KENGKAWAN

Wednesday, June 11, 2008

Sekolah cekik darah

Semalam dapat sms dari adik lelaki no.7 - minta RM 150 untuk duit yuran sekolah.

Pelik. Setahu aku, yuran STPM & yuran sekolah dia dah lama aku settlekan awal tahun aritu. Yuran apa lagi yg cikgu dia mintak? Kalau yuran private tuisyen yg dia amik kat bandar Melaka tuu bulanan RM 50 je.

Tadi aku call dia, tanya yuran apa lagi yg aku belum settlekan. Kata adik aku, RM 100 tu untuk kelas tambahan yg sekolah dia buat tetiap hari lepas waktu sekolah, RM 50 pulak untuk duit private tuisyen (part duit private tuisyen nih kita abaikan - memang wajib aku bayar pun) Tapi, yg buat aku terkejut tuu.. apa hal pulak pihak sekolah kenakan bayaran sampai seratus ringgit untuk extra kelas? Tak penah aku dengar memana sekolah yg buat kelas tambahan dikenakan bayaran. Aku dulu amik STPM gak. Tetiap hari ada kelas tambahan.. even wiken pun ada kelas jugak. Takderr kena bayar sesen pun!


Menurut adik aku lagi, kelas tambahan tu start pukul 2.00 - 4.00 petang - sebaik sahaja tamat sesi persekolahan. Nak kata kelas tu special sangat, takderrrr la punn. Cikgu yg mengajarnya cikgu yg sama jugak. Bukannya cikgu jemputan atau tenaga pengajar dari luar. Kata adik aku lagi, Yuran ini adalah WAJIB. Setiap pelajar yg nak amik exam penting MESTI bayar. Untuk pelajar STPM, bayaran kelas tambahan adalah sebanyak RM 100. Untuk pelajar SPM pulak RM 90.. untuk PMR aku lupa nak tanya.

Sangat pelik ok. Yuran private tuisyen adik aku pun lagi murah dari bayaran kelas tambahan yg sekolah dia kenakan. Apa citer nih? Aku rasa lah kan, dari aku bayar sampai seratus untuk kelas tambahan adik aku tu, baik aku hantar dia pegi pusat tuisyen yg bagus-bagus kat tempat lain. At least, dia dapat ilmu dari dua tenaga pengajar berbeza (cikgu sekolah & guru tuisyen) malah dapat guna method pembelajaran yg berlainan untuk setiap subjek yg dia amik. Kan tu lebih baik dari pagi-petang di ajar oleh guru yg sama (kalau free takper lah kann)

Oh, fyi, adik aku bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan di Sek. Men Dol Said, Alor Gajah, Melaka. See.. kalau adik aku sekolah kat private school, agak mubasabah jugak lah kalau memender camnih jadi. Ini, sekolah bantuan kerajaan ok! Pada aku lah mender camnih tak sepatutnya terjadi dalam memana sekolah bantuan kerajaan. Melampau lahh.. mementang minyak naik, semua harga nak naik!!!!

Note: Kalau ada cikgu-cikgu yg baca blog aku nih, aku faham betapa penatnya jadi cikgu kalau terpaksa mengajar student untuk extra kelas camnih. Tapi, aku nak tanya.. betul ke setiap kelas tambahan yg dibuat oleh sekolah bantuan penuh kerajaan dikenakan bayaran??.. Aku bukan nak berkira untuk memender yg berkaitan dgn pelajaran nih, tapi tolong lah sesiapa bagitau aku mender nih memang biasa untuk setiap sekolah... atau.. sekolah adik aku je pepandai 'buat duit' sendiri??

2 comments:

Lela said...

alhamdulillah adik saya belajar di Sekolah Tinggi Melaka tak kena plak cas macam nie.. dengau kabau cikgu dia pun ada kata yg mereka nak buat kelas tambahan tapi takde cas :)

aD said...

Lela.. tu laa.. ntahapehape sekolah kerajaan nih. aritu konon nak nampak megah nak mansuhkan yuran sekolah.. rupanya setakat yuran yg lima nam inggitt tu je. tader beza pungg. yuran lain naikk jugak.. hmm lahaii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...