KENGKAWAN

Friday, April 25, 2014

3 days left before xpdc Murud, Sarawak

Tak kemas apa pun lagi. Weekend baru plan nak selongkar barang-barang outdoor dalam stor.

Trip ni amik masa 6 hari 5 malam dalam hutan. Aku buat trans. Masuk ikut Bario, keluar ikut Bakalalan.

Lama dah tak bertapa lelama dalam hutan. Last was xpdc gunung Trusmadi & Tambuyukon kat Sabah dulu.

Eksaited memang terlebih. Tapi dalam masa yang sama risau gak takut takde roaming dalam hutan. Tak dapat nak contact double A pulak nanti. Haih. Celcom please don't let me down.

Bab training harap takde problem. I've been running every other nights, layan trail, naik gunung etc. Ok la kot. Cuma harap hujan tak turun hari-hari.. haha.

Cakap pasal lari, malam tadi ada satu insiden lawak. Ada sorang mamat ni contact Arina, cakap nak join kami lari. Pada aku takde hal. Lari je lah. Tapi rupanya, dia just nak berborak je lebih.. hohoho. Silap tempat la der. Sini bukan port cari jodoh. Nak impress perempuan yang suka lari, make sure you run faster bukan slow her down.  Big mistake wakaka.

Aku ajak Arina lari non stop. Jarakkan diri dengan mamat tu. Habis satu loop, mamat tu pun hilang. Tak boleh keep up dengan kitaorang.. hahaha.

Malam tadi gak aku jumpa satu group yang batu start training untuk lost weight kot. Ramai. Dalam 10 orang camtu. Menarik. Makin lama, makin ramai orang lari kat tasik ni taim malam. I like. Meriah. Cuma harap sudi la gomen tambah lampu jalan kat sini. Ada certain tempat agak gelap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...