp tau

Thursday, August 05, 2010

All time fav GN'R

Slash - ex Guns N Roses guitarist will be performing in Malaysia! How cool is that?

Kalaulah. I mean seriously, kalaulah satu kumpulan GN’R perform kat Malaysia nih, sanggup aku berabis duit semata nak duduk front row.. haha.

Aku minat gila dengan semua lagu GN’R. Semua ok. Dengar je lagu derang buat aku rasa macam tenteram je jiwa. Dari zaman aku sekolah rendah lagi tau.

Dedulu, persekitaran zaman aku membesar agak tak best. Too many lost.. too much hurt.. and countless sacrifice. Kira tough la jugak life aku dari zaman bebudak sampai lah zaman muda-remaja. Kalau nak compare dengan adik-adik aku yang baru nak menjengah usia 20an sekarang nih, memang banyak berbeza beb. Pasal tu lah derang nih spoilt – manja terlebih. Tak boleh kena tegur. Malas nak usaha untuk masa depan sendiri.

Ops terlebih emo pulak. Ekceli aku geram kan adik no.6 & no.7. Derang nih ntah bila nak berubah gamaknya. Gereemm ok. Kalau berjanji tu, tak penahnya ditunaikan. Amik mudah je. Tak fikirkan kesan janji tu kat orang lain. Ingat adik-adik, orang munafik je yang suka mungkir janji nih.

Satu lagi, kalau aku call, manjanggggggg tak pernah berangkat. Pastu takde rasa tanggungjawab nak return call walhal naik berbelas miscall yang terpapar kat skrin telefon derang. Sampai aku kena call orang lain semata-mata nak bercakap dengan adik sendiri. Boleh???

Ok, stop. Aku kalau membebel kang, penuh satu blog nih.

Ikut suka lah. Memasing dah besar. Tanggungawab aku pun dah lepas. Aku dah tunjukkan jalan - dah bantu semampu yang boleh untuk memasing kejar cita-cita. Sama ada derang nak maju ke depan atau undur kebelakang, decide lah sendiri ye adik-adik.

Eh apa nak cerita tadi? GN’R? Haih.. nantilah, layan lagu kat bawah nih dulu. Nak duduk bawah aircond jap.


It's Alright by Guns N Roses
Told you once about your friends and neighbors
They were always seeking but they'll never find
That it's alright, yes it's alright
Where to go, Where to see
It's always been that way and it can never be
but it's alright, yes its alright
Give it all and ask for no return
And very soon you'll see and you'll begin to learn
that it's alright, yes it's alright



Wednesday, August 04, 2010

Shopping online

Mamoru tengah tidur depan TV by time aku tulis nih. Ariff pun dah lama terlelap. Tinggal aku sengsorang je duduk menghadap pc sambil makan 6 biji Mochi yang aku beli kat Sakae Sushi KLCC siang tadi. Muak laa. Makan mochi banyak sangat.

Siang tadi masa surf internet, aku terjumpa satu website jual baju baby. Lawa-lawa laa pulak design dia. Laju je aku beli dua pasang baju & kasut untuk Ariff. Comel gila. Boleh buat baju raya.. hihi. Since aku memang takde masa nak keluar shopping (plus tanak berasak dengan orang ramai), shopping online nih kira mudah jugak kan? Praktikal.

Tak sabar nak tunggu parcel baju tu dipos ke opis.. huhu.

Oh, sebut pasal baju raya, I have none for this year. Maklum lah, perut makin membesar.. takkan nak tempah pulak :(


My pregnancy

I just loveeee being pregnant.. hihi

Kenapa?

Sebab bila pregnant :

Aku dapat melaram pakai maternity dress yang vogue!
Aku fefeeling diri sendiri semakin cantik.. ahahaha.. boleh?

Ok, seriously.

My pregnancy dah hampir 6 bulan. Suka! Kurang 4 bulan lagi, aku akan melalui proses bersalin untuk kali kedua. Double suka!

Tak ada apa yang berbeza antara pregnant kali pertama dengan yang kedua nih. Semua sama je. Tak ada morning sickness, tak ada craving yang bebukan. Pendek kata, semuanya dipermudahkan, alhamdullilah.

Berat aku sekarang 42 kg :)

Persiapan untuk baby belum ada lagi. Rasanya tak banyak barang yang nak dibeli. Kalau dulu punyalah awal aku beli barang baby, sekarang still boleh rilek lagi. Dah berpengalaman beb.. (berlagak).. huhu. Lagipun, barang Ariiff dulu banyakk. Boleh recycle. Cuma baju je lah nak kena beli.

