Thursday, October 18, 2012

Choc chip cookies

Pukul 2.30 pagi membakar cookies. Gigih kan? Gigih lah sangattt. Ekceli menunggu putera-putera comel tu tidur dulu. Kalau tak, confirm tak aman aku nak bancuh tepung segala. Kang derang ingat tepung tu bedak pegi tabur satu rumah pulak. Haih.

Takde special occasion pun. Saja untuk snek Ariff & Amarr. Buat pun tak banyak. Dapat lah dua tulang tray kecik. Jadi lah.

Ekceli, aku nak buat kek pecan butterscooth. Tapi cream cheese nan-ado. So, next time.


Bebahan nak buat pun simple. Memang dah sedia ada dalam fridge. Lebih beli dari bulan puasa aritu:
1 cawan tepung gandum
Garam secubit
Tepung baking soda setengah sudu kecik
Marjerin setengah cawan
esen vanila sesudu kecik
Gula perang setengah cawan
Gula kastor (gula pasir halus) 2 sudu besar

Cecara buat: Mix kan marjerin + esen vanila + gula perang + gula halus. Kacau sampai sebati. Pastu masukkan tepung gandum  + baking soda + garam. Bila adunan dah tak melekat pada mangkuk bancuhan, masukkan choc chip + badam. Dalam gambar nih aku asingkan adunan yang ada badam & choc chip sahaja. Amarr kan alergik kacang. Kena lah asingkan.

Siap untuk dibakar. Bakar dalam oven 180'C selama 15 minit. Jenguk selalu, jangan sampai hangus pulak. Kalau terlebih masak cookies jadi terlalu keras & tak sedap.

No comments: