Wednesday, October 03, 2012

Norgesic

Ada satu cerita yang tak berapa kelakar.

Hari Isnin aritu kan aku suffer muscle pain dari bahagian pinggang ke
bawah (kesan dari Salomon x-trail run). Tengahari tu aku pegi klinik
ambil ubat. Kengkang-kengkang aku naik lift pegi klinik. Nasib baik
klinik satu bangunan dengan ofis ni. Just naik lift je dah sampai.
Kalau tak hazabb nak berjalan. Nasib baik jugak Kakak A dah kena
transfer tempat lain. Kalau tak, mau dia bagi sindiran lucah bila
tengok cara aku berjalan.

Doktor bagi aku 3 jenis ubat: Pain killer (Celebrac), Muscle relief
(Norgesic) & krim sapu. Disebabkan aku allergic pada pain killer
(kalau silap makan, muka aku jadi swollen), dan aku tak ingat pain
killer jenis apa yang aku allergic, aku tak berani lah makan pain
killer yang doktor provide. Aku just guna krim sapu dan ambil 2 biji
pil muscle relief (norgesic). Taim aku makan tu baru pukul 2.00
petang.

Pukul 3.00 petang, aku rasa macam nak pitam. Badan rasa macam
melayang-layang. Even nak angkat tangan naik menaip kat keyboard pun
tak boleh. Angkat je tangan terus jatuh balik atas meja. Apehal pulak
ni?

Aku panggil sorang colleague:

"Kak, saya rasa macam nak jatuh. Saya tak boleh kontrol badan saya"
"Eh, you kenapa ni"
"Tak sure. Tadi saya makan ubat...."

Aku tarik drawer ambil ubat yang aku makan tadi. Cuba baca
prescription walaupun mata dah start kabur. Astaga, ubat ni untuk
dimakan taim malam sahaja. Ok, now aku tau kenapa aku boleh jadi
camtu.

"You ni, main makan ubat tak tengok prescription. Bahaya lah. Jom pegi
surau. You rehat kat sana"

Sampai habis ofis hour aku terjelepuk hina dalam surau angkara
Norgesic. Taim nak balik pun still drowsy lagik. Tapi dah kurang sikit
la effect dia. Kalau tak, mau aku tidur kat ofis sampai esok pagi..
huhuhu

~Know your medicine: Norgesic may cause some people to have blurred
vision or to become drowsy, dizzy, light-headed, faint, muscle
weakness or less alert than they are normally~

1 comment:

Deana said...

aD.. aD... sesuke je bedal ubat tu tak tgk prescription. Sib baik la ko kat opis, bole gak terjelepok kat surau. Kalau kat luar ker.. tgh drive ker.. tetibe rase melayang-layang, tak ke bahaya.. Da la mamoru ko jauh.. huhuhu..

Anyway, hope you feel better! :)