Aku plan nak hire sorang day care maid / nanny untuk 2 bulan (sepanjang tempoh aku berpantang nanti). Tugas dia just jaga aku & newborn baby. Ariff pula aku akan hantar ke rumah pengasuh. Dan maid tu boleh pilih sama ada nak tinggal sekali dengan aku or just datang time bekerja je (aku prefer yang nih). Masalahnya sekarang, mana nak cari maid macam nih? Ada suggestion anyone? Hmm.. rasanya aku ada terbaca pasa confinement nanny dulu. Nak search website dia jap.

Oh, 11hb Ogos nih kita start puasa kan? Haih, naper lah KL tak cuti time ni kan? Tapi not to worry, aku dah apply cuti sempena menyambut 1 Ramadhan nanti. Buat adik-adik aku yang ada kat KL nih, moh datang berbuka ke rumah first day puasa nanti. Along masak spesel untuk kita-kita je :)

Tuesday, August 03, 2010

Nak spend kat mana minggu nih?

Plan nak balik Melaka minggu nih. Nak mengecat rumah ayah & kemas apa-apa yang patut sebelum masuk bulan Ramadhan. Kang kalau dah start puasa, confirm tak larat nak buat keje berat-berat. Better siapkan awal-awal.

Tapi berbelah bagi nih. Family in-law aku ajak buat BBQ. Tak sampai hati pulak nak tolak. Family belah Mamoru nih jarang nak buat xtvt santai berkeluarga camnih. BBQ kat Kuala Selangor tuu beb! Heaven untuk penggemar seafood macam aku.

Tahun nih, insyaAllah semua adik-beradik balik beraya di Melaka. Sure cramp rumah kecik ayah. Tapi tak kisah lah, janji meriah.

Start minggu nih sampai lah raya nanti aku tak amibil job makeup. Cuti sekejap sempena bulan puasa.. dan nak focus pada family. Minggu kedua raya nanti baru aku start job makeup balik. Itu pun nasib baik client aku buat majlis kat Melaka. Dekat dengan kampung. Boleh la lari-lari jap makeup orang sambil berhari raya.. huhu.

Oh, sebut pasal jadual part time job makeover untuk tahun depan.. WHOA..wOw! Dah bersusun dah jadual aku sampai pertengahan tahun depan! Alhamdullilah, rezeki Tuhan bagi.

Itupun banyak job yang aku tolak sebab wedding / event derang clash dengan jadual aku berpantang (muahaha, berpantang pun ada jadual ke?). Bukan jadual berpantang laa. Time aku berpantang. Aku due awal bulan Disember nih (insyaAllah). Sepanjang bulan Disember sampai awal bulan January memang aku “cuti” makeup.

Aritu aku ada janji nak reveal gender baby dalam perut nih kan? Jeng.. jeng.. jeng.. It’s a BOY la geng! Another bodyguard for mummy.. huhuhu. Kecewa? No.. no.. no.. in fact, dari awal-awal lagi aku dah sediakan dua nama (lelaki & perempuan) untuk baby nih. Quote ayat standard yang biasa orang guna.. “Tak kisah lah boboy or gegirl, janji baby yang lahir nih sempurna sifat, sihat & selamat semuanya”.

Thursday, July 29, 2010

Breast-pump baru



Yep, definitely gonna buy a new one.

Masa pregnantkan Ariff tahun lepas, aku guna Avent Isis Manual (set on-the-go). Harga dalam RM270++. Still tahan lagi. Tapi, bila fikir balik pengalaman guna Avent minggu-minggu pertama lepas deliver Ariff.. huhuhuhu tak sanggup beb nak guna breastpump manual. Letih dan ambil banyak masa. Dah la kepala aku asyik nak tertunduk-tunduk nak make sure mender alah tu sentiasa attach kat breast. Pastu, nak tengok ada ke idak susunya. Haih.. letih. Lenguh.

Sekarang bila dah pregnantkan yang no. 2 nih, baru lah aku terasa betapa pentingya pelaburan untuk beli breastpump yang terbaik. Seriyes penting untuk meminimumkan tahap depression akibat pump susu yang kurang dan untuk memastikan anak-anak aku fully breastfeed.

Breastpump kedua nih, aku harap breastpump yang terakhir aku beli - Medela Freestyle - handsfree brestpump. Harga dalam pasaran RM2,200.00. Agak terkejut beruk jugak lah bila menengokkan harga mender alah nih. Dua ribu beb - gila apa beli breast pump mahal cenggitu. Tapi tu pemikiran aku masa first pregnancy dulu. Kali nih, soal duit tolak tepi. Yang penting, aku tak tanggung hazabbb nak memerah susu lepas bersalin nanti.. huhu

Anw, tenkiu sangat lah kat sorang blogger nih (Aja nama dia). Dia lah yang tolong belikan sebenarnya. So dapat lah murah sikit - RM1,699.00. Jimat 500 inggit. Jimat banyakk ok.

