Day 1 (21 Jun - Sabtu)
Sejuk sangat pagi nih. Pukul 3.00 pagi aku dah bangun. Tidur tak sampai sejam pun malam tu - packing punya pasal. (fyi, semua ration aku dah siap beli awal-awal dari KL). Janji nak jumpa team xpdc kat LCCT - agih rations. Risau ok kekalau beg terlebih berat. Kalau tak silap, untuk group 5 orang (macam team kami), maksimum hanya 75kg jer dibenarkan. Kalau terlebih, kena bayar RM 15 untuk setiap kilo yg berlebih tu. Tapi pepandai lah bawak beg-pack kecik untuk letak dlm kabin. Beg kecik nih boleh sumbat maksimum 7kg.. so, boleh la agihkan berat barang yg terlebih.
Tepat 7.30 pagi flight kami depart ke Miri.. (thanks to Chua sebab tolong hantar aku & Mamoru ke airport!)
Breakfast dalam flight je. Itu pun just aku & Mamoru je yg makan. Apek, Zin & Talha sanggup tahan perut nak makan kat Miri. Konon nak sedap & murahh.. Sekali, hamikkkk ko.. makanan dlm Airasia tu rupanya lagik murah & sedap daripada makanan kat Miri Airport.. huhuhuhuhu. Seriyes mahal ok makanan kat sana. Tak banyak choice lak tuu.
Kami sampai Miri dekat pukul 10.00 pagi. Sesambil lepak tunggu flight ke Mulu, aku pegi survey tambang teksi, harga keta sewa & tempat-tempat menarik kat Miri yg boleh kami singgah masa hari terakhir kami kat Sarawak nanti.
Tepat pukul 12.10 tengahari, kami naik flight Maswings ke Mulu. Pengalaman pertama naik fokker 50. Fuhh.. bestttt. Nampak view sungai sarawak yg cantik gila. Tapi sekejap sangat rasanya. 20 minit jer dah sampai..
Kat airport Mulu, dah siap tersedia beberapa buah van yg akan membawa kami ke Mulu HQ Park. Tambang RM 5 sorang (dengar cerita, pasnih orang Taman Negara nak revise balik senarai harga. Harap tak tinggi sangat lah naiknya nanti). Ekceli, Mulu HQ Park nih dekat je dgn Airport. Jalan kaki punn boleh. Tapi, takde maknanya aku nak jalan kaki dgn beg berat-berat gitu.
Lepas check-in & settlekan full payment kat Mulu HQ Park, kami terus ikut tour yg last pegi caving kat Gua Lang & Gua Rusa. Kelam kabut jugak lah simpan beg dalam hostel & tukar baju. Ingatkan trip pegi gua nih santai-wong.. rupanya menyengatt jugak lah dibuatnya. Jauh ok, berjalan! Tapi view dalam setiap gua memang layannnnn. Besar-besar gua kat sini tau.. cuNnnn.
Habis melawat gua, kami join group lain lepak kat satu kawasan khas untuk tengok kelawar pulak. Kata guide kat situ, setiap hari antara pukul 4 ptg - 7 malam, hampir 3 juta kelawar akan keluar dari Gua Rusa untuk cari makanan. Memula tu, macam bosan lah jugak. Yelah, apa kes tengok kelawar kann. Bukannya aku suka menatang tu pun.. tapiiiiii bila kelawar tu start keluar dari gua.. fuhhhhhhhh.. kagum aku. Banyakkkkkk gilaa.. seronok pulak rasanya. Aku siap baring atas pelantar kayu untuk amik gambar ok. Lama nak tunggu semua kelawar tu habis keluar dari gua. Boleh makan sejam jugak lah. Tapi kami takdenya nak tunggu sampai habis. Kat sana pukul 6.30 dah start gelap.
Malam tu kami dinner kat HQ Cafe. Harga makanan kat sini boleh tahan gak lah.. tapi takde lah semahal makanan kat Laban Rata, Kinabalu :)
Lepas dinner, kami setting ration untuk mendaki gunung Mulu. Barang-barang yg tak diguna pulak, akan ditinggalkan kat stor HQ office (tak kena bayaran). Awal kami tidur malam nih, maklum lah, memasing risau memikirkan xpdc esok.
Awal kami bangun. Pukul 4 pagi semua dah terjaga. Eksaited nih. Lepas mandi & solat, kami breakfast kat Cafe (note: bilik hostel kami attached dgn Cafe) Sesambil menunggu menunggu guide yg akan bawa kami ke gunung Mulu, kami jenjalan jap kat muzium mini & kedai kraftangan dalam Cafe. Lawa tempat nih.. tapi harga bebarang dia.. fuhh.. mahal gila.
8.00 pagi kami dah terpacak depan HQ office. Abg Bagley (guide) dah siap tunggu kat tepi tangga. Simple & kecik je orangnya.. tapi jalannn.. laju gila! Masa borak-borak tu baru kami tau abg Bagley nih jugak lah yg jadi guide untuk team Syed & Adhazira masa awal tahun aritu. Kebetulan kan?? Abg Bagley nih kira senior guide kat sini. Nampak biasa-biasa je tapiii wife dia orang Irish ok.. hehe. Kira berpengaruh jugak lah dia nih. Nama gua Lang yg kami lawat petang semalam diambil sempena nama bapak dia yg memula jumpa gua tu dulu (Bagley a/k Lang). Abg Bagley penah duduk Ireland 2 tahun (lepas kawen) tapi sanggup balik Mulu semata-mata nak duduk dalam hutan.. kagum aku dgn semangat dia.
Kami start trekking pukul 8.20 pagi. Perjalanan agak santai cuma mental layann selut. Nak wat camne.. starting point kami kat kawasan berpaya.. layankan je lah.. Pacat tak banyak tapi yang tak boleh tahan tu, gigitan pacat kat kawasan nih sakit ok. Biasanya pacat kalau gigit, kita rasa gatal.. tapi yg nih.. adoiyaii. Kaler pacat tu pun menarik.. hijau-kuning-merah.
Sejam lepas tu kami sampai kat kawasan air terjun kecik (Paku Waterfall). Rasanya nih lah satu-satunya air terjun yg ada kat kawasan nih. Lepak amik gambar jap, pastu kami teruskan perjalanan.
View sepanjang trek, subhanallah.. cantik sangat. Memacam mender yg aku tak penah tengok ada kat sini.. Dengan cendawan sebesar kuali, bunga yg warna-warni, buah-buah hutan, burung enggang yg banyak gila.. susah ok nak jumpa burung nih kat tempat lain.
Take 5 kat tepi sungai cantik - sambil buang pacat durjana yg melekat kat kaki.. (hehe.. aku luper daa nama sungai nih - sungai Paku kut)
Bergambar dgn pokok Tampoi yg sepanjang tahun lebat berbuah.. Fyi, buah tampoi hutan nih agak masam sikit rasanya compare dgn buah tampoi yg ditanam.
Kem 1 - Kami sampai sini pukul 11.40 pagi. Rehat sejam kat sini. Sempat lah pekena lunch bihun segera & teh o panas
Refill air kat Kem 2. Kem dua nih takde pondok macam kem 1
No comments:
Post a Comment