Friday, October 05, 2012

Esok di Putrajaya

Esok ada running xtvt. Aku takde idea sebenarnya xtvt running apa yang
aku bakal join esok. Mamoru just cakap "Chicken Run" kat Putrajaya.

Note: Ekceli semua running xtvt aku diarrange oleh Mamoru & kengkawan
dia (thanks girls). Aku tukang follow je. Jarang aku nak amik tau xtvt
tu untuk apa, kat mana, etc. Kalau derang pi pedajal daftarkan aku
buat bungee jumping ke, sky diving segala bagai, confirm aku pasrah
menerima. Tapi nasib baik la xtvt extreme camtu sangat limited kat
Melesia. So, agak selamat aku disitu.

Aku try google xtvt untuk esok. Panjang aku punya "oOOooooooo" bila
dapat tau tentang 'World Hunger Relief Walkathon kat Putrajaya'. Aku
join walkathon rupanya. Bagus. Kaki aku ni belum pulih sepenuhnya
untuk berlari. Tapi setakat walkathon, no hal beb. Since route
walkathon ni just 5 km je, aku plan nak bawak Ariff & Amarr join sama.
Sure double seronok kan! Mamoru dah bagi green light. Kena buat
preparation malam ni:

Small back pack (rasanya deuter 6L aku tu muat isi bebarang bawah ni)
Botol susu
Botol air mineral
Ring-sling (untuk carry Amarr kalau dia dah tak larat jalan)
Stroller compact untuk Ariff kalau dia penat (Mamoru carry kat belakang)

Alright! Cant wait for the kid's first walkathon tomorrow!

3 comments:

LiNda said...

all da best for tomorrow kak..:)

Eliss said...

pernah join walkathon ofiz hubby dulu. ms tu pagi, nuha punya mood adalah nak berdukung ajer. sepanjang jalan dia berdukung dah la berat. lepas tu serik. hahaha

Nad Cantek said...

ala,esok g perak.kalau tak leh jumpa AD :D