Tak sabar nak tunggu baby 'A Junior' lahir awal bulan Disember nanti. Nak guna Medela.. hihi (oh, kami dah tau apa gender second baby nih. Tunggu next entry ok. Tak sempat nak cerita lelebih. Aku nak goreng jemput-jemput jap)

Adun tepung di subuh gaban

Pukul 4.00pagi.

Tak boleh nak lelap pulak malam nih. Baby dalam perut asyik bergerak :)

Baru lepas lenyek pisang untuk buat jemput-jemput, sarapan pagi nih. Dedekat pukul 6.00 kang baru goreng. Sedap makan cekodok pepanas taim pagi. Kalau berlebih (selalunya memang berlebih pun), aku akan tapau untuk Mamoru bawak ke opis.

Seronok tau bila tengok bekal breakfast yg Mamoru bawak ke opis habis licin. Aritu aku tapaukan goreng pisang & cempedak, pun licin gak. Kengkawan opis dia join makan sekali katanya. Suka tau bila Mamoru cakap, kengkawan dia suka makan makanan yang aku masak. Lebih suka bila Mamoru langsung tak segan bawak bekal dalam tupperware pegi opis.

Ops, washing machine dah berbunyik, nak gi sidai jap.




Sunday, July 25, 2010

Life sekarang

Baru aku perasan, sekarang nih entry aku just 2 atau 3 kali sebulan ek? Haha.. sadis.

Dah banyak kali aku try nak upload at least satu entry sehari macam dulu.. tapi aduhai.. manjang takde masa. Nak kata busy.. takde lah sangat. Weekday macam biasa pegi balik keje taim opis hour. Weekend pulak buat makeup makeover untuk wedding / enggagement. Taim malam bila free, aku tak sampai hati pulak nak biarkan Ariff main sengsorang. Layan keletah dia sampai kami berdua kepenatan dan mengantuk.. sudahnya, esok ulang balik rutin yang sama. Tu yang manjang tak sempat nak update.

Cerita terbaru? Huii.. banyakkk.. berlambak. Tak tau mana nak start. Cerita lama pun tak habis upload kat sini lagi.. haha.. cemana tu?

Oh, usia aku genap 31 tahun minggu lepas. Alhamdullilah, dalam usia yang makin meningkat nih, aku dah dapat semua yang aku impikan dalam hidup ni. Lengkap dah rasanya :)

Azam aku sempena usia aku 31 tahun nih, nak update blog hehari (err boleh ke acamtu?). Hantam lah.



Thanks buat kengkawan esp Eniey yang sibuk meng-arrange sambutan birthday party untuk aku dan July babies yang lelain. U guys rawk-uu. Oh, aku yg ber-cardigan hitam - gambar nih taim aku pregnant 5 bulan. Perut dah nampak sikit. Tapi masih steady.. huhu.


Birthday pressie dari incik Mamoru - Alza putih yang comel - sesuai sangat lah untuk family aku yang semakin bertambah nih. Tenkiu hubby, u're the best! Buat masa ni, incik hubby lah yang kena selang-seli maintain dedua kereta bawak pegi keje. Aku masih selesa ulang-alik keje naik LRT. Dekat maa.Kesian Mamoru. Kesian jugak kat kereta lagik satu. Kena park kat luar gate. Just satu kereta je dibenarkan park kat dalam apartment kami nih.

Tskkk.. takper lah, wishlist nak dapatkan kete baru dah tertunai. Tinggal satu wish je lagi.. beli landed house. Soon.. insyaAllah.

Doakan kami murah rezeki :)

www.makeupfreak.net

Another makeup makeover done by me. For more pics, just klik sini or cari kat www.makeupfreak.net



Wirda before makeup



Wirda I did her makeup & hairdo :)



Ika before makeup



Ika after makeup

Monday, July 12, 2010

My Birthday Present!!!

Hubby will be outstationed on my birthday, this 17th July.

But he already bought one HUGE "White" present for me! So big sampai tak boleh wrap.. hihi.

It will be delivered to me this Wednesday! Cant wait to see it! To sroke it, to drive it!

Tq so much dearest hubby.. *kiss*.


p/s: Still tak tahu gender baby dlm perut ni.. bz manjang smp tak ada masa nak scan..