Saturday, June 07, 2008

Masak lemak turi

Menu hari nih.. satu-satunya sayur yg menjadi peberet Mamoru & adik-adik aku.. sayur turi masak lemak campur keledek. Sedappp sekalisss..


First taim aku makan sayur nih masa kenduri pertunangan aku dgn Mamoru tahun lepas. Family aku hidang lauk nih dgn 3 jenis lauk lain. Masa temankan Mamoru makan (hehehe.. yer, Mamoru hadir masa masa hari meminang tu), dia suruh aku try makan sayur nih.. Tak sangka ok, memang sedappp. Terus aku salin resepi nih dari nenek.




Bagi korang yg tak kenal cemana rupa daun nih, sila tengok gambar di atas. Sayur turi nih ada iras-iras daun cermai. Tapi besar sikit la.. pokok dia tinggi-tinggi, tak macam pokok sayur yg kita biasa tengok. Kengkadang tu tinggi pokok nih ngalahkan bumbung rumah kita tau. Untuk masak sayur nih, kita guna bahagian pucuk dia je.




Disebabkan sayur nih panjang sangat, kita petik dua tiga helai daun turi dan simpulkan macam yang aku buat nih. Simpul sekali je. Jangan tarik kekuat sangat kanggg abis gugur daun dia. Buat bebanyak sampai habis pucuk turi yg kita petik tu.




Lepas habis simpul daun turi, kita kupas keledek pulak. Agak-agak je lah nak kupas berapa biji pun. Kalau tak suka keledek, nak bubuh kentang atau labu punnnn boleh ajerr.




Tumbuk beberapa biji bawang merah, bawang putih & cili padi (untuk perisa - sikit je tau. bebanyak cili kang, jadi masak lemak cili api pulakk kangg)




Pastu, masukkan bahan yg ditumbuk kedalam periuk bersama santan kelapa sebijik. Nak lebih sedap lagi, boleh masukkan sedikit belacan atau ikan bilis. Bila gulai dah menggelegak, masukkan keledek. Tunggu sampai keledek empuk baru masukkan daun turi. Masukkan garam secukup rasa pastu angkat & hidang. Jangan masak daun turi terlalu lama ok, nanti tak syedapp.




Taddaaa... nih la rupa masak lemak sayur turi dgn keledek. Ohh lupa nak habaq, ada orang panggil sayur turi nih 'geti' (camtu kot eja). Lauk nih sedap dimakan pepanas bersama sambal ikan kembung atau sambal belachannnn.. sekali rasa, fuhhh layannn ok!




Selain sayur turi, aku masak lauk sambal ikan kembung & ikan pari bakar lunch tadi. Sori, gambar ikan pari tadok.. dah abiss kena ngappp dgn adik-adik aku.. hehe

No comments: