Wednesday, May 14, 2014

Day trip to Bukit Saga with the girls

Tak plan pun nak pi sini. Seriyes. Ntah kenapa celik je mata, call Kay tanya dia ada rasa nak hiking tak hari ni. Pastu call Arina suruh stanby.

Memasing bukan penah naik pun bukit Saga ni. Tapi belasah je. Dengan alasan, kalau sesat pon still dalam KL kan.. haha.

Note to beginner: Sila jangan ikut perangai kitaorang.

Line up pada hari kejadian:
aD
Arina
Kay

Log:
12.05pm Hiking naik
12.55pm Sampai puncak. Rest 5 minit
1.30pm Sampai air terjun
3.30pm Hike turun
4.30pm Sampai kat parking luar

Aku sempat baca satu log siapa ntah cara nak ke starting point. Log tu pun tak complete. Tapi tak kisah pun. Janji dapat cari starting point guna google maps. Dari situ boleh ikut trail sedia ada.

Hiking naik agak mencanak. Berpeluh satu badan. Tapi best. Ada banyak route ke puncak. Aku pilih trail A. Kata orang trail A tak tough sangat. So sesuai lah untuk Arina & Kay. Itu pun banyak pit stop.. haha (kemonn girls. train hard next time ok)

Kami amik masa tak sampai sejam untuk sampai puncak. Not bad eh. Kat puncak ada banyakkkk facilities untuk mereka yang nak bersenam. Ada hand made dumbells. Batu reflexology untuk kaki, etc. Hammocks untuk berehat, meja & bangku duduk semua complete. Ada satu section penuh air untuk diminum. Maybe untuk mereka yang kehabisan ration air.

Tak lama lepak puncak. Kami terus proceed ke air terjun. Bab nak ke air terjun ni a bit tricky. Sebab banyak sangat simpang trail. Sampaikan aku terpaksa pegi recce sengsorang setiap trail yang ada. Tak boleh bawak Arina & Kay. Aku yang macam nak gila turun naik trek sengsorang ni pun terasa penat. Kalau derang apatah lagi kan.

At last after 45 minit baru jumpa jalan yang benar.. haha. Berjimba la kami kat air terjun tu. Takde orang.. parti buih la apa lagi!

On the way nak balik hujan selebat-lebatnya. Siap kilat petir bagai. Cuak gak. Harap jangan ada pokok tumbang je. Aku suruh Kay jalan rapat dengan kitaorang. Aku jalan belakang sekali ikut pace Arina. Dia slow. Maybe sebab masa tu seriyes gelap macam malam. Padahal baru pukul tiga lebih. Trek memang macam sungai kecik. Penuh air.

But alhamdulillah, semua sampai ke parking area dengan selamat. Ngam-ngam keluar hujan pun berhenti..

Seterusnya, let the pics tell the story.

2 comments:

dz said...

Bukit saga bukak x weekdays?

dz said...

Bukit saga bukak x weekdays?