KENGKAWAN

Thursday, October 11, 2012

Cantik II

Dah dua hari ada orang tegur aku nampak seksi. Aku pakai baju kurung
kot sepanjang dua hari ni. Or maybe cutting baju kurung aku agak kecik
so agak menampakkan bentuk badan. Ada kemungkinan disitu.

Ekceli, start dari sebelum raya puasa aritu aku duk punggah balik
semua stok baju kurung yang aku jarang pakai pastu hantar ke tailor
suruh kecilkan bebetul ikut saiz badan aku. Sampai T-shirt pun aku
pegi kecik kan tau.

Aku suka beli baju kurung siap. Disebabkan badan aku kecik, so saiz
yang aku selalu beli "XS" je lah. Ikutkan, saiz "XS" tu pun agak besar
pada aku. Penah sekali aku pakai baju kurung siap saiz "XS" pegi
jenjalan dengan Mamoru kat KLCC, dia boleh tegur cakap penampilan aku
macam "makcik-makcik"...*sentap ok!*.

Itu hari kan aku ada tulis macam mana nak sentiasa kelihatan cantik di
mata Mamoru, maka step yang pertama aku mulakan dengan pakaian. Semua
baju kurung aku dah alter ngam-ngam ikut saiz badan. No more
makcik-makcik dress in my wardrobe.

Raya aritu masa pegi berjalan ke rumah sedara-mara, ramai yang tegur
cakap aku nampak macam anak dara lah, budak sekolah lah, muda remaja
lah bagai.. hihihi ..*I likeeee*..

Ok nexttttttttt, bab kecantikan kulit & muka pulak.

Haih ni satu problem jugak. Aku ada lah sangat lasak & aktif. Part nak
jaga kulit & muka memang aku takde masa.

Ok, aku tau ramai ingat aku pandai makeup sure aku suka bermakeup. Oh,
silap ok. No, no, no. Pandai makeupkan orang tak bermakna rajin nak
makeupkan diri sendiri. Sejak pregnant kan Amarr (2 tahun yang dulu)
sampai sekarang aku adalah jarangggggggg nak tenyeh eye shadow kat
mata ni.

Dan aku jugak, tak pernah ada pencuci muka. Selalu cuci pakai air paip
je. Tapi, perlu ke pencuci muka ni semua ek? Teringin gak nak beli SK
II, Clinique, etc. Berkesan ke produk ni semua? Kalau baca info semua
cerita yang gempak je. Aku malas nak baca testimony bodek-bodek ni.
Haih.

Krim muka yang aku pakai dari aku form 5 sampai sekarang hanyalah Fair
&Lovely. Dah 16 tahun aku tenyeh mender alah ni, tapi kulit still tak
fair-fair jugak. Lovely pun nan-hado. Tapi tak kisah pun. Aku tetap
suka pakai krim ni sebab tekstur dia tak berminyak & cepat kering.

Ada cadangan krim muka apa yang sesuai dan berkesan untuk aku try? Aku
bukan apa, bila umur dah cecah 33 nih, faktor kecantikan menjadi isu
utama. Aku tak takut jadi tua. Tapi kalau boleh, aku tak nak lah
kelihatan tua di Mata Mamoru sebelum masanya.. ngerti? huahuahua.
Mamoru belum penah tegur aku bab kecantikan muka ni. Sebelum dia suruh
aku iron kulit yang berkedut satu hari nanti, better aku cari solution
dari sekarang.. huhuhu..

Aper? Botox? Tanak ler.. nanti muka macam patung Chucky. Takot.

1 comment:

atty's said...

letak lah gambar satu aD :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...