KENGKAWAN

Tuesday, May 13, 2014

Beras original Bario

Just sharing.

Kalau ada yang pergi Sarawak cari beras Bario, maybe ni boleh membantu.

Beras asli Bario ditanam di Pa'Lungan. Sepatutnya beras ni dipanggil beras Pa'Lungan, tapi Bario yang dapat nama.. haha. Macam kes Lembu dengan Sapi lah kot.. haha.

Perjalanan dari airport Bario ke Pa'Lungan boleh dibuat dengan cara hiking (ambil masa 4 ke 5 jam) atau melalui bot (3 jam).

Seriously, Pa'Lungan ni sangat cantik. Terletak lebih 1100 meter dari aras laut. Sejuk tapi acceptable lagi. Celcom takde roaming kat sini. Maxis atau Digi tataw la pulak.

Penduduk Bario memang sangat sangattt mesra, merendah diri dan baik. Derang layan kita macam family. Seriously. Aku suka tempat ni compare dengan Ba'kalalan.

Bekalan lektrik kat sini agak terhad. Bergantung pada generator (tak sure kalau derang guna solar). Kalau nak charge phone/kamera, kena buat sebelum pukul 10 malam. Sebab lepas tu, bekalan elektrik diputuskan sampai ke pagi.

Kat sini bajak sawah still guna kerbau. Penanaman padi dibuat sekali setahun. Orang sini tak guna racun serangga. Baja pun guna organik. So kualiti beras kat sini adalah sangat tinggi. Kata David, guide yang kami guna untuk trip Trans Murud, sekali tuai padi kat sini, cukup untuk makan sampai 3 ke 4 tahun! Beras sini memang dapat sambutan. Mahal ok kalau orang jual kat Pasar Besar. Nak murah, beli direct dari Pa'Lungan.

Kata David lagi, biasanya dia akan hantar beras yang diorder menggunakan bot menyusuri sungai sampai ke Bario sebelum angkut naik flight. Aku tak boleh imagine macam mana dia buat. Seksa jugak lah nak bawa barang keluar masuk dari sini.

Jangan tak tau kat pasar besar Miri atau memana lah tak semua beras Bario yang dijual tu asli. Ada yang di campur or entah beras memana tapi belasah sebut dari Bario. Kena pandai lah kalau nak beli

Beras Pa'Lungan sangat kecil dan halus. Aku bajet kalau beras yang sedap-sedap ni konpem saiz panjang-panjang kan. But NO. Yang ni lain dari yang lain. Saiz average beras tak lebih 0.5cm. Halus. Macam beras hancur pun ada. Dan beras dia takda bau wangi. Tekstur lepas masak agak sticky dan nampak berkilat-kilat nasi dia. Saiz bila dah jadi nasi almost reach 1cm.  Rasa? Boleh makan gitu je - sedddaapppp kott. Kami hiking 5 hari dalam hutan makan beras mahal okeh!!

Layan gambar beras Bario kat bawah nih. Sebelum dan selepas dimasak.


Beras Pa'Lungan (Bario) 

Beras Pa'Lungan selepas dimasak. Berkilat-kilat.


Walau pun aku bukan orang jawa, tempe adalah makanan fav ok.

Stove murah. Less than rm50. Tapi power gak lah simmer dia.

Kovea cedera. Tak tau sakit apa. Nasib baik under warranty lagi. Stove paling mahal penah aku beli :(

Gas kat umah habis. Pelik. Aku tak rajin masak pun boleh habis? Bocor ke apa. To make it worst, my favourite stove (Kovea Spider) tanak nyala.. nak menangis dibuatnya! Dah kenapa?? Last guna kat Bukit Saga aritu okeh ja. Nasib baik ada stove backup nih. Kalau mana nak cari air panas nak buat susu! Now nak tunggu hero2 kecik tido sebelum aku mulakan operasi angkut tong gas bawak pi kedai. Nak suruh bangla tu hantar ke rumah idak la kan.. Bahaya.


Gambar menyelit pagi tadi. Balik dari Trans Murud performance kaki ke lautttt.. Selepas 7 hari training baru boleh dapat capai normal pace semula. Fuhhh.. azabb!